Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Feb 9, 2015

Gumbira tak terkata


Terobek gambar raya haji.

Semalam aku update vendor-vendor yang ada jual produk Seqy Beauty. Mintak list vendor dari Miss Lina sebab dia yang arrange. Terkejut jugak sebab tak sangka lebih 20 vendor dari seluruh negeri. 

Bersyukur sangat-sangat sambutan dari korang sangat-sangat menggalakkan. Family Seqy Beauty dah mencecah hampir 150 orang.

Paling terharu penjualan BB Cream gabungan Code 1, 2 dan 3 lebih dari 10k unit tak sampai 4 bulan. Mungkin orang lain rasa sikit, tapi aku rasa dah banyak sangat dah tu, hihi! Maklumlah produk baru kan. 

Yang tak disangka Cleanser SQB pun laju boleh tahan. Aku tak expect orang akan beli sebegini banyak. Sampai takut haritu pernah tak ada stok. Peluh2 tunggu stok dari kilang. Penjualan cleanser pun alhamdulillah tak sampai 2 bulan dekat 5k jugak. 

Untuk Sakura Mask ni, first batch aku keluarkan 1k dulu. Sebab nak tengok pasaran macam mana. Tapi belum keluar dah ramai yang cop, siap stokis bagitau ada customer yang dah buat payment. Alahai terharu sangat tau. Korang belum tau lagi apa function n kelebihan dia, terus beli. Kalau depan mata iolls dah peluk kuat2 dah. Huhu!

Untuk set skincare, tak tau kenapa tetiba ramai tanya aku bila nak keluarkan set skincare. Sabar tau. Kita nak kan yang terbaik untuk semua. Kalau dah ada ofkos akan di war-war kan.

TQ Allah, TQ suami, TQ adik beradik yang support siap nak jadi stokis lagi. TQ stokis yang giat mencari new member untuk join family SQB. TQ agen yang tak henti-henti promo. TQ customer kita yang beli sejak zaman jual handbag, jual 7love, produk2 kecantikkan, hihi! 

Akhir kata, nanti aku update lagi. Sebabnya anak dah bangun. Bye =)

1 comment:

suezen said...

murah rezeki...alhamdulillah...all the best for business sepet...start bc ur blog..waktu tu budak hingusan...hehehe