Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 2, 2013

Sepet + Qery : Solemnization

Entry ni panjang gila. Kalau bosan aku tak tau.

I tell you, bukan mudah nak kawin ye. Kena persediaan dari segi mental dan fizikal.  Zahir dan batin. Aku bertunang 2 Februari 2013, dan plan nikah pada 31.8.2013. Perantaran nak diijab kabul tu lebih kurang 7 bulan jugak. Bagi aku 7 bulan tu agak lambat sebab dalam family aku kebanyakkannya ikat dalam 6 bulan ke bawah.

Kalau tak family aku nak suruh nikah bulan 5, tapi ada masalah sikit kat belah lelaki. Sedara mara Qery kebetulan ada yang kawin bulan 5. Jadi tak nak bertembung, kite beralah. Lagipun kena tengok jadual kelas Qery, bila dia free. Last-last itu je masa yang sesuai. 

Masa berbincang ni la kena banyak bersabar. Selalu pasangan yang nak kawin tu tak ada masalah sangat. Yang masalah ni datang dari keluarga. Haha! Banyak sangat pemikiran, banyak sangat idea. Nak buat bulan itu ini, tak puas hati itu ini. Masa ni memang aku dengan Qery banyak sangat sabar. Masa tu jugalah rasa apalah susah sangat nak kawin ni. Gitu. Hahaha!

Bulan 6 kitorang dah setel segala ujian HIV, kursus kawin, dah setel borong nikah. Kebanyakkan dah setel sebelum bulan puasa. Puasa bulan 7 ye. Masa ni memang banyak jugak la dugaan aku. Dengan abah sakit lagi, dengan mak pun tak berapa nak sihat. Nak harapkan mak abah setelkan hal perkahwinan aku tu memang tak la. Aku pun paham keadaan mak abah yang dah semakin tua. Dulu mak abah la yang setelkan perkahwinan abang dan kakak-kakak aku. Syukur jugak aku ni memang takde perasaan jeles. Yela ada anak yang rasa tak fair bila dulu mak abah yang setelkan, kenapa time aku je mak abah tak boleh setelkan. Syukur sangat dapat Qery yang sentiasa paham masalah-masalah tu. Dialah yang gantikan tugas2 tu semua.

Dengan kerja harian. Dengan nak puasa, dengan persiapan nak raya, dengan appoinment abah lagi. Nasib la masa tu mak ada bantu jugak menjemput orang kampung semua. Nak harapkan aku yang menjemput, jiran selorong je aku kenal. Jiran yang lain kenal tapi tak tau nama. Kalau tak ada mak tak tau la macam mana. Huhu!

Disebabkan kekangan masa, cewahh..kekangan masa lah sangat, haha! rutin kerja aku lagi, Qery pun bekerja. Jadi nak tak nak kitorang kena upah Wedding Planner yang Profesional. Dalam 7 bulan nak kawin ni la Wedding Planner aku bertungkus lumus ingatkan aku apa nak kena buat. Dah beli ke belum, dah tempah ke belum. Sampai stress dia. Wedding Planner aku macam biasa, Kak Nur dari Symbolique Asia. Ingat tak, masa aku bertunang dulu dia yang buat pelamin kedevavom tu. Kali ni pun guna khidmat dari Symbolique Asia sebab dah tau memang puas hati hasil tangan team Kak Nur.

Hari yang dinanti-nanti pun tiba. 31.8.2013 tu jatuh pada hari Sabtu. Perancangannya nikah selepas Zohor. Dah janji dengan Tok Kadi pukul 2 dah ada kat rumah aku. Kawasan rumah aku ni best. Sebab Tok Kadi boleh datang rumah. Lepas nikah semua, aku nak terus tukar baju persalinan. Dan lepas Isya’ pulak malam berinai.

Perasaan aku hari nikah adalah teramat gembira. Tak ada nerves langsung. Sebab aku dah lama menunggu saat ini. Nak kawin oiiii... Hahaahaha! Akhirnya aku dah boleh berambus dari rumah ini. Muahahaha! Kongajo sungguh. Takpe bab pindah rumah nanti aku cerita. Memang perangai aku lolss sangat. kekeke!

 Baju nikah memang pilih yang simple. Sebab taknak la yang kemain sangat. Nikah kan ala-ala gadis suci. Mesti la pilih baju putih bersih je.

 Kasut beli sendiri kat The Mines. Hahaha! Beli last minit. Lagi 3 minggu nak kawin, sebab nak fitting balik baju dengan ketinggian kasut tinggi kata ko.

 Keadaan rumah aku dihari pernikahan. 


Cerita pasal hantaran. Dulu masa bertunang, kalau korang ingat, semua hantaran aku dengan Qery adalah makanan semata-mata. Sebab kitorang dah plan bila kawin ni la yang kitorang nak barang-barang. Memang nak all out katanya. Poyo sangat. Masa ni la nak mintak pun. Dah kawin nanti orang kata nak dapat dah payah sangat. Jadinya mintak jangan tak mintak. Hahaha!

Hantaran 7 berbalas 9. 

 Jam tangan Armani Exchange ni beli kat City Chain The Mines je. Haha! Itu pun dah banyak kali round, dan warna ni je sesuai dengan warna kasut hantaran. Plus cantik dan unik sebab jarang ada tali kulit warna biru.

 Perfume ni aku tak ingat la jenama hape. Yang penting beli kat SOGO.  Hahaha! Kawan-kawan Qery kata perfume kat SOGO tengah ada sale. Jadi beli kat sana je la kita. 

 Kasut, baju, stokin, dan bola 1 set beli kat MidVelley yang depan kedai Bulgogi tu. Kat situ banyak barang-barang Nike yang latest. Contoh kat Alamanda tak masuk lagi, tapi MidVelley dah ada. Gitu. So masa ni, kasut ni la paling latest. Ko pepaham la Qery, dia mana boleh kalah kasut dengan orang lain. Pftt

 Al-Quran dengan Sejadah ni beli kat PKNS Shah Alam. Beli masa puasa. So memang banyak la jual sejadah telekung semua kan.

 Baju ni pulak beli kat Giorgio Armani KLCC, masa ni pun ada sale. Aku pegi KLCC, kebanyakkan kedai ada sale. Mungkin sebab nak raya kot. Syukur-syukur. Haha!

 Cincin Kahwin Qery beli kat Habib Jewel The Mines. Pun ada sale.

 Kasut ni beli kat Gucci KLCC. Yang ni takde sale. Aku perhatiiiii je Qery masa dia pilih kasut ni. Tapi memang cantik gila.  Kalau korang nak beli, ada beberapa warna lain. Tapi warna ni lah yang paaaaaling cantik sekali. Serius tak tipu.

 Belt dan Wallet pun sama dari Gucci KLCC. Yang ni ada sale. Syukur. Hihi!

 Instax camera beli kat The Mines, ala banyak kedai jual camera kat tingkat atas tu. Banyak lagi design cantik sebenarnya, tapi dah Qery pilih yang ini, ikutkan aku, aku suka yang lain. huhu!

Yang kat atas ni semua hantaran nak bagi Qery, yang Qery bagi aku pulak

 Duit hantaran semua orang mesti ada kot kan. 

 Sejadah dengan Quran ni beli kat tempat yang sama, PKNS Shah Alam.

 Perfume Coach beli kat SOGO jugak. 1 kedai dengan perfume Qery. Hihi!

 Sireh junjung macam adat la. kan kan.. Mak Kak Nur buat sendiri.

 Beg Gucci beli kat KLCC jugak, ada sale. 

 Kain songket sepasang lelaki perempuan yang ni Kak Nur sponser. Amik kat butik dia je, haha!

 Barang kemas aku simpan dalam bekas tertutup. kang kalau terbukak, tau tau tinggal bunga je. Huhu!

 Album mas kawin beli kat LeisureMall je. Hihi!

Tak ada satu pun makanan ye. Semua barang aku dengan Qery punya. Tak ada la nak agih kat orang kampung ke, nak bagi kat orang pegang dulang ke, takde ye. Semua haku yang punya. Gitu.

 Cantik tak pelamin nikah iolls.. Bagi aku cantik gila la, sebab bukan senang nak buat pelamin macam ni dalam rumah kampung/papan. Aku dulu paling risau kalau pelamin tak cantik, dan aku dah pesan kat Kak Nur yang aku tak nak nampak pelamin aku macam pelamin orang kampung. Boleh? Haha! Gila orang kampung tak nak mengaku kampungan kan. Bukannn.. Sebab pelamin-palamin abang kakak-kakak aku sebelum ni biasa-biasa je. Matiklah kutuk pelamin dorang, mesti kena ngumpat sebakul dua kejap lagi, hahahaha! Jadinya aku dah bagitau Kak Nur, aku nak tema warna pastel, tak kisah macam mana, pandai-pandai lah design, yang penting cantik. Aku sendiri tak tau pelamin aku macam mana sehinggalah pelamin tu siap sehari sebelum aku kawin. Memang 100% letak kepercayaan kat Kak Nur.

 Henna ni pun seminggu sebelum aku nak nikah, baru aku cari. Hahaha! Itupun tak silap aku Kak Peeja pernah komen kat blog bagitau contact number Faiza ni. Kebetulan Faiza ni pun free. Syukur. Design boleh pilih sebenarnya. Aku tak kisah nak corak macam mana pun, yang penting cantik. Faiza kata dengan aku, kalau heavy family aku marah tak. eh family aku tak kisah pun macam mana, yang penting lawa. So bila update kat fb and ig, ada yang puji, ada yang kata over, ada yang kata macam orang india la apa. Ada aku kisah?  Haha! Yang penting kat mata aku cantik. Selagi tak lukis corak binatang atau melambangkan tatu aku tak kisah. kadang2 manusia ni benda-benda yang macam ni memang dorang sensitif sangat, tak paham haku.

Full gambar inai korang boleh masuk Instagram Faiza

 
MUA datang pukul 12.30 okeyh, haha! Dia terlambat sikit sebab biasalah Sabtu kan jem tak hingat dunia. Lagipun aku tak kisah sebab Akak ni mekap laju dan cantik sangat. Muka akak ni dah la macam isteri Apek bola tu. Sap sap sui pukul 1 lebih dia dah setel mekap. Terus pakai baju semua. 

Tepat jam 2, Tok Kadi dah datang, family Qery pun dah datang. Tak tau la kenapa aku tak nerves. Sepatutnya masa ni dah nerves kan, tapi aku dengan kakak mekap, dengan kawan aku tengah bergelak ketawa dalam bilik, haha! Aku tau Qery dah sampai pun sebab ada orang masuk bilik bagitau rombongan lelaki dah sampai, dorang suruh senyap sikit, hahaha! Nampak sangat la over pengantin ni.

Lebih 10 kereta dari pihak lelaki. Kebanyakkannya adik beradik belah mak Qery dan sepupu sepapat.

Nak agih-agih sapa pegang dulang hantaran kot. Tudung hitam tu mak mertua aku ye.


 Tuuuuuuuuuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaaa pengantin dengan bapak mertua ku.

 Kejadian masa ni aku tak tau sangat. Jadi mari tengok gambar je.

 Orang-orang kuat berbaris di hadapan. 


 Abah aku yang gagahkan diri dihari pernikahan anak bongsunya. Hihi! Pukul 2 nikah, pukul 1.30 baru gerak dia bangun siap-siap. Sebab masa ni kan sakit melampau-lampau, tak boleh berjalan sangat. Tu pun pegang pinggang je.

 Pengantin lelaki dah berdebar-debar. 

Nasib baik rumah aku ni lapang. 

 Oh, yang paling lawak. Tok Kadi ni sebenarnya kawan Qery masa main futsal dan bola. Haha! Tu yang Tok Kadi excited gila nak nikahkan kawan sendiri. Siap sebelum nikah tu bagitau semua orang Qery tu kawan dia. Pfttt

 Wajah-wajah mendebarkan.

 Turn Saksi belah perempuan nak sign borang. kali ni saksi kawin dua-dua guna abang aku. Masa kakak-kakak aku kawin kalau tak silap saksi semua kawan-kawan bapak aku. Bila abah dah sakit ni, takde sapa nak uruskan, so nasib baik abang-abang aku ada, boleh la jadi saksi.

 Keadaan rumah. 

 Aku pun tak tau la apa benda dorang ni buat. Hihi! Sehinggalah aku dipanggil oleh Tok Kadi.
Terus rasa tak sabaaaaaarnya. Haha! Gatal gila.

 Belakang aku pakai baju hitam tu lah Kak Nur a.k.a akak angkat Qery, *tetiba jadi akak angkat Qery kan..pe citaaaaaaa* haha! Masa keluar ni memang aku control ayu gila. Kesopanan dan kesusilaan sangat. 

 Mak aku yang kepenatan, sian bila tengok gambar ni. Sedih mak anak bongsu nak kawin, dah takde teman nak bergosip dalam bilik.

 Apalah yang seronok sangat ittew

 Sebelum ijabkabul, Tok Kadi suruh pastikan betul ke orangnya. Gila tak betul?? Dah tak sabar nak kawin ni ada pulak tanya camtu, hahahaha!


 Poyo sangat kan. Kameraman lah suruh posing ayu.


 Beberapa soalan sebelum Tok Kadi akad

1. Mengucap beserta pengertian
2. Niat mandi wajib

Soalan bonus tu yang tak boleh tahan, 1 rumah aku ketawa, haha!

Tok Kadi : Mandi wajib tu sorang-sorang ke berdua?
Qery : Sorang-sorang
Tok Kadi : Eleeeeeehh dia belum cubaaaa lagi berduaaa.. Kalau saya,  saya suka mandi berdua..

Aku gelak dalam hati, biasalah pengantin kena cover-cover, yang lain berdekah-dekah tak cover langsung, hahaha!

 Aku yang cover-cover

 Tok Kadi sendiri ketawa, hahaha! Tak boleh bla.

Dah puas gelak. Marilah kite serius pulak. Terus Tok Kadi cek balik borang semua.


 Saat-saat mendebarkan.

 Sekali lafaz.

Korang kena tengok moment selepas Qery lafaz, betapa leganya dia.  Huhu!

Hahaha.  Lawak sangat masa ni, semua orang gelak termasuk aku.  



 Tak payah nak gelak sangat, terus baca doa. 

 Syukur sangat masa ni, dah jadi isteri Qery yang sah. Rasa perasaan tu eii bestnya dah kawin. Hikhokhikhok. 

 
Kena bagi wang mas kawin. Tok Kadi suruh bagi dengan cara romantik.

 Ayat romantik Qery masa tu
'Sayangku...terimalah wang mas kawin ni'

Boleehhhh laaaa... hihi!

 Terus solat sunat syukur.

 Masa ni sempat lagi borak sekejap, hehe! Sebelum batal air sembahyang

 Pakaikan cincin kawin

 Cantik tak, walaupun tak berapa nak nampak. 

 Hahaha! Nak pakai gelang ni susah sangat dia nak lock. Aku tengok dah geram2 je.

 Pakai rantai pulak

 Rantai pun susah nak lock. Mihmihmih!

 Nak pakaikan cincin Qery



 
 Korang tengok je la ye

Lepas setel semua, terus salam-salam mak ayah dengan mak ayah mertua, dan saudara mara.









 Bapak mertua tengok kamera sangat ni. Hahaha!

 Ayah-ayah ku.

Setel semua, apa lagi, posing la memasing











 Gambar family, dah terlalu banyak sangat gambar. Aku tak edit semua la. Ini pun dah penat gila edit, mihmihmih!




TQ semua yang memeriahkan majlis. Persalinan dan malam berinai next entry aku cerita pulak ye. Tungguuuuu

Info :
Pelamin nikah, Baju Nikah, Mekap Artis : Symbolique Asia.
Wedding Planner : Kak Nur dari Symbolique Asia
Gubahan Hantaran : Symbolique Asia
Inai : Faiza Halim 019-6401705 *recommended*
Photographer : Onald 012-3625254 *booking awal ye, jadual dia full sesaja*

18 comments:

Rizziela said...

cantiknyer sepet

Ashiiiiiiiiia said...

inai lawa sgttttt..decoration n design pelamin mmg xnmpk cm kt kmpung.. class A gtu.. ehheheh..sepet lawa amat :) serius happy n like this entry :)

salwana nordin @ che'wa said...

lawa sgtttttttt :)

Ayu azmir said...

meriahnya... kenangan hingga ke akhir hayatkan...

Chekgu Azrine said...

Sweet!!

mikamusz said...

menitik pulak air mata tgk moment ni... semoga kekal bahagia hingga akhir hayat ye..

Nana said...

perfect!!!
puas tgok gambo...

semoga berbahagia hingga ke jannah

~AmyLiana86~ said...

sangat meriah..comey..tahniah.. =)

Sya Mimie said...

cantiknya awak... =)

Sue Sopian said...

Alahai.. so sweet..
Pelamin tak kampung okeh.. Kelasss gitu..

cik fadh said...

semuanya cantik !!!

Puan Awin said...

cantik sangat ...

andik fitria said...

Overall, cantik! Veil, henna, pelamin, dulang hantaran super duper cantik!

hOtMaMa said...

Cantik sangat! tahniah.. :)

Si Rose said...

Berseri sesangat kak sepet gn abg qery...Kemain ag muka abg qery lpas lafaz akad nikah,,hahaha !! kak sepet gumbiraaa manjang...sape xnak kawen kak oiii..wakakaka

Taty Hasbi said...

cantik giler pelamin..biruuuuuu..sy suka..Kak Sepet lawaaaaaa sgt..brseri je muka..Masa majlis ni sy tgk je kakak2 akak apdet live kt instagram..btl2 mcm kawen artis..eyh tp artis pn x bt live update mcm uollss..siap ngan hashtag #sepetkawin lagiiii...BTW, Semoga bahagia sepet & qery..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. comelnya! gerasm tengok pengantin mata sepet ni. comel sangat. ayu je. hihi. ada ke soalan2 kelakar tok kadi tanya. hahahhaa malunya nak jawab kannn >____________<'

julia mohd yusof said...

Salam... sy baru jer baca bloq ni.. tup2 tgk mcm pernah ku lihat area umah ni.. kat bukit E kg baru cheras eik? kawasan mak mertua sy...