Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 12, 2014

Perihal bisnes

Hallu korang, lama tak bersiaran waktu-waktu pagi cenggini. Alah macam biasa entry ni aku taip malam tadi. Tapi auto publish kengkonon dah bangun, padahal waktu2 macam ni aku masih mamai-mamai terkelip-kelip mata fikir nak basuh baju, nak sidai baju. Tapi selalunya tak bangun pun lagi. Kahkahkah!

Semalam buat clearance stok, terkontang kanting laki bini mengira barang mana yang dah habis, barang mana yang orang booked, malam tadi jugak tulis terus alamat, bagi tracking number kat customer, terus balut. Mana taknya, malam tadi pun dah berpuluh order. Paling win orang nak bedak arab. Murah kot mana nak dapat 1 rm25. Ko beli borong pun belum tentu dapat harga tu kan. Tapi warna tak banyak, nasib la. Kekeke!

Selesai laki bini balut barang, itupun dah pukul 1 lebih. Aku suruh Qery tido dulu. Esok dia kerja. Kesian pulak kang esok bangun lambat, dah la esok ada hal nak setel, nanti lembik pulak dia nak ke sana sini. Tapi bila fikir-fikir, setakat dia tidur pukul 1 tu takde hal sangat kot. Dulu masa bola dulu lagi la tak tidur pun ada. Cuma kengkonon aku poyo2 la risau, nampak la mithali dia sikit. Kihkihkih!

Ramai yang tetiba wasap aku tanya kenapa nak stop jual tabita. Eh tak tak. Tabita aku masih jual lagi ye. Tabita semua set ada jual. Loose item pun ada jual. Ibu putih pun masih jual.  Yang lain tu je aku nak clearkan. Bukan sebab barang tak bagus ye. Jangan pulak korang membuat spekulasi barang2 itu tak bagus ke apa. No no no. Semua barang tu bagus. Cuma perancangan masa hadapan *ecewah lempang tau la* membuatkan aku rasa baik aku stop jual barang2 tu sekarang.

Ada yang bagitau aku, yang korang tak tau sapa lagi yang jual selain aku. Amboiiii, jaga hati aku sangat lettew. Saja bagi hati iolls berbunga2 dengar korang suka beli dengan aku kan. Mihmihmih! Takpe, jangan risau, kalau korang nak beli barang tu, tapi tak tau sapa lagi yang jual. Aku boleh bagi contact number dealer2 lain.

Harini aku pos awal tau. Payment sebelum jam 2. Then sapa buat payment after 2pm pos Rabu ye. Eh sekarang ni aku tak tau la, poslaju punya servis makin menjadi2 kan. Dulu2 macam okay lagi. Tapi lately ni lepas raya agak menyakitkan hati sikit. Tak tau la kot customer aku je yang tak bernasib baik.  Tapi macam melampau sangat la.

Aku paham kalau barang banyak. Tapi agak la kan, lepas raya barang dah kurang sikit kot. Abang kat kaunter tu pun selalu kita sembang2 dia bagitau barang lepas raya clear. Ofkos benda ni kan ikut musim. Musim raya kita paham barang pending segala. Masalah yang aku tak suka pasal poslaju ni adalah.. Kau tak hantar pun.

Paham tak? Kau tak hantar pun barang tu. Kalau kau hantar, then orang tak ada rumah. Kau boleh tinggalkan notis yang kau dah sampai rumah tapi tak ada orang. Itu bukti kau dah sampai tempat yang sepatutnya tapi tak ada orang. Fine itu aku boleh terima.

Ini dalam sistem, nak senang kerja. Setakat tulis alamat tak jumpa. Pastu suruh customer pick up barang sendiri kat pusat pos laju. Excuse me? Apa guna kitorang bayar duit pos? Jangan la macam tu. Kita sama-sama cari rezeki. Walaupun selalunya aku tak ambik pun duit pos kat customer, selalu niat tu takpe la sedekah. Tapi kesian la customer yang tak ada kenderaan nak pegi amik barang. Kadang2 terpaksa pulak naik bas, naik cab nak pegi ambik barang. Bila mintak buat penghantaran kedua, alasan dia tak tau alamat. Alahai, kalau tak tau alamat takyah apply kerja poslaju. Buat la kerja lain yang korang pandai.

Apa lah masalah kalau tak tau kat mana alamat. Kan boleh call. Setiap borang pos laju dah tertera no telefon customer kot. Tapi bukan semua la yang buat perangai gini. Kalau brader yang betul2 ikhlas tu memang dia akan call, hantar sampai dapat. Mungkin la 2/10 orang yang pemalas lipas sikit. Kerana nila setitik la ni cerita dia. Hihi!

Kadang2 rasa amarah tau dengan keadaan yang macam ni. Abang poslaju hantar lambat, iolls yang kena mintak maaf kat customer. Poslaju hantar barang sampai barang kemek-kemek *even dah stick sticker fragile*, pun kita yang kena jawab dengan customer. Barang tak sampai, barang salah tempat, semua kita yang nak kena mintak maaf dengan customer. Huhu!

Dapat customer paham ok la. Kebanyakkan customer yang memang dah selalu beli online, dorang pandai cek tracking number sendiri semua, barang tak dapat dorang terus call poslaju sendiri. Itu alhamdulillah sangat. Dapat customer yang kita dah bagi tracking number, tapi nak suruh kita cek kan, dan call kan poslaju, rasa macam..lahaiii lahaiii.. Hahaha! Padahal kerja kita sampai situ je. Kalau customer paham konsep online ni senang. Yang tak berapa paham ni la, nak tak nak kena juga memberi layanan exclusive. Kekekeke!

Tapi kengkadang ada customer yang memang tak pernah beli online. Aku kena ajar la dia cara2 macam mana nak cek tracking number semua, so nanti kalau dia nak beli kat tempat lain senang dia boleh terus cek online. Yang tak tau dengan yang mengada2 ni lain tau. Yang tak tau kita ajar, then next time dia buat sendiri. Yang mengada ni pepaham lah ye. Muahahahaha!

Tapi tu la. Orang kata, jangan merungut. Itu semua sumber rezeki dan pengalaman. Kalau benda tu tak jadi kat kita, kita kurang la belajar. Kalau benda yang sama jadi hari-hari, tak berkembang otak. Kalau ada masalah itu ini, so kepala ni cergas sikit nak berfikir, nak  solve masalah semua. Pro n cons la. Semua berlaku ada hikmahnya. Gitu. Cuma kita manusia biasa kan. Perasaan tu banyak, lagi2 perempuan. 1001 emosi menyelubungi. Hahaha!

Eh okay la. Nanti aku membebel lagi. Gambar tak ada angkara malas transfer. Malas nak cari kabel. Dulu laptop ni boleh tranfer via bluetooth. Pastu tak tau kenapa tak boleh. Whatever lah laptop. Nak beli lain macam tak payah kot. Bukanlah kaya sangat setakat tak boleh transfer guna blutut pastu terus beli laptop lain. Amboi sangat ni. Hihi!

Sekali lagi, sapa-sapa nak barang di pos harini, boleh buat payment sebelum jam 2 petang tau. bye bye bye

5 comments:

qila ashari said...

nak buat bisnes baru ke??xnak buat khidmat agen dropship ke??hewhewhew

Hidayah said...

Akak baca sambil terangguk angguk. Brg kita jual tak sama tapi jalan kerja sama!

Pos laju.packing.suplier.customer.belum tidur.bangun tidur. Heehee..

Irfa said...

okey paham
jelas sangat
sib baik barang akak pos takde mslh
today pos, esok sampai
jgnlah buat hal, huhu

eamy milea said...

semoga bisness awak terus sukses.. :)

Juz Haira said...

Betul sepet. Saya ingat saya sorang je kena prob camtu huhu.. Saya oder before raya lagi, time tu supplier yang pos kot kalau xsilap, tapi bila tunggu2 xdpt pn. Seminggu lebih jugak la. Pastu call poslaju cakap ada kat centre Kuching. Apakah? Huhu. Then, 2 3 hari baru dapat. Wallahualam pe citer. Tapi takpe, bisnes online kan. Bergantung pada poslaju jugekk.. All da best k sepet!! (^,^)