Wish List Selepas Berpantang

Amboiiiii, nampak sangat tak kegelabahannya di situ. Kekeke!

Aku tak pernah rasa 'terpenjara' di rumah sendiri *mata ke atas sangat*, berkawan dengan dinding2. Ok takyah over. Huhu!

Sekarang ni kan, aku macam berhasrat nak pakai kasut tinggi bila keluar rumah. Tak kisah la tinggi mana asalkan tinggi. Terbayang-bayang dah kedai kasut depan mata. Sebelum ni aku tak suka pun pakai kasut tinggi, sebabnya akan nampak pelik.

Ada orang bila dia pakai kasut tinggi, orang tak perasan pun dia pakai. Nampak macam centre je kepanjangan kaki dengan badan dia. Tapi bila aku pakai, lagi-lagi kalau pakai seluar. Akan nampak kaki aku terlebih panjang. Bila tengok kat cermin macam 'omg alien ke apa kau ni'. Kecuali kalau pakai skirt atau baju kurung tak perasan sangat.

Satu lagi aku jarang pakai kasut tinggi sebab kaki aku jenis cepat melecet. Itu lah yang payah. Nak mencari kasut tinggi yang betul2 selesa tu susah jugak kot. Pastu nak balance kan badan lagi. Aku terfikir jugak, dah la lepas ni aku kena dukung anak. Buatnya tak balance, naya je. Huhu!

Tak kisah la kan, yang pastinya, itulah wish list aku selepas berpantang nanti. Hihi!

Lagi satu, aku nak pakai baju, shawl yang cantik-cantik. Dah tak nak lagi nampak selebet ke apa. Wahhhh kau punya harapan tu, macam sukat tercapai je. Ahahahaha! Kadang2 jadi selekeh ni pun penat jugak. Tengok diri sendiri kat cermin pun tak bermaya je kan.

Walaupun orang kata muka cantik pakai apa pun cantik. *tangan dibahu terus* Tapi sudah cukup sudah. Mihmihmih! Bagi la aku berangan2 menjadi vok da vas lepas ni..

Apa lagi wish list eh. Kalau makan sedap2 tu biasa la kan. Nak bentuk badan macam anak dara pun benda biasa. Lepas ni kena banyak let go baju2 zaman tak ada anak. Sebab kebanyakkannya tak sesuai dah. Aku kena cari baju yang senang nak breastfeed. Nanti baju-baju iolls mana yang okay lagi akan di lelong. Tapi tunggu la aku beli baju baru dulu. Kang tak pepasal kena pinjam baju Qery pulok. Bising orang tua tu. Huhu!

Ha, pasal sample yang akan keluar by next week tu. OMG aku terus menggelabah bila ramainyaaaaa customer request nak. Huhu! Aku utamakan siapa yang beli barang *next week punya order la ye*, so mana-mana customer yang dah beli barang sebelum ni, tapi nak sample boleh aje. Tapi limited la. Macam mana nak dapatkan sample tu nanti, semua akan di update kat ig Seqy Beauty. Korang kena cek kat situ je.

Buat masa sekarang ni ig tu tak berupdate sangat, soon aku akan re-update balik barang apa yang ada, barang apa yang tak ada.. Serius tau, aku dalam keadaan risau, takut, seram, excited, haha! Kecelaruan betul jiwa ni. Mula-mula aku tak ada la nebes sangat, tapi bila korang wasap macam excited, aku pun terus cam menggelabah. Hahaha! Seronok sangat sebenarnya, tapi biasalah risau tu mesti ada.

Tapi apa-apa pun, tq kat korang semua sebab non stop support aku. Walaupun aku ni banyak songeh suka membebel kat blog, bebel yang bajet bagus, yang memenyampahkan, tapi korang layankan je. Hihi! Bukan senang nak cari readers yang ikhlas nak berkawan ni. Memang la akan ada jugak orang yang tak suka, tapi nak buat macam mana. Lumrah la. Bukan semua orang suka kita kan. Nabi Muhammad yang tak ada dosa, ahli syurga tu pun ada orang tak suka. Inikan pulak aku. Sedar diri dan redho je la.Hihi!

Korang paham tak perasaan aku sekarang ni. Dengan excited nak habis pantang, nak keluar melihat dunia. Ewahh.. Haha! Dengan excited pasal nak keluar sample, perasaan takut semua. Korang doa-doa la aku boleh bertenang sikit, so nanti tak ada la nampak cam menggelabah.

Ok semua, take care and love u =)

Comments

beli la apron utk bresfeed.
senang adik sepet nak bresfeed baby.:)
ita citot said…
Kaki panjang is lawa hokayyy.. Hehe.. Baca pun terasa gelabah sama. Haha ;p
mamabeauty said…
saya pulak if pakai flat shoes jadi cam pelik hehe

sebab hari2 gi keje pakai heels kot
intandayani said…
Ok paham sgt perasaan terpenjara itew..pasal akak pun tgh cuti bersalin ni..tp da langgar pntg..jalan beraya..hehe
kedinkyst said…
Sepet camne nak buat bisnes di rumah macam ko ni hah..
ko tolong jualkan brg ? kekeke..
pape kongsi le, aku buat bisnes on9 gak tp buat guestbook paperprops tu sume je..


http://hayatianwarhanif.blogspot.com
ayunidati said…
tak lama lagi nak habis da berpantang... lepas ni dapat jalan dengan baby pulak