Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 20, 2015

Kulit kering cam kehape je

Hallu korang, lama tak bersiaran. Sebab pemalas yang tak disangka-sangka. Phuiiiiii. Hahaha! Konon tak sangka lah sangat kan, padahal memang kau sejak azali lagi pemalasnya. Huhu!

Sejak dah ada anak ni kan, masalah aku adalah kulit extra kering. Problem yang memang aku tau apa puncanya, aku adalah seorang yang pemalas minum air. Serius 2 liter tu rasa nak bercintanya la haiii nak minum.

Pernah la kengkonon aku nak berubah la. Poyo melampau. Everyday aku masak air pepagi isi dalam botol 2 liter masuk peti sejuk. Dengan harapan setiap malam pastikan air tu habis. Ok la hari pertama cam semangat sikit meneguk gluk gluk gluk. Hari kedua, masih lagi semangat, hari ketiga tu dah cam suam-suam kuku. Tetiba entah bila tak de dah aku isi air dalam peti. Bahahaha!

Lepas tu aku pulak memang nyusukan anak. Lagi lah menambahkan kekeringan kulit. Pulak tu baru-baru ni yang paling teruk, aku selsema. Siapa pun yang selsema memang kulit akan kering, start la mata gatal-gatal. Sebab air asik produce untuk sinus. Jadi kulit kat muka aku memang kering kontang.

Pastu aku pun pakai la Sakura Mask. Amboi sebenarnya nak promo produk sendiri lettew, kahkahkah! Eh tak de la. Aku pun manusia biasa macam korang. Adakalanya aku memang malas nak tepek-tepek segala benda ni, kalau tepek pun sehari je, esoknya aku dah tak tepek. Sebab aku kan jenis yang malas. 

Tapi bila kulit aku dah betul2 kering, siap mengelupas merah, kering je takpe lagi. Siap keluar jerawat yang tersangatlah banyak. Ni tak tipu tau. Aku memang tak jaga langsung muka, kadang tu tak cuci muka sampai seminggu. Kau bayangkanlah. Haha! Sebab aku cam bajet ada BB Cream, takpe la boleh cover kulit hodoh, kikiki!

So kulit aku tumbuh jerawat dengan banyaknya. Aku ni dah la kulit cerah. Kalau merah sikit, even gatal atau tergaru sikit memang nampak gila-gila la. Apatah lagi kalau jerawat. Kalau jerawat seketul pun dari jauh dah nampak. Ini bukan seketul, tapi berketul2. Very the scary.

So i'll show you here okay.

Haaaaa, takut tak, hahaha! Aku sendiri tengok pun ngeri. Siapa sangka kan boleh naik jerawat sampai cenggitu. Masa aku pregnant dulu pernah naik camni, tapi ada la jugak alasan ngandung. Ini sebab aku tak jaga langsung kulit muka.

Kulit dah jadi camni pun, aku rilex je, hahaha! Sebab aku yakin sangatlah bb cream aku tu boleh buat kulit aku cam cool cool. Sekali non hadoooooo. Ko tengok sendiri gambar kat bawah ni.

See? Dah pakai bb cream tau. Kulit aku kering. Plus ada jerawat. So dia lagi horror. Kulit kering memang akan buat bb cream nampak bercapuk-capuk. Tapi aku jenis lek lek la.

Masih gumbira walaupun ada jerawat, kihkihkih!

 Selepas beberapa minggu. Haih. Minggu ok. Tak pudar-pudar jerawat aku ni. Pastu aku pulak selamber je la tepek je bb cream. Opkos nampak better, tapi tak boleh nak hide kulit kering tu. Korang sendiri pun nampak kan. Huhu!

Nak diceritakan pasal Sakura Mask ni, aku macam korang. Pakai sekali, lepas tu lupa nak pakai dah. Masa stokis aku restock, dia cerita lah kulit dia memang akan moist sampai kawan-kawan tegur kalau dia pakai sakura mask setiap malam. Dia cakap kat aku, takyah lama, 3 hari memang dah nampak dah beza dia. 

Boleh?? Padahal aku owner product ni, hahahaha! Aku pun cam, eh eh tak boleh jadi ni. Mana ada orang jual product tapi muka sadis. Jual product tapi malas nak pakai. Amboi amboi amboi, banyak cantik muka kau ni. Malam tu aku terus tepek.

Sakura mask ni apa yang aku suka, sebab dia bukan jenis yang akan mengeras tu. Dia soft gel sampai ke sudah. 

Aku memang dah buat beberapa eksperimen. So korang boleh cuba macam aku pakai atau korang boleh pakai macam biasa. 

Gambar kat bawah ni hari ke 3 tau aku pakai sakura mask.

 See, hari ke tiga alhamdulillah tengok dah banyak kurang.

 Press down je, then gel dia akan keluar. Aku tekan 2 kali je memang cukup sapu satu muka.

 Korang boleh apply kat satu muka.

 Ratakan.

 So kulit akan jadi camni lah.

 Bila dah agak-agak kurang nampak gel macam gambar atas ni, korang boleh cuci.

Cara aku pakai, ada banyak cara.

1. Sebelum keluar, dalam 30 minit camtu. Aku tepek dulu sakura mask. Takyah lama nau. 15 ke 20 minit camtu aku cuci bersih. Bila kulit dah moist, pakai bb cream pun cantik je tak bertompok.

2. Sebelum tidur, pakai jugak tapi lama sikit. Lebih sejam. Atau aku akan cuci sebelum aku tidur. Sebab aku tak suka tidur kulit muka melekit-lekit, haha! Bukan apa, sebab aku nyusu anak, Qaiser tu suka raba n cubit2 pipi aku masa dia minum susu. Pastu kang masuk jari dalam mulut pulak. Tu yang aku mesti basuh sebelum tidur.

3. Kalau aku tak keluar rumah, aku akan pakai sakura mask sebelum bagi qaiser makan tengah hari. Tengah hari memang cuaca panas berdesing kan. Walaupun kat rumah tapi bahang dia terasa jugak. So aku pakai sampai qaiser habiskan makanan dia. Selalunya aku akan pakai tengah hari dan petang. Sebab qaiser makan pukul 12 tengah hari n 5 petang. 

Gambar semalam, aku ke aquaria. Banyak dah hilang. Ini hari ke 4 pakai. Masih belum fully recover lagi. Still banyak nak kenal alter. So aku akan teruskan pakai sakura mask ni sampai aku rasa gojes.

Pastu ramai gak la tanya, boleh pakai kat muka je ke. Ekceli nak hilangkan selulit ataupun nak pakai masa pregnant pun boleh tak ada masalah.

And haritu kakak ipar aku muka terkena minyak panas, 5 hari pakai sakura mask hasilnya memang kedebabom. Jap aku tunjuk gambar.

Sian Kak Ninie, masa aku balik rumah mak tengok dia tengah pakai krim doktor bagi. Krim tu mengeras. So bila Kak Ninie bercakap, habis berterabur habuk2 krim tu.

Kebetulan Kak Ninie nak balik kampung (rumah mak dia kat Johor tu seminggu), 5 hari lepas tu dia wasap tunjuk muka dia dah ok lepas pakai sakura mask. 

Kegembiraan melampau la aku, sebab tak sangka cepat sangat healing proses dia. 

So korang korang, kalau nak beli. Silakan contact agen. Aku memang tak jual retail dah. Bukan muka je, 1 badan boleh sapu. Hihi!

Kalau nak tau kebaikkan sakura mask ni boleh cek kat web Seqy Beauty atau korang follow ig SeqyBeauty.

Kat instagram ada contest menang iPhone6 untuk pembeli Sakura Mask.

9 comments:

eliz land said...

Yeah bestnye...sape yg nak COD area Putrajaya cyberjaya Port Dickson nilai Seremban blh watsap saya 0173945948 dan utk warga Bangi blh dptkan di butik @thepopulous bandar baru Bangi ye...

Miss Wanie said...

Sebenarnya kan, sakura mask ni bukan untuk muka je. hahaha..sebab Wanie dh try sapu tempat lain :
1. tempat luka (scratch)
2. allergic or kene gigit nyamuk. sapu sakura mask, terus tak gatal. and bila allergic or luka kering xde kulit menggelupas or gatal-gatal :)

bearyblossom said...

Ohsem kan Sakura Mask ni. Nak beli sakura mask atau bb cream atau cleanser boleh contact sy 0145259353 (Emi). Postage ke seluruh Malaysia. Klu yg area Sg. Besi, Tasik Selatan, UPNM, boleh COD je. Klu yg stay area KL nak COD kat mana2 stesen LRT pun boleh :)

akish ali said...

agen skudai/jb/nusajaya meh roger2 chekis 018 2777794

nurin said...

Cod opis presint 3 blh?

eliz land said...

Boleh sis...presint 3 kementerian Ape ye...

eliz land said...

Contact saya 0173945948 untuk cod presint 3

strawberi said...

UTK PUTRAJAYA...boleh dptkan di butik @vendeur_shopalista precint 15 *berhdapan secret recipe atau butik @gemlike_boutique ayer 8 putrajaya


atau wassap 0126673142

juliana matsah said...

hai ashikin..sangat bermanfaat tips yang anda berikan. jemputlah ke blog saya untuk berkongsi pelbagai tips kesihatan

www.smartvitamin.blogspot.my