First time daddy mandikan Izz Qaiser

Hai korang. Oleh kerana tak tau nak update apa, meh kite cerita pasal anak ye. Entry makcik2 sangat kan, muahahaha! Aku benda-benda first time memang aku akan cerita kat blog sebab kengkonon feeling memori manis sangat. Huhu!

Sejak IzzQaiser lahir sampai lah umur dia genap 4 bulan, memang aku je yang mandikan dia. Qery tak berani lagi. Dia just tolong-tolong bukakkan baju, tukarkan pampers, siapkan air nak mandi. Gitu. 

So semalam mintak Qery mandikan dia. Saja la cuba nasib kot kot dia dah berani ke apa kan. Sekali Qery kata OK. Terkejut tapi cam cover2 buat rilex je. Terus laju iolls siapkan air mandi Qaiser. 


Nampak tak parut luka bawah mata tu. Hoihhh.. Budak ni kan, kalau mengamuk mula lah cakar sana sini, genggam pipi sendiri. Haritu pukul 2.30 pagi mengamuk nak tidur. Nak tidur pun mengamuk. Tidur je la. Kang penat nak mengamuk2. Pastu tak pasal2 luka. Padan muka awak. Sendiri cari pasal sendiri mau ingat ye. Kekekekeke!


Tengok la kalau daddy dia punya kerja. Suka sangat buat baju dia macam pegi sawah. Huhu! Aku tak tengok pun cara Qery mandikan anak. Aku lalu2 bilik air tengok dia tengah main2 air, bunyi orang nak berperang, bunyi bom bom jatuh kedebabom, haha! tu kira lulus la tu. Kang komplen itu ini dia tak nak mandikan anak lagi susah.

Aku siap puji2 lagi. Emm mangi nya Qaiser daddy mandikan. Pandainya daddy mandikan Qaiser. Bersihnya. Gituuu.. Padahal.... Haahaha!


Ingatkan lepas mandi dia nak pakaikan baju Qaiser, sekali dia suruh aku pakaikan. Dia cakap mandikan Qaiser sekejap pun dia rasa dah penat sangat. Eh?

Boleh pulak. Huhu! Takpe, pelan2 ye. Mula2 mandi, lepas tu mandi and pakaikan baju. Lepas tu semua lah daddy buat. Mommy boleh beranak lain. Krik krik krik krikkk krikkkk...

Comments

Irfa said…
comeynya mata, geram tgk
SubhanAllah..

comel sgt qaiser :)

Alolooo comeynye baby Qaiser..booolaatt matanya.hurmm mcm muka sepet laa hihii.
FadMN said…
nanti daddy basuhkan berak qaiser pulak tau.kikikiki

FAD
Unknown said…
Alahai comel nya mata dia... Boolat sungguh... Moga jadi anak yang soleh... amin


Topeng Muka Ikut Jenis Kulit