Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 20, 2016

Raya Haji 2016 (Rumah Mertua)

 Rasa nak copy paste je entry raya haji tahun lepas, gambar je lain. Hahaha! 3 kali dah sambut sama-sama. Tahun pertama baru kawin, tahun kedua baru lepas pantang Izz Qaiser, tahun ke 3 dah ada Runako. Tahun ke empat Insyaallah dah ada sepupu dah anak-anak aku. Ehh korang fikir apa tuuuuu... Hahaha!

Raya kali ni tema warna biru. Kalau tak aku malas nak beli baju raya. Tapi sebab anak-anak ada baju baru, takkan lah makpak nengok je. Melampau sangat tu. Kena beli jugaklah untuk makpak. 

Baju Qery dari Elrah, baju aku dari Leeyana Rahman, baju anak-anak dari Kids By Asli. Kemainnnn hipster sangat ni beli kat butik okayyy. Selalu aku malas fikir, beli kat Tesco pun takpe asalkan cantik. Memakcik sangat ni, hahaha!

Tahun pertama je aku pegi masjid sembahyang raya bersama mertua. Tahun selepas tu tak boleh dah nak pegi sebab anak kecik oi. Nak menyiapkan dorang pepagi pun dah satu hal. Memasing bukan jenis bukan bangun pagi. Jadinya bila kena kejut tu mengamuk habislah. Menangis sorang-sorang. OMG perangai mak kau sangat. Tak cover-cover. Heh!

Dah siap-siap tu terus gerak ke rumah mertua. Ayah mertua dah pencen, so setiap kali solat memang akan solat kat surau taman tu. Tak tau la macam mana kena lantik jadi AJK surau kot. Then kena tolong sekali lah untuk korban kat masjid tu. Kitorang sampai-sampai, terus salam satu family, pastu ayah mertua terus gerak surau. Eh aku ni kejap surau kejap masjid. Hihi!

Ekceli surau. Tapi surau ni dengar cerita macam nak renovate and dorang nak naik taraf masjid. Gitulah ceritanya.

So bye bye Ayah, silakan potong daging. Kitorang nak bergambar. Huhu!





Ok cukup tu, bagi can kat adik ipar pulok.

Biras aku pertengahan bulan 10 ni nak beranak. Bestnyaaa! Hahaha! Best mengandung, best beranak, best tengok bebudak. Yang tak best kalau mabuk je. Penat nak muntoh, huhu!

Cucu kesayangan nenek ni. Untung jadi cucu pertamaaaa. Cucu-cucu seterusnya tu, nasib korang lah. Hahaha!




Yang lelaki duk mentekedarah kat dalam.


Lepas Syah and Fieya balik Klang, kitorang pun krik krik kat dalam rumah. Mengantuk semua ada. Nak ke Cera Baru, tapi adik beradik belum sampai. So kita ambik gambar bebanyak.





Macam ni lah kat rumah kalau dedua nak dukung. Nangis dalam hati je mak ko. huhu!







Abang nak peluk je kejenya




Alololo so sweet Bang Izz, hihi!













Entry rumah Ceras Baru kita buat lain, banyak gambar gedik adik beradik je pun.

No comments: