Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 9, 2015

Tak minat berniaga, tapi nak cuba, macam mana ye?

Hallu evelibadeh. Ekceli dah lama sangat nak cerita pasal ni, tapi pemalas nak update. Bila korang-korang personal wasap mintak share and bagi idea macam mana nak berbisnes ni, okay lah. Kita cerita la sikit-sikit, mana yang boleh ikut alhamdulillah. Mana yang rasa alahai susahnya, takpe. Pelan-pelan kayuh. Biar pelan jangan mengalah. Ecewah. Pang sekali. Hahahaha!

Aku ni tak ada la bagus pun. Pemalas tu memang ada. Tapi bila fikir rasa tanggungjawab kat family, mak ayah, terus kepala berfikir macam mana nak cari duit. Ha gitu. Ada orang bagitau yang dia dah cuba berniaga, dah cuba jual itu ini. Tapi dia tak minat. So dia give up dan teruskan hidup seperti biasa. Hihi!

Okaylah. Tak salah hidup seperti biasa. Tak salah jugak kalau tak berniaga. Ofkos tak berdosa pun. Huhu! Yang jadi tak bestnya bila kita mengeluh tentang 'duit' dan kita tak berusaha pun. Yang kita tau, kita mengeluh je. Lebih2 lagi dengan kos sara hidup kat Malaysia sekarang, dengan nilai mata wang yang dah jatuh, dengan gst, dengan sewa , bil sana sini. Baru bagitau benda basic yang memang PERLU ni pun dah rasa pening kan. Hihi!

Aku buat ayat-ayat ni bukan mintak korang jual produk aku ye. Ini ikhlas nak bagitau korang. Ada macam-macam USAHA yang korang boleh IKHTIARkan.

TAK MINAT BERNIAGA? SERIUS?

Kerja yang korang buat sekarang ni memang korang minat sangat ke?????????

Mungkin la ada yang minat dengan kerja sekarang, tapi aku rasa KEBANYAKKAN dari korang ni kerja je lah apa-apa pun asalkan kerja hujung bulan dapat gaji. Dah Alhamdulillah sangat. YES! Itu aku dulu. Aku pun kerja sebab nak duit. Kerja sebab nak bagi duit kat mak ayah. Kerja sebab nak berdikari. Kerja sebab tak nak bergantung harap dengan duit parent lagi. Tapi aku sendiri tau gaji dan tahap mana aku boleh pergi. Huhu! So aku decide untuk jual handbag.

MINAT KE AKU JUAL HANDBAG?????

OFKOS TAK.

Tapi aku jual jugak.

Kalau korang perasan pun, aku memang jarang tukar handbag. Apa yang ada aku pakai je sampai jahanam. Hahaha! Aku tak minat, tapi aku kena tau ilmu pasal handbag. Jenis-jenis handbag, gred-gred, kualiti, design. Tak minat tapi kena belajar. Sama jugak la dengan perfume, jam (antara barang yang aku pernah jual dulu). Tak rugi pun belajar benda baru walau kita tak suka.

"Jika kamu tak tahan menanggung lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan' (Imam As-Syafie)

So macam mana ni? Kita nak bisnes la, tapi takut sekerat jalan, takut tak ada orang beli, takut nanti kena kondem, takut nanti kawan2 ejek perli2, takut modal tak cukup, takut dapat customer cerewet, takut nanti pos tapi barang tak sampai, takut bila barang dah sampai tapi condition tak bagus, takut nak mula, tak ada keberanian nak menjual.

Baiklah. Nak cerita pasal takut ni, memang la. Semua permulaan dalam hidup kita ni, satu tapak yang pertama memang susah sikit. Kita nak belajar berjalan pun ambil masa. Kita nak melompat pun ambil masa. Semua benda yang PERTAMA KALI kita nak buat, memang 1001 perasaan. Boleh ke tak aku ni. Aku pun pernah melalui perasaan tu.

Tapi sebenarnya, bila kita dah MULA, baru kita akan sedar, PERMULAAN tu bukan masalah besar mana pun. Ekceli kita lagi menyesal sebab lambatnya kita nak MULA. KENAPALAH DARI DULU LAGI AKU TAK BUAT. Gitu.

Yang pertama, buat apa yang korang mampu dulu. Apa tu mampu?? Mampu ni tak perlu modal. Korang boleh jadi dropship. Apa tu dropship? Dropship ni adalah konsep TOLONG JUALKAN. Aku jualkan barang ko, ko bagi la untung sikit-sikit. Gitu. Barang apa? Tak kisahla. Pergi cek siapa kawan-kawan ko yang dah berniaga. Pergi tanya dia, nak buat dropship boleh tak? Kalau kawan ko ok, ko dah boleh try jual kat facebook, blog, instagram, jiran-jiran, geng surau, huhu!

Atau, tengok keliling rumah, apa yang boleh diniagakan. Ada pokok limau, pi meniaga buat air limau. Haha! Ada pokok mangga, jual kat opis, boleh buat rojak buah. Kihkih! Ada laman besar, tanam pokok cantik-cantik, masuk dalam pastu, gi jual.

Atau, pandai buat design. Buat instagram bagitau korang boleh reka design yang meletops dengan harga menangis 7 keturunan sebab murah. Jari boleh menaip sepantas kilat, gi iklankan kat instagram atau blog atau facebook mana-mana kerja pengkeranian yang korang boleh setelkan dengan upah yang berbaloi.

Haih, banyak lagi lah yang tak perlu modal. tinggal nak fikir and buat je.

Yang kedua, keluarkan modal jangan sampai berhutang. Maksudnya, kalau baru nak belajar berniaga, jangan terus keluar banyak duit. Jangan sampai modal ribu riban. Duit dah la sendu ni, modal kena pulak ribu riban, pengalaman meniaga takda, duit pinjam mak/ayah/bank pulak. Dah jatuh berhutang. Nak berniaga, mula kecik-kecik dulu tak apa. Untung RM5 tak apa. Lagi baik untung RM5 dari hutang ribu riban kat orang.

Macam mana tu? Pergi cari apa-apa yang boleh dijual dengan harga rendah. Yang boleh beli dengan modal ratus..

Pandai masak? Lagi bagus. Ambil order dengan kawan-kawan ofis. Tetapkan setiap hari ISNIN JUMAAT buat nasi lemak sambal sotong, hahaha! Tetiba sambal sotong, ekceli itu aku yang nak makan, kah! SELASA KHAMIS buat meehoon + ayam sambal. RABU SABTU buat mee goreng udang. Simple je. Tak ramai order takpa, mula2 2 3 orang. Nanti lama-lama orang tempah nak buat catering, hihi!

Pandai menjahit? Pun bagus. Ni haaaa nak raya ni, pukul canang kat kawan2 korang boleh ambil tempahan menjahit. Tampal NOTIS kat surau nun, bagitau suh contact korang. Call setiap department bagitau. Hahaha!

Tak apa, mula pelan-pelan. Untung sikit-sikit. Orang komplen kita perbetulkan mana yang lemah. Jangan orang komplen kita terus stop taknak buat dah. Biasalah la asam garam berniaga. Kumpul pengalaman. Kadang2 kita tau cara-cara, tapi bila kita tak hadapi, kita tak tau apa kebaikkan kuburukkan dia. Belajar layan customer, belajar cara jawab yang baik, belajar cara handle customer yang kiasu, hahaha!

Apa tu kiasu? Pi google sana. =P

Pengalaman is the best teacher ever tau. Walaupun korang ada modal ribu riban, tapi kalau korang tak belajar cara-cara and basic berniaga , pun tak kemana. Jadi kesimpulannya, belajar dari bawah insyallah korang akan berjaya suatu hari nanti.

Aku doakan korang yang berani mula dari bawah ni, sama-sama lah kita semua berjaya dunia akhirat. Aminnnnn. =)

8 comments:

Super Nia Hana said...

adik sepetentry ni paling win
akak kobaR2 NIH
ADA BUAT DROPSHIP. KENA KENTAL LG
tetiba caps kan.kikikiki

eima said...

BETUI TU .... NK BERNIAGA PUN KENA ADE ILMU KLU HANY MINAT SSH NAK BERJAYA

akish ali said...

YEZZZAA bossss...
sape nk join dropship..jom wasap chekiss 0182777794.
produk seqy pon hadoooo

Saufa Sakinah@ hAda said...

nak start tu ssh sebenarnye walaupun banyak idea...lagi la xbanyak kawan n keje bese jer macam ai ni...nak cakap jiran pun xde...acaner tu...

Afidah Azmi said...

tu la kos sara hidup sekarang ni mencanak naik...hutang lagi..aduh...stress giler..rasa macam nak jadi org gila je

Haslina Din said...

thanks.. sangat memerlukan..

dari sisi hidupku said...

setuju... nice entry. berniaga sangat best, sampai satu tahap kita tak kisah pon pasal untung siket tapi bila dapat puaskan hati customer n dia pon happy dengan servis kita pon dah rasa bahagia gilaa.

Click-Buy-Go said...

"So macam mana ni? Kita nak bisnes la, tapi takut sekerat jalan, takut tak ada orang beli, takut nanti kena kondem, takut nanti kawan2 ejek perli2, takut modal tak cukup, takut dapat customer cerewet, takut nanti pos tapi barang tak sampai, takut bila barang dah sampai tapi condition tak bagus, takut nak mula, tak ada keberanian nak menjual."

hat nie memang kena setepek dekat batang hidung :(

Thanks sepet sebab bagi semangat baru nak berniaga :)