Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 10, 2014

Tutup je la blog tu

Kihkihkih! Seronok rupanya perasaan bila tak update blog. Bukan la tak ada masa sangat pun. Saja malas tak nak update. Bila dah share gambar-gambar kat instagram rasa cam malas nak upload lagi kat blog. Huhu!

Harini aku dah berpantang hari yang ke-27. Punyalaaaaaa lama gila rasa nak hari ke-44 ni. Lahaii lahaiii betul. Haritu mak aku datang melawat, aku bagitau la aku pantang baru hari ke-24, pastu mak aku bebel. Katanya perempuan takyah kira berapa hari lagi nak habis pantang, kalau dikira memang rasa lambat sangat nak habis. Mak cakap selalu yang kira berapa lama lagi nak habis pantang ni orang laki-laki. Lols. Terus iolls buat muka tak reti. Pastu Qery tersengih2. Kekekekeke!

Bila dah ada baby, rasa timing nak tido, nak buat kerja, kena ikut timing baby lah. Kalau dia tidur, boleh la aku buat kerja. Baru la boleh nak basuh baju, sidai baju, masak, ambik order, tulis alamat, balut parcel. Kalau baby dah bangun, ada masa dia diam pandang sana sini takpe la. Tapi selalunya kalau dia bukak je mata, mesti nak nyusu. Kalau tak nak nyusu pun mesti ter ek ek ek sakit perut nak berak. Kalau tak pun mesti dia nak dukung sambil goyang-goyang. Kalau kita layan dia, dia suka la dia diam sengih-sengih.

Selalu pagi lepas Qery pegi sekolah baru dia nak tidur. Lepas tu bangun pukul 10pagi, *perangai mak dia sangat kan, haha*. Then sebelum dia nak bangun tu aku siapkan la air suam2 untuk dia mandi. Siapkan baju2 untuk dia nak pakai nanti. Siapkan tuam dia semua. Siap perah susu takut lepas mandi dia nangis boleh terus sumbat je. Kekekeke.

Selalunya lepas mandi dalam 30 minit anak aku dah mamai-mamai nak sambung tidur. So lepas tu setiap 2 jam dia akan bangun la nak nyusu, takpun nak berak. Gitu. So time tu la aku nak buat itu ini.

Oh aku berpantang sendiri ye. Kena buat semua sendirian berhad. Walaupun ramai yang nasihatkan banyakkan rehat dalam tempoh berpantang. Jangan buat kerja banyak sangat. Jangan itu jangan ini. Iolls tak ada pilihan. Kena buat jugak semua benda. Kalau tak, sapa nak buat, takkan baby nak bangun mandi sendiri. kekekeke!

Aku ni takde la hebat mana pun. Rasa serba salah bila orang puji hebatnya anak pertama dah berpantang sendiri. Erk.. Aku pun hentam je sebenarnya. Mihmihmih! Tau la sikit-sikit pasal berpantang ni, ater nyeeee, kakak-kakak aku semua berpantang kat rumah mak dulu. Anak aku ni cucu ke 22 pun. Aku tau la sikit-sikit nak kena tuam, kena bedung, pilis, mandi daun-daun, makanan boleh makan, tak boleh makan. Nak mandikan baby, nak jaga baby. Walaupun dah lamaaaaaaa tak jaga baby kecik, tapi kalau nak recall tu boleh la sikit-sikit, kalau tak tau aku google je lah. Macam tak biasa. Hehehe!

Tapi aku tak adalah masak benda yang susah-susah. Stakat bubur, sayur, stim, sup. Itu je lah manu pun. Tak kuasa aku nak beriye. Aku dah la pemalas. Paling pemalas aku masak sup sayur je. Kalau rajin sikit aku masak la untuk Qery skali. Kadang2 aku rasa kesian jugak kat Qery, bila nak makan je kena keluar. Tengok la kepada kerajinan dan kekesianan aku terhadap Qery, muahahahaha! Kalau tak silalah ke mamak je. 

Aku dah bagitau kan, nama baby iolls Izz Qaiser Bin Khairi Fizairi. Nama ni aku pilih ye. Ekceli aku tanya jugak Qery kot dia ada pilihan lain. Ada jugak la nama-nama lain yang keluar. Aku tak kisah pun, asalkan nama tu aku rasa sedap, dan maksud dia ok, aku on aje. Tapi last-last Qery cakap dia rasa dia pun nak Izz Qaiser. Kihkihkih! 

So inilah dia budak kecik itu.

 Hari pertama melihat dunia.

 Hari ke tiga balik ke rumah.

 Budak kecik yang panjang ni. Budak ni masa doktor ukur kat dalam perut, jangka keluar 2.9kg je. Tetiba mana tau panjang pulak. Jadilah 3.2kg.

 Suka senyum sorang-sorang. Hihi!

 Buah hati daddy

 Kesian, kena pakai baju beso. Hihi! Ekceli baju dia banyak gila, tapi sebab kat tingkat atas. Aku malas nak naik. So kita pakai apa yang daddy bawak turun je lah nak.

 Hari ke-23 timbang berat dia dah naik sampai 4.2kg

Anak mommy yang kuat kentot, kuat berak macam daddy. Lols

 Saja nak menunjuk berat dah seperti sebelum mengandung. Kahkahkah! Minggu ke dua berpantang memang dah jadi 48kg. Korang jangan la tanya kenapa boleh kurus. Kalau dah berpantang sendiri sambil bekerja online, haruslah ko kurus tanpa dipaksa. Hahaha!

 Ini hari ke 9 berpantang, time aku demam nak gi klinik. Masa tu timbang pun dah jadi 50kg. Lepas bersalin, minggu pertama aku horror sikit. Dengan ulcer 3 biji dalam mulut, dengan demam panas sebab bengkak susu, dengan sengugut yang ala-ala contraction, dengan tak ada selera nak makan. Dengan nyusu badan. Dengan semua benda kena buat sendiri. Tak ada tips ye. Aku rasa kalau aku sihat walafiat, takde nya aku turun berat badan cepat. Lembap jugak kot. Entah2 habis pantang pun masih tak dapat lagi berat masa remaja. Auwww. remaja sangat. Hahaha!

 Okaylah.

Ini saja yang dapat daku coretkan. Ecewahhh.. Nanti tunggu la aku rajin, baru update lagi. Kbyeeee =)

11 comments:

Ayu azmir said...

Comelnya baby... mama nye pn da slim jugak.. comel

Mona Lea said...

comelnya baby izz.geram nengok.jaga diri bebaik ye mamanya.

yayang laling said...

comeynye baby dia.
adik sepet pon kurus.
selamat jadi mak2 yer.
:)

Petak Bunga said...

sungguh rasa kagum juga boleh berpantang sendiri..bukan senang tau..

Cik Nadz said...

congrats sepet and husband!!! comel giler your baby..take care and semoga cepat sembuh..

salwana nordin @ che'wa said...

alhamdulillah...comel sgt izz qaiser..

nama pun molek :)

awak masa peknen pun kurus, dlm pantang mmg lg kurus la :)

Tentang Kita said...

wah comelnyer baby..tahniah jadi ibu muda..

Fatihah Salleh said...

selamat berpantang kak sepet :) moga izz qaiser jadi anak yg soleh... amin.

ain.ya.nun. said...

Baby comei mata sepet macam mak dia.

mamabeauty said...

comel baby Izz...

FadlinaMokhtar said...

ada iras dedua mommy daddy.ok la tu.dah nama pun anak mommy daddy khen..hehehe..kejap jer lagi habis la tu pantang.tak yah nak countdown sgt :)

FAD