Terasa Disayangi, auw miaw miaw!

Hahaha! Tajuk kalau tak hover memang tak boleh lah kann....

Kelmarin terbaca kat insta Felinna dengan Dian, dorang buat survey dari mana followers boleh kenal. So aku pun macam eh eh nak tiru lah.

Dalam hati tu berkobar nak buat, tapi dalam berkobar tu takut gak la kalau kawan-kawan cyber iolls tak respon. Terus krik krikkk je nanti kan. Hahahaha! OMG kau sapa orang nak komen-komen kennnn, kekekeke!

Tapi takpe, #siscuba. Kalau orang tak komen, kita buat tak reti je lah. Gitu. Takpun kita tutup terus facebook. malu punya pasal. Hahahaha!


Sekaliiiiiiiii, ramainya yang komen. Lahaiiii, seronok sangat tau melayan korang ni. Last aku cek dah 200+ komen gitu. Walaupun kawan memanglah hampir 5k, tapi tetap bersyukur dapat komen sampai 200 orang. 

Pastu rasa bersalah je sebab tak update blog kan. Lupa asal usulmu a.k.a lupa diri, hahaha! 

Hasil survey dalam facebook dan insta ni rata-rata bagitau dari blog. Tak kisah la dari blog Ceera ke blog VP then baru blog Sepet. Yang penting yang utama nya adalah dari blog. Maigadddd! Ceera n VP kembang gila bila nama dia di seru-seru dalam komen tu. 

Ceera dengan Vp kan antara blogger terawal dalam donia ni, hahaha! Dorang ni dari zaman fotopages lagi, then bertukar ke Blog. Pastu seret adik beradik buat blog. 

Punca aku buat blog ni bukan nak popular ke apa. Aku buat blog sebab nak duit je uolls. Dulu kalau korang tak tau, adalah zaman Nuffnang. Zaman iklan iklan. Klik klik klik dapat duit. Gittew. Bukan MLM ye, No no no tak baik tak baik. Hahaha!

 Gigih la memasing buat blog, nak duit punya pasal. First time dapat cek opkos kena blog out. Takde blur-blur jumlah okay. Bangga gila lah dapat seratus pun. Kau hado? Konsep lagak-lagak. (berlagak) Kena dwi bahasa ni, lagak-lagak untuk remaja cam iolls, hahaha! Berlagak tu yang kertu sikit. Siapa????? Dan dan semua paham lagak-lagak tu kannn... Biasaaaaaa dia tuuuu cakap orang kertu. Kekekeke!

Memula buat blog asik kena mawaaaahhhhh (marah) siapa kertu tu dengan Ceera sebab lembap gila. Semua nak tanya. Kena maki pun aku redho je sebab nak duit punya pasal. Tapi dah lama-lama rasa syoknya. Rasa popular sikit bila orang komen-komen nihhh. Hahaha! #mudahperasanpopular

Then bila kena kutuk sikit terus rasa nak tutup blog bagai. Tisu sangat hati tu. Itupun nak sentap. Entah siapa yang kutuk kita, kita pun tak kenal kan. hahaha!

Pastu macam readers tanya macam mana Sepet boleh buat dek (buat tak tau) je kalau ada haters yang mengutuk kau. Eh senang je. Lantokkan sana. Aku kalau dapat komen yang kutuk aku, aku tak baca pun. Percayalah. Kalau korang tak caya, mata kita ada power untuk scan ayat-ayat cacian. Hahaha! Sebelum approve komen orang, aku akan scan dulu komen. Kalau komen negatif kat mata aku, terus aku spam. Dalam hati tu who'sthisb**ch Wow! Caruts dalam omputeh gitu. Haha!

 Buat tak reti, takyah nak gebang bagitau satu dunia yang si polan tak suka kita. Buatlah sebodoh-bodohnya yang kau memang tak tau pun ada orang tak suka kau. Hahaha! Aku biasa buat masa kerja dulu. Dah tau orang tu tak suka kita, tapi tetap layan dia seperti biasa. Bukan fake okay, tapi aku memang bodoh. Hahahaha! I just dont care *flip shawl*

Yang penting, ramaaaiii lagi yang boleh berkawan dengan kita. Ramai lagi yang suka baca blog kita. yang tak suka tu lantak sana. 

Jadi aku teruskan ber-blog sampai sekarang. Cuma masalah aku sampai sekarang ni, aku tak kenal orang. Maigod sangat kekwat perangai. hahaha!

Aku memang jenis yang tak ambik tahu hal orang. So aku memang tak tau blogger yang femes ni. Yang berkait dengan aku opkos lah kenal. Contoh macam Ceera, Vp, Kathy, Peej, Kak Pilla, Elly, Epal, Namee, Irene, Dr Fatin, Kak Di. Then selain tu aku macam kena slowly bertenang. Stalk ig dorang dulu pastu pura-pura kenal. Ohhhhhh dia niiii..hahahaha! Yang tu fake sangat. =P

Tapi pun aku tak kecik hati langsung bila orang tak kenal Sepet88. Sebab aku tau wujudnya orang macam aku. Aku pun teruk bab-bab ni. 

Serius weh, sepanjang aku sekolah sampailah aku kawin. Aku tak pernah baca surat khabar. Pastu aku benci gila Sejarah kan. Aku memang bodoh gila la pun bab-bab ni. Aku hanya boleh ingat Perdana Menteri je. Hahaha! kau jangan tanya aku pasal menteri lain ye. Boleh la tanya, tapi nanti kena tunggu 5 saat jap sebab kena google dulu.

Tapi sekarang dah bijok sikit sebab Qery setiap hari beli METRO n KOSMO. Tajuk berita dia tu membuatkan aku nak baca, seperti di bawah

Image result

DURJANA CINTA. Ok penting sangat berita ni. Kena baca.(mata ke atas sangat)

Sekarang ni kena curi masa untuk update blog. Sekali lagi aku buat blog bukan sebab nak popular ke apa ye. Tapi sebab nak meluahkan kasih sayang kat semua pembaca. Wahhhhh terasa-rasa pipi nak kena lempang. Hahahaha!

Okay lah. Nak edit gambar raya. Next entry tauuuuu. Bye

Comments

Unknown said…
Update selalu yea Sepet. sbb mostly customer sy dr pembaca blog Sepet. bila tanya semua sebab follow @ baca blog sepet. so teruskan menulis!! ada laa juga blog untuk dibaca, at least!
Unknown said…
Sila menulis lagi Sepet. dari follower blog lah saya dapat customer. bila ty, mana tahu SQB. saya baca dr blog sepet. huhuhuu...

jangan lupa menulis lagi. at least xde buat apa boleh baca blog sepet!
Hidayah said…
Mcm ni lah. Apa kata upah akak utk update kan blog sepet...? Akk pun nak carik duit gak nih... ahahahah..
bella hamzah said…
bella kenal blog kak sepet dari blog caera.lama dah 3 tahun rasanya keep follow blog kak sepet suka baca entry sepet even panjang xlarat nak baca tapi still gigih baca haha.Keep writing blog tau kak sepet skrg ni blog dah makin sepi banyak blogger dah tak rajin nak tulis blog sob2 :(