Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 24, 2015

Cuti-cuti Malaysia : Thistle Hotel (Mandi Pool)

Minggu lepas cerita pasal ke muzium kan, so lepas kitorang lepak muzium tu, singgah la makan asam pedas tepi jalan area hotel jugak. Aku tak boleh makan sebab tengah ulcer. Geram betul tengah bercuti best-best sekali mulut ulcer. 

Cuti kali ni ingatkan nak ke Grand Lexis, tapi sebab dah pernah pegi masa honeymoon dulu. Krik krik krikkkkk. Mintak suggestion kawan-kawan kat facebook. Dorang suggest Avillion. Ingat nak ke Avillion, sekali full. Second option ke Thistle. Ok marilah ke sini. Syukur la sebab still ada yang kosong lagi.

Sampai sana, terus landing atas katil. Solat and bersihkan badan. Kitorang tidur kejap kot. Nak mandi pool cuaca panas gila. So lepak2 kejap. Janji dengan MakPak mertua lepas Asar baru turun mandi pool.
 
 Budak kecik ni kalau bapaknya yang siapkan, terus bertukar kpop.




Dah besar dah, masa ni Qaiser dah 6 bulan. Perangai dia boleh tahan bermacam-macam. Huhu!

Lepas siap gosok baju untuk pakai malam and esok, terus siap-siap. Qery ajak keluar beli makanan dulu sebab dalam hotel makanan kan mahaiii. So prepare la beli jajan2 air semua..

Lepas tu terus ke swimming pool.
 
Pelampung beli kat sana jugak.
 

 Korang tengok je la anak aku main air ye. Hihi!



Rambut Qaiser ni tak banyak dan lambat tumbuh. Macam maknya. Hahaha! Bercinta nak tunggu panjang
 

 Pemandangan dari bawah.

 Amboi kemain bapak mertua kita ni. huhu!

 Bercinta lettew, kekekekeke!

 Haih la anak. Dah sejuk sangat la tu sampai hisap jari.

 Nasib baik masa mandi ni banyak main dengan bapaknya. Boleh la aku fefeeling single sambil usha beachboy. Auw. hahaha!

 Dah mandi, dah muntah dalam pool. Ahahahaha. Nasib baik takde orang nampak. Lantakkan sapa mandi lepas tu. Kita pura-pura tak bersalah. Adui, boleh pulak izz gi muntah dalam pool. Tu la mandi lagi tak ingat dunia.

Tukar baju pun drama. Perangai tak suka pakai baju. Bukak baju suka. Pakai baju nangis. Panggggg skali tau la. 
 
Dah berenang, dah muntah, terus lapar ye.

Budak manja dengan nenek. 

Lepas mandi kami naik hotel. Sebab lepas maghrib nak ke 3D Art Gallery yang kat Lukut PD tu.

Itu next entry pulak ye.

5 comments:

Ayu azmir said...

Comelnya qaiser.... da besar da...

zamzarina said...

putey melepak betoi la si izz ni..ish....

eliz land said...

Comelnye izz ni...umah saya kat 3D art tu gallery tu je...kalau tahu dah jumpe sepet dah...hahaha

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Baby Izz nyomei-nyomei,
Happy holiday from Auntie Shikin.

ida ahmad said...

Hotel ni tak pernah p lagi. View swimming pool tu sangat cantik!