Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 27, 2014

Acah-acah update

Ha gitu, terkejut tak tetiba iolls bersiaran di kala petang yang gering ini. Lols. Baby tengah tido so aku sengaja keluarkan sedikit kerajinan lalu mengupdate blog.

Ekceli nak update barang tinggal berapa je, tapi dah alang2 tu meh la kita borak kejap. Sementara budak ni tengah tido. Kang dah bangun apa pun tak boleh.

So anyone yang cam tertanya2 aku dah beranak ke belum, ofkos la dah beranak. Sepatutnya due aku 10.8.2014. Akan tetapi tak beranak2 sampai kena induce. Sapa-sapa yang nak baca entry baby iolls, boleh la jenguk blog Ceera.

Dah la dengan entry raya, entry pengalaman bersalin, entry pengalaman berpantang, entry nak pilih nama baby, semuanya aku tak up lagi. Bukanlah tak ada masa sangat, tapi sebab malas. KALAU lah apa yang aku cakap dalam hati tetiba boleh ter type sendiri kat blog kan ke bagus. Hehe! Tapi nak cerita KALAU tu sampai ke sudah tak habis. Huhu!

OMG korang, pantang hari ke 4 aku memang dah start pos. Itu pun masih ramai yang cam memalu kucing nak order. Kekeke! Sopan2 je tanya kot aku terima order ke tak. Eh jangan la risau, iolls masih buat postage. Dari dulu Qery yang pegi pos pun bukan aku, so memang tak ada masalah untuk pos barang. Setakat ambik order tu aku boleh la buat, cuma lembab sikit la.

Kot cepat tu mesti baby tengah tidur. Hehe! Kalau terlambat ke apa, korang beranggapan la aku tengah jaga baby ke, tengah mandi ke, makan ke. Ok. Tapi insyaallah akan balas wasap korang 24h  (waktu bekerja, ecewah) haha!

Bukan apa, kadang2 sabtu ahad ada hari yang aku rasa nak rehat sebab badan penat sangat, aku memang tak tengok langsung wasap. Tu yang ada customer risau, dia dah bank in sabtu, tapi aku tak reply2 sepanjang sabtu tu. Maafkan diriku ini. Biasalah perempuan lemah lembut *mata ke atas* ada satu masa dia perlukan rehat berganda. Huhu!

Ok la, si kenit tu dah ada ura2 nak bangun, menggeliat semacam je. Baik aku stop dulu. Kang tak ter publish entry ni. Bye

10 comments:

yayang laling said...

Salam.
Selamat berpantang adik sepet dan baby.
Semoga baby sihat dan adik sepet gembira selalu!

mmmmmuuuaah!

Hidayah said...

fuhh..fuhh.. tiup angin rajin update blog kat sepet.. kenkadang rasa mcm kekurangan vitamin la bila tak baca blog sepet ni...heehee..

Honey said...

Sepet cepatla update pengalaman bersalin.. normal ke czer.. sy nk bersalin menunggu hari je.. harap2 dpt baca pengalaman sepet dulu

Umi Nazrah said...

salam singgah. selamat berpantang! aduh tetiba rindu masa ngah berpantangkan si kembar dulu >.<

Mummy Faeeq said...

Taniah n slamat berpantang sepet..
wlcm to the club...
lepas ni up cetita Izz pulak yer..
taniahh..:)

mama maman aka yana said...

Selamat berpantang dik sepet.. :)

Tentang Kita said...

Salam sepet. Selamat berpantang
Semoga baby sihat dan sepet gembira selalu. Baca blog kak pilla tadi katanya sepet demam...semoga cepat sembut....tahniah buat sepet & qery

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet, welcome to the club. heee alhamdullilah dah jadi mommy. bestkan... selamat berpantang. tak sabar nak baca pengalaman bersalin, berpantang dan nak tahu nama baby awak. hihiiii ~~~

Aini said...

selamat menjadi ibu sepet comel

eamy milea said...

Lah sepet dah besalin ke? Tahniah dear!