Aquaria KLCC

Ahad lepas punya cerita ni, cerita cuti-cuti Malaysia kita tunda lah dulu ye, tak tau lah bila aku nak up, huhuhu!

Ahad lepas, ingat nak jalan-jalan. Tapi tak tau la nak jalan ke mana. Malas nak jalan ke shopping complex sebab aku ni jenis rimas. Ramai orang sesak-sesak aku tak suka. Kekwat sangat perangainya pun. Hahaha! Sebab tu aku lagi prefer duduk rumah dari keluar.

Ekceli bukan la tak boleh langsung orang ramai, kalau dah ramai nak buat camne kan. Hadap je la. Tapi kalau dibuat pilihan, ofkos aku tak suka bersesak-sesak. Rasanya semua orang pun tak suka kalau dah sesak tahap cam sardin tu, boleh keluar asap hidung aku menahan kemarahan. Kekekeke!

Qery bagi pilihan, nak ke Pusat Sains Negara ke atau nak ke Aquria KLCC. Fisrt choice aku pilih PSN, sebab kat situ walaupun ramai, tapi masih dalam kawalan lagi. Yela situ bukan boleh lepak lama pun. Tak ada tempat makan, kau dah melawat sana sini pastu silakan berambus. haha!

Sampai sana je pak guard kata PSN tutup 16 bulan sebab dorang tengah buat renovation besar-besaran. Kahhhhh!!

Terus menonong ke KLCC. Eiii, tak suka. Sebab dah set dalam mind KLCC ni sesak. Nak park pun kadang tu bercinta. Tapi takpe lah. Bukan selalu ye dak.

Selpie dengan anak dulu


Tunjuk gambar tempat park kereta, nak dijadikan cerita, kitorang baru sampai. Baru tengah scan touch and go punya card, palang baru nak bukak. Aku nampak ada brader kat kereta dia. Dia pandang ke arah kitorang. pastu dia lambai-lambai. Aku pun pelik lah kenapa dia ni. Aku bajet cam mungkin kawan dia ada kat area situ kot. So buat tak tau tapi ekor mata aku masih lagi memerhati lah. Eceaaaa ekor mata okayy..

Pastu masa Qery nak tutup tingkap kereta, brader tu jerit, 'bro bro, pusing pusing,. Rupanya dia reserve kan parking untuk kami. Alahaiiii, baiknyaaaaaa budak bujang zaman sekarang. Sukati je cakap dia bujang, bahahahaha! Ele perut flat tu anggap je la bujang. Kalau perut cam Qery tu memang tau dah anak 1, kahkah!

So kitorang pun tak habis2 puji budak tu baiknya baiknya, hahaha! Padahal kitorang pun selalu je nak keluar parking nampak kereta pusing2 cari, nanti kitorang panggil. *Nak cakap diri sendiri pun baik lettew.. phuii, hahaha!

Bersyukur la kan, sebab bukan senang cari parking kat KLCC. Dekat pulak tu nak naik ke Aquaria tu.

Sapa-sapa yang nak ke Aquaria sahaja, disarankan kalau bawak anak, toksah la bawak stroller. Bukan apa. Kesian sebab kat sana cam susah sikit, kena turun tangga. Tak nampak pulak aku tempat turun guna stroller, mungkin ada lif tapi aku tak perasan.

Budak baru bangun tido. So mood dia cam kekura sikit. 


Korang pernah tak tengok ikan letrik ni. Aku pestaim tau. Jap aku close up.

Badan dia memang warna carbon tau. Yang hitam kelabu. Pastu ada bintik2 kat area muka. Muka scary, huhu!

Ekceli, semangat nak berjalan haritu sebab nak pakai baju baru Qery belikan. Merajuk je dapat baju, best! Auwwww, saja nak bagitau aku merajuk, kihkihkih! ketawa tutup mulut. 

Ikan-ikan dia memang lawa sangat. Pelik pelik pun banyak. Tapi sebab ramai orang kan. Tak ada lah aku nak amik gambar sekor-sekor. Mana yang dapat je lah. 

Masa ni gilir2 dukung dengan Qery.

Tapi hakikatnya Qery yang banyak dukung, hahaha!

First time jugak tengok kuda laut. Tak tau pun kuda laut sekecik ni. Besar jari kelingking aku je kot.



Muka kekura. Qaiser suka buat muka kekura, Kadang tu aku pun geram. Kita bebel dia buat selamber je. Sakitnya tuh disini.



Ikan ni besar gila. Tinggi Qery ada kot. Kalau masak asam pedas ni, menjilat jari.


Mak bapak yang excited, haha!

Anak buat muka tak reti je, sabo je lah.

Besar gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ikan pari ni.


So scary, huhu!

Pun besar. Tinggi aku ada kot.


Best tau, korang kalau ada anak-anak tu silakan ke Aquaria ye. 

Tak tau la beliau sejenis ular atau ikan. huhu!

Obor-obor


Elehhhh, dah nak balik baru reti senyum. Podahhhh!

Comments

Unknown said…
comelnye qaiserrrrrrrrrrrrrrrrr!
Eta Jaafar said…
yang panjang-panjang tu belut la sepet.. belut elektrik & belut putih
Cik Renex said…
MakAyah lagi excited ni.hehe
eima said…
dah lama tk pi sini .... tapi jgn la pi time cuti sekolah ke ape ke .. mampuih panas dan rimas dok dlm ni nk berjalan nk tgk2 pun rimas
noryyda said…
haha..sepet selalu la update pic qaiser..teruja tau..suka tengok dia..comel sangat!
Latifah said…
Alolo... cute nyer la qaiserrrr.. Aquaria mmg best.. Dah banyak kali pegi.. tp still nk pegi lagiii...


LatifahFazri
antalya said…
muka kura2 yg sangat comel. nanti qaiser dh besar sket umur 2-3 thn dtg aquaria lg kan.sure muka kura2 dh transform jadi muka teruja hehehe
Sheila Salim said…
Assalamualaikum. hahah comel je Qaiser wat muka dunno dia hehehe
Alyza Fisol said…
aquaria memang best...tak dinafikan...sesuai untuk bawak anak2 berjalan...

http://www.lyzafisol.com/
raihanah said…
lama dah tak pi aquaria. lps ni bolehlah ngulang subjek aquaria pulak
zeera lily said…
nk pergi tak terpergi2 smpi skg..

meh singgah blog kite.. anak kita sebaya... hehe