BERCUTI KE GRAND LEXIS

 Korang nak tau tak peminat no 1 blog sendu aku ni siapa? Ha siapa lagi kalau bukan Encik Qery tu, bila aku lama tak update kemain kecewa sebab takde hiburan katanya. Dia fikir aku ni pelawak cyber ke hape. Tu aku tak kisah lagi. Yang paling aku menyampah sekali, lepas dia dah habis baca blog, dia akan datang kat aku tunjuk ayat mana salah eja.

Eh? Biarlahhhhhhh nak salah eja. Huhu! Asalkan korang paham dah la. Eiii tsk tau sibuk je betulkan ejaan iolls, haha! Tu lah cikgu selalu tanda kertas BM, pastu paksa-paksa aku gi betulkan. Tak kuasa aku, malas nak layan. So kalau korang terbaca mana-mana ayat yang salah eja tu, mohon abaikan ye. Huhu!

Berbalik kepada cerita bercuti ke Grand Lexis ni, kiranya kitorang ada lah beberapa kali jugak ke sini. Tapi kali ni ambik bilik yang Sky Pool Villa. Dia bukan duk atas pantai, tapi kat dalam bangunan. So pemandangan dia opkos la langit kebiruan gitu. Saja lah mencuba yang ni sebab senang sikit takyah asik nak call buggy je. Senang naik turun lif kalau nak gi sarapan.

Masa ni aku pregnant baru masuk 5 bulan gitu lah. Motif ke sini sebab nak bawak Izz Qaiser mandi pool tanpa kena matahari. Huhu! Lagi satu dah lama pun tak bawak dia gi mandi kolam. So alang-alang tu ke PD lah.

Ya Allah, dia ni kalau bagi lepas memang takkan duduk diam. Berlari sana sini. Korang mesti susah nak percaya kan. Selalunya kalau anak yang mak mak jaga sendiri ni dia yang nak melekat je kan. Tapi Izz Qaiser ni Masyaallah dia punya aktif. Siap kacau orang, kalau nampak budak sebaya dia terus jadi kawan. Aku ni bukan risau apa sangat, risau dia gi pukul anak orang je, hahaha!

Sementara Qery uruskan bilik, aku lah yang kena layan dia ni. Dah lah tak nak pegang, pastu menjerit-jerit. Adui memang menduga sangat, haha! Aku dah jeling-jeling jegilkan mata suruh perangai tu baik sikit. Tapi dia buat dek je. 


 Ko tengok.


 Berapa kali tawaf dah. 

Last-last aku dukung jugak sambil membebel menasihati beliau supaya behave sikit, kita bukan kat rumah. Besar harapan aku, dia pahamlah, huhuhu!


 Dah dapat bilik terus naik hantar beg, lif pulak takde orang. Apa lagi......

 Smileeeeeee.....!

 Besar bilik dia. 2 katil besar. 

 Ada ruang dapur kecik. Boleh la kalau korang nak masak maggy ke, atau korang beli yang pizza frozen tu, dalam ni ada oven.

 Tak sesabo nak mandi.

 'Bukak shoes! Bukak shoes!' Kata makcik itu.


 Anak bapak. Baju sama, seluar sama, perangai pun sama. Hoih!

 Perangai memang totally lebih kurang tau, hahaha! Izz Qaiser kan aku cerita dulu banyaaaaak main dengan Qery. Qery yang banyak ajar itu ini semua. Kebetulan Izz Qaiser ni dia memang cepat belajar. Dia perhati je orang buat apa, nanti dia tiru. 

Haritu aku gaduh anje anje dengan Qery, cubit la pipi dia. Sekali Qaiser dari jauh berlari datang, pun cubit pipi Qery, hahaha! Lepas ni memang kena behave je depan anak. Sebab sel sel otak dia aktif berhubung, huhu!



 Ruang mandi.

 Abang besar melawat kawasan.

 Dulu kalau tak silap Grand Lexis sediakan barang-barang toiletries ni dalam kotak merah kan. Kali ni pegi dah letak dalam plastik je. Mungkin cut kos kot. Hahaha!



 Bahagia je muka dapat pakai kasut dalam rumah.

Eh Abang Qery pandai selfie lah! Terkejut tauuuuu belek-belek gambar ada gambar ni. Terkejut sampai ter upload sekali. Kihkihkih!
 

 Walaupun pelampung and bola banyak kat rumah, tetap kitorang malas nak bawak. Sebab kat rumah pelampung semua dah buang anginnya. Kitorang pulak tak ada pengepam dia. Jadinya, beli je lah tepi pantai PD tu, banyak kedai jual.

 OMG, masuk-masuk bilik aku terus cek makanan apa yang ada. Hahaha! So scary! Terus je lapar mak encik ni. Teringat-ingat nasi goreng dia. Sedap!

 Ha, beg wajib bawak kalau gi bercuti. Senang uolls. Bag ni lah yang menjadi kegilaan customer Seqy Beauty. Wah hebat tau cakap camtu, hahaha! Serius, ramai jugak yang beli bag toiletries kita ni. Senang boleh sumbat segala krim krim sabun losyen sikat bla bla bla.


 Ha siapa yang tak beli lagi produk Seqy Beauty, silakan beli ye. Hihi!

 Tukar baju mandi. 

 Sebelum tu ootd sikit.


 Tugas mandi mandi ni serahkan je pada Qery. Sebab mak dia ni tak suka mandi. Haha! Eii sejuk kot. Sampai ke tulang sejuknya. Cannot go.



 Lepas mandi pool, mandi air pancut pulak.





 Ha uolls, sampai sini je cerita Grand Lexis kita. Sebab lepas habis aktiviti mandi ni. Semua hanyut tido. Hahaha! Bangun pun sebab nak makan je. Pastu tido balik. Camera pun entah mana-mana peginya.

Esoknya pun tak ambik gambar. Ekceli ada lah gambar dalam fon, malas aku nak transfer, haha! Ini gambar kat camera. Aku malas nak transfer gambar fon, sebab jap lagi nak kena arrange balik susunan gambar. Bercintaaaaaaa pulak nak buat yang tu. Huhu!

Tapi satu pesanan aku, kalau nak ke sini, dan korang ambil bilik yang atas pantai. PASTIKAN korang mandi tak SEKSI sangat. Bagi yang bertudung tu lah. Sebab, baru ku tau yang sebenarnya bilik yang kitorang duduk ni, boleh nampak korang mandi kat bawah sana. Hahaha!

Ha nampak tak yang biru biru tu pool korang lah. Sapa mandi tak pakai baju tu i tutup mata sikit-sikit je. Kahkahkah! 

Oklah. Nanti aku bebel lagi. Dah sakit pinggang pulak duduk lama-lama camni. Byeeee!

Comments

best kan kolam dlm bilik..hehehe
Nazima said…
awak..bilik camni brape rate dia?
ijan said…
memang serius best bilik ni. sebab nak mandi dengan anak2 kan... bapak2 budak pun boleh.. kita pun boleh seksi2..kikiki

handsome betul si izz ni tau...Dik, memang gitu lah kalau budak2 ni dapat kaki..mengejar, tang jumpa budak2 sebaya tu memang kegemaran..akak pun sama mcm sepet, takut anak akak pukul budak tu..takut wei, kang tak pasal2 parent marah kita tak pandai jaga anak..padahal depa tak tahu anak kita ni mmg gitu excited jumpa rakan2 sepermainan..hehe..

sO memang akak jaga betul anak kalau jalan2 ni..