Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Feb 13, 2015

Makin panjang akal

 Izz Qaiser ni nak masuk 6 bulan dah. Perubahan apa yang boleh dilihat adalah

1. Dah boleh meniarap dan melakukan aksi 360. Kejap kepala kat bucu sana, kejap kat bucu sini. Tergolek-golek jatuh sofa. Kihkihkih!

2. Asik nak main ball. Tak kisah la kau bagi dia tengok tv orang tengah main ball pun dia akan khusyuk. Tapi kalau ada ball depan mata, habis disepak pastu air liur berterabur sebab excited sangat tak dapat control. 

3. Suka tepuk2 barang, meja, rasanya dia suka dengar bunyi2 kot. Kalau kertas tu pun selagi tak koyak, selagi tu laaaaaaaa dia komot2 kan.

4. Suka tendang, ini aku rasa sejak dalam perut lagi kaki dia memang kuat menendang, bahahaha! Serius memang dia ni aktif semacam. Kadang tu aku tengok orang lain jaga anak, elok je berbedung tak meragam. Kalau baringkan pun budak tu suka je, tinggal kejap pun behave je. Izz Qaiser ni masyaallah, hahaha! Baring je nangis. Nak duduk. Lepas tu dah duduk nanti badan dia lepaskan sana cm aerobik tu, capai sana sini. Kita tak bagi nanti dia menjerit. Tinggal nak gi dapur buang pampers pun nangis, kena duduk sebelah dia je. Kalau melekat tapak tangan mother kat muka awak ni Izz, baru tau erti penyesalan. Huhu!

5. Suka gaduh dengan daddy. Haihhhhh, geram betul aku. Kadang tu aku mintak Qery jagakan kejap sebab nak setelkan kerja. Yela, kalau Qaiser tak tidur memang tak boleh buat kerja apa. Tunggu la Qery balik. Bila Qery pegang je, Qaiser nangis. Qery tu suka nyakat dia. Dah kalau nangis tu, opkos la aku yang kena jaga balik, habis tu bilanya keje nak siap.

6. Bangun pagi-pagi, terus korek lubang hidung aku. Grrrrrr. Aku malas nak layan. Pusing sebelah sana. Nanti dia tarik pulak rambut aku. Pastu tendang belakang. Hoihhhh. Bila pusing2 tengok dia ketawa. Urut dada betul.

Oh mother ngumpat kita yeeeee.

Sabtu ni nak gi inject. Silakan nangis kuat2. Huhuhu!

No comments: