Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 15, 2015

Sambut Birthday Kat Flora Cafe

Ni kejadian 5 April 2015 ye, dah 2 bulan lebih baru nak cerita. Sebab tengah transfer gambar tu, dah alang-alang ada masa sikit ni, jom la kita sok sek sok sek jap. Walaupun blog sendu dan dot dot dot... Huhu!

Ekceli kan, birthday kali ni feeling dia lain sikit lah sebab dah ada anak. So nak celebrate pun dah malas, tapi Qery tu kan suka je surprise2, saja lah tu nak gode i, kah!

Dah pesan siap-siap takyah sambut sebabnya aura pemalas aku ni memang melampau peginya. Kalau boleh nak makan sambil guna kuasa mata je, tenung lama-lama nasi lepas tu nasi terapung dan masuk dalam mulut, kemudian pejam mata nasi dah masuk dalam perut. Kau bayangkanlah tahap dia tu, menangis mak mertua aku kalau baca ni, kekekeke!

Qery cam biasalah, malam sebelum tu dia cakap nak gi beli makanan sebab aku lapar. Ye memang tak masak pun, walaupun tak masak i tetap isteri mithali, haha! Aku pun okay kan je, tapi haih kemain lama pulak la laki aku ni tak balik-balik. Nasib baik la ada anak, kalau tak aku dah tepon Qery dah marah dia sambil nangis.

Pastu Qery sampai rumah je aku nampak kotak Baskin Robbin pastu ada cam kotak hadiah. Terus hilang amarah automatik senyum kambing. Pastu berpura-pura cam 'Eh apa ni, kan dah cakap xyah susah-susah', padahal.....hahaha! Dalam hati gelak kuat-kuat. Rasa nak lempang je perangai sendiri. Cuba la Qery tak bagi aku hadiah apa-apa masa birthday, aku rasa mau merajuk sepanjang bulan April tu. Dah dapat hadiah pura-pura taknak. Lols.

Malam tu, dapatlah hadiah jam tangan dengan gelang dan............................baju. =P

So esoknya, Qery bagitau dia ada tempah tempat makan kat Flora Cafe.

Pertama kali dalam hidup tau aku makan tempat-tempat hiasan camni. So teruja sikit lah kita ni. I kan kampungan. Huhu! Tapi memang recommended makan kat sini, lagi-lagi menu style ala-ala kampung dia, memang sedap sangat.

 Siap ada belon ye. Terasa cam 12 tahun mudanya. *mata juling*

Budak kecik main belon.

 Hidung kembang keturunan.

Lauk dia simple, tapi sedap sangat. Makan untuk dua orang pun banyak gila. Aku dengan Qery memang tak boleh habis lah.



 Penuh pipi.

Camni lah kalau dah jadi mak-mak. Nasib baik aku memang dari dulu kalau makan pakai sudu boleh guna satu tangan. So sebelah kepit anak, sebelah lagi makan. Kalau Qery, dia memang jenis kalau makan pakai sudu garfu kena dua-dua belah. Jadinya memang aku kena pegang anak lah. Cumanya Qery makan 5 minit setel, hahaha! Lepas dia setel makan, dia pegang anak. Belum ada istilah tunggu turn makan. Tapi tunggulah kalau ada anak 2 3 4 5 orang nanti. Itu mungkin aku dah warning kat Qery takyah makan luar, sebab aku boleh bertukar jadi singa. hahaha!

 Berpura-pura tipu lilin.

 Kek dia pun sedap sangat. Kek ni pun orang Flora tu yang sediakan.

Lepas setel makan. Ajak Qery ke Fiska Shah Alam sebab nak beli jubah. Sekali jubah habis. Tak klaka tau. huhu!

Jalan-jalan pastu tengok ada produk Seqy Beauty pulak. Terus malu sebab nampak muka sendiri kat pamplet, haha!

Oklah. Dah pukul 1 pagi. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

No comments: