Sep 11, 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama

*tepuk tangan kuat-kuat*

Alhamdulillah, walaupun baru tahun pertama hidup sama-sama, rasa syukur sangat-sangat. Borak-borak dengan Qery, rasa baru je semalam kawin, tetiba eh eh dah ada anak. Qery cakap kat aku, tak sangka sangat dia dah ada anak, dengan orang yang benci dia dulu pulak tu. Hahaha! Terkekek-kekek aku gelak.

Kalau terobek kisah-kisah lama dengan Qery dulu, memang tak sangka sangat la boleh kawin dengan dia. Yela, menyampah gila dengan perangai dia, pulak tu tak tau malu. Orang dah tak suka dia, lagi mau contact-contact kite. Cinta sangat lettew. Auwww! Hahaha!

Ofkos la kitorang ni bukan cinta pandang pertama. Memula dulu masa tengok Qery pun aku dah rimas. Sebab dia banyak cakap. Lepas tu ok la kawan-kawan, masa kawan tu la pernah gaduh sampai aku delete nama dia kat fon. Bajet dah tak nak contact. Beberapa bulan lepas tu kawan balik. Ni kawan yang memang kawan je tau. Bukan bercinta. Dah lama-lama sikit baru menyulam kasih sayang. Lols. Geli la jugak. Kannn..  Hahahaha! 

Itu yang bila ingat-ingat balik, dua-dua rasa cam tak caya je. Sebab masa kawan2 tu kita dua orang cerita je pasal ex boifren, ex girlfren. Lepas tu siap tolong carikan gf bf. Bukak kan facebook untuk Qery, add kan perempuan2 cantik kot mana dia rasa nak tackle. Aku siap bukak aku punya myspace nak tunjuk lelaki badan sado sado kat dia. Kengkonon menggiurkan tapi apa pun tak boleh..hahaha!

Rasanya dah berbelas tahun kot kenal Qery, tapi kenal je la. Lepas Qery habis SPM rasanya, sekarang Qery dah 30 tahun pun. Dia start mesej n kol aku masa aku SPM. Lahaiiii rasa malas nak layan, tapi sebab fikir dia kawan Ceera, layankan je la. Nanti boleh gosip dengan Ceera perangai buruk Qery, kahkahkah! Yang peliknya, aku dulu rajin jugak la tukar nombor telefon. Tiap kali aku tukar dia tauuuuuu aje. Nampak sangat dia admire aku dari dulu. *gelak tutup mulut*

So, 31Ogos2014 genaplah setahun perkahwinan kami. Dan dikurniakan sorang cahaya mata. Seronok toksah cite la kan. Lagi-lagi dapat kek ala-ala jiwang. Hihi! Qery kan dia suka surprise. Tapi kali ni dia tak boleh nak bagi kejutan sangat sebab aku still dalam pantang. Tak leh keluar. 

Aku tak expect pun dia akan tempah kek. Pagi tu dia bawak family dia pegi Klang, ada rombongan merisik untuk Syah. So balik rumah pun dah pukul 3 4 petang. Balik tu la baru nak potong kek segala.

 Sekali 2 kek kau. Tak termakan. Kek Coklat dengan Kek Lobak Keju.

 Nasib baik kek coklat tu tak jatuh. Kalau tak sia-sia usaha kakak buat kek tu. Hehe!



 Malam tu family Qery datang tengok IzzQaiser, jamu sekali dengan kek-kek ni. Selamber je bagi dorang tengok tulisan i love u darling tu. Mesti nak makan pun dorang tak ada selera. Hahaha!

Di sebabkan takada gambar sama-sama lagi, bagi tengok gambar masa raya je la.


Kenangan 38weeks mengandungkan IzzQaiser.

Semoga kita menjadi lebih penyabar *nampak sangat tak point dia, haha*. Biasalah gaduh-gaduh merajuk tu. Kengkadang kalau gaduh rasa nak tendang peti ais. Hahaha! Normal kot. Dah ada anak ni lagi la kena topup kesabaran tu lebih sikit. Maklumlah, kena kejut bangun pukul 2 3 4 5 pagi. Kalau aku penat sangat, Qery yang tolong dodoikan anak dia. Harap2 kita macam ni la sampai bila2. Saling bantu membantu, paham memahami, sayang menyayang cinta dikenang gittew. 

I love U Daddy IzzQaiser. Muah!!
*flying kiss ala-ala ratu*

14 comments:

cik mah said...

Selamat ulang tahun...bestnyer 2 kek gtu...comel bby...

Hidayah said...

ahaha tetiba teringat sama kisah nkorang.. ehh dah lama tak bukak blog sepet ikut lappy ikut phone view lain kan.. klu x salah dulu kat side.sebelah ada link qery lover ke apa ntah kisah nkorang kan kan kan.. ada update ke.. seingat kak dyh ceeramoon je entry dia siap.habis.. viruspadu nye masih bersambung..sepet nye.. adoi.. tak ingat hahah.. tak pe lah.. semoga rumahtangga kalian aman damai bahagia makmur dan sejahtera hingga akhir hayat kalian panjang jodoh bersama hingga akhir hayat kalian aaminn.. banyak2 bersabar tau. Itu lah antara benda cliche dipesan orang tua. Banyak bersabar hidup berumahtangga ni. Tolak ansur. Hormat menghormati. Saling mempercayai..jujur.. perghh dah mcm nak.nasihat menantu pulak kan.. hehe.. selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama ya ^_^

Chekgu Azrine said...

Tahniah sepet..
Semoga berkekalan til jannah

Dang Wangi said...

Eh baru perasan muka korang laki bini ada iras2 hans issac dengan zahnita wilson la.. sepet, kenapa cantik sangat ni?

fida said...

As Salam,
Selamat ulangtahun sepet n qery..
Semoga kekal ke jannah hendaknya.

Monamie said...

Sweet! Allah bless u and family sepet!

Unknown said...

Tahniah sepet...salam perkenalan...akak silent reader sblum ni...first time bagi comment....happy anniversary yang pertama...akak dah nak masuk 16 tahun kawin ngan che abeee...hahhahha..tuo dah dik oiii....:)

~♥dieyba_baby♥~ said...

happy aniversery akk

mamabeauty said...

happy anniversary.. time flies.. kejap jer.. esok2 Izz dah berjalan pulak

Ms. Vie said...

have a blessed anniversary sepet..

Syamimi Saad said...

Asslmkm.. Happy Anniversary yang pertama.. Alhamdulillah.. Sambut anniversary ngn bby lagi.. Sweet sangat. :)

mama eija said...

suwettnya... happy aniversary both of u... nampak sedap kek carrot tu.. :D

Siti Nurhayati Dollah said...

Selamat berulang tahun. moga lebih rezeki, dan lebih segala galanya. Sabar paling perlu..suka tengok sepet & qery..

Aida Effarina said...

Happy 1st anniversary sis sepet n bro qery!
*nak panggil abg takut sis jeles.. haha!


Sy follow sis sejak zaman keje farmasi sampai la skrg sy plak jadi student MSU.. kehkeh :P


Send my hugs n kisses utk izzqaiser pls! 😘