Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 4, 2014

Malas nak update

Serious tak ada mood langsung nak update pasal raya. Huhu! Nanti lah tunggu ada mood baru cerita ceritun. Tapi tak tau la bila tu. mihmihmih!

Dulu hari pertama raya pun sibuk nak update kan. Kengkonon live update lah. Phuiii sangat kan. Hahaha! Sekarang ni bila raya, rasa lain sikit. Sedih sebab mengenang abah dah tak ada. Tambah pulak kesian kat mak, mimik muka dia beraya tanpa abah. Rasa ala tak bestnya.

Pulak tu aku dah sarat ni, lagi lah tak ada perasaan nak raya pun, orang lain sibuk kira berapa hari lagi nak raya, aku sibuk kira berapa hari lagi nak beranak. Huhu!

Aku baru 9 bulan 5 hari ye. Belum nak beranak lagi. Kalau ikutkan family aku, kebanyakkan adik beradik dan jugak mak, kitorang akan beranak cukup bulan. Jarang la yang akan awal. Selalu akan ikut date, ataupun lambat seminggu dua. Gitu. Aku macam watever lah nak bila-bila pun. Asalkan keluar sihat. Tu pun dah bersyukur kan. Pastu sekarang laki bini pening fikir nama anak. semalam dua2 tak tidur fikir nama. Macam-macam lah keluar. Last2 masing2 tertidur. Hihi!

Ekceli ramai yang tertanya-tanya aku dah start pos barang ke. Khamis lepas aku dah start pos barang. Sebab aku tak balik kampung. Aku berada kat KL je, tak berani pun nak balik kampung. Qery takut jadi apa-apa dalam masa perjalanan. So dia kata takyah balik mana-mana kampung Perak mahupun Melaka. Kita duduk KL diam-diam. Iolls menurut perintah je.

Lepas tu ramai la yang cam tanya aku, nanti aku beranak macam mana? Buat postage lagi tak? Eh ofkos la buat lagi. Hihi! Sebab yang tukang balut dan tukang posnya nanti adalah Qery. Dia kata dia akan buat sementara aku dalam pantang. Aku setakat tulis alamat boleh je. Tak ada masalah pun.

Ha lupa nak bagitau. Trial Tabita yang RM110 tu akan naik harga ye. Last day sampai Rabu ni je. So start Khamis harga Trial A akan bertukar menjadi RM120. So sapa-sapa yang nak beli harga RM110 silalah beli sebelum hari Khamis. Kenapa naik, aku pun tak tau, aku menurut perintah je. Trial yang RM150 masih lagi harga tu. Tak tau la kot nanti-nanti akan bertukar jadi lain ke apa. Tapi temporary begitulah harganya.

Trial A
Trial B

Sapa-sapa yang cam kekonfiusan apakah trial rm110 trial rm150, boleh direct wasap aku terus. 012-2678134. Seperti biasa, wasap atau mesej je tau. Jangan call. Kalau korang call pun tetap takkan dapat sebab aku buat blocking mode. Orang tak boleh call in pun. Sebab fon ni memang aku buat untuk bisnes je. Kalau 10 orang nak call, nanti melambatkan proses aku buat kerja. Gitu. Dah la aku balas wasap pun lembap. Bila orang call nanti bertambah2 lembap la kerja aku. Kihkihkih!

Pastu ada yang dah save number aku, tapi tak keluar icon wasap. Untuk sesiapa yang tak tau la. Kalau korang nak ada icon wasap tu, korang kena save full number, +60122678134. Begitu. Baru dia akan keluar. Kalau korang tak letak tambah dengan nombor 6 kat depan, memang icon wasap tu memalu sikit nak keluar. Huhu!

Stok ibu putih pun dah ada ye (warna pink mahupun putih), minggu lepas ramai tanya tapi aku tak ada stok kan, semalam baru restock. Sebenarnya aku nak letak gambar raya, tapi malas nak transfer gambar.

Sekarang ni banyak benda nak setel la. Nak buat itu ini bla bla bla bla bla. Tak boleh cerita sekarang, nanti benda dah jadi i pung pang pung pang kat uolls k. =)

Kbye

6 comments:

Noura Qifays said...

Selamat Hari Raya mommy-to-be :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet. selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.. tak lama dah tu nak bersalin. semoga dipermudahkan. jgn lupa baca doa nabi yunus dan zikir2 lain ye :)

Chekgu Azrine said...

Sis comel.
Selamat hari raya!

Petak Bunga said...

dekat dah tu..
aktif2 sikit..mudah beranak..:)

Mummy Faeeq said...

Slamat hari raya sepet..
ehhhh..senyap je..da delever ke belum???
tak sabar nak tgk bebe ni...:)

eamy milea said...

Selamat hari raya mommy sepet.. :)