Hai chuollssssss...

Entry ni lupa nak publish, padahal dah seminggu aku taip. Anggap je la korang baca ni masa minggu lepas okay. huhuhu

Asik cerita pasal Cuti-cuti Malaysia. Nanti lah sambung, sekarang ni saja lah nak membebel di malam hari. Anak tengah syok tido selepas 5 jam bermain tanpa henti. Kejap main bola, kejap main bongkah susun-susun, kang benti makan jap, pastu sambung main panjat-panjat, tengok kartun, main lego, main hentak2 barang. Aku dah bosan, dia tak bosan-bosan. Sikit lagi nak amukan sebab tak reti-reti nak tidur. Sib baik lepas tu dia tido. Huhu!

Apa ye nak cerita. Life macam biasa lah. Dah kawin dah ada anak, masa untuk diri sendiri memang tak ada sangat, lagi-lagi anak nyusu badan ni. Asik nak melekat je. Nak masak pun stress #tarikrambut #lempangdirisendiri #gigitkuali amboi kuatnya gigi, haha!

Ha nak cerita pasal Mia lah. Anak Ode.

Kelmarin aku pegi rumah mak. Saja lah singgah, selalu aku singgah timing tak sama macam Ode. Tetiba Ode datang bawak anak-anak dia sekali. Apalagi excited la Hakim dengan Mia kegumbiraan melihat maksu kesayangan ada sekali. Auw...

Mula lah dorang terpicit2 kaki dengan jari tengan Izz. Comelnya, keciknya, putihnya, geramnya, Anak Ode ada 3 orang tau, Hakim 7tahun, Mia 5 tahun, Tika sebaya Izz, tapi lahir bulan 3 tak silap. Tua 5 bulan kot.

Mia : Masuuuu Masuuuuu, Izz tu dah pandai cakap tak?
Aku : Belum la, dia baru pandai merangkak dengan diri.
Mia : Adik kita dah pandai cakap dah
Aku : Yeke, dia pandai cakap apa?
Mia : Entah la, kita pun tak paham sebab dia cakap bahasa cina.

Hahahaha! Sabo je la.

Pastu kitorang main teka-teka haiwan. Mia dia buat macam tangan kepak-kepak tu.

Mia : Masuuuu, ni apa?
Aku : Chickenn
Mia : Bukannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn, ini ayammmmmmm.

krikkkkkkkkk..............


Pastu Hakim lukis, dia suruh aku teka.

Hakim : Masuuuu, ni apa?
Aku : Eiiiii, burukkkkkkkk la Hakim lukis, cane nak teka.
Hakim : Betul!!!!! Memang kita lukis buruk pun.

Hahahahaha! Camtu pun boleh. Adoilaaaaaa anak buah aku ni.

Comments

Hafiz Hafizol said…
lukis buruk? HAHAHAHA .kelakarnya dia nie