nuffnang

Feb 26, 2019

TIPS : MOVE ON

Aku rasa, aku memang diberi kelebihan sikit la sejenis cepat move on. Hahaha! Tak kisah la apa kisah pun. Kisah putus cinta ke, kisah orang duk kecam ke, kisah yang tak best ni la. Aku jenis tak fikir lama. Contoh, satu hari tu aku marah, satu hari tu je la. Esoknya aku dah tak fikir, sebab buat apa ko fikir lama-lama, tak dapat sejuta pun. Hahaha!

Sebenarnya memang bukan senang nak move on la bagi kebanyakkan orang. Suami aku pun jenis susah move on. Dia akan sakit hati sampai berhari-hari tapi sebab aku kan bini dia, so dia pun kadang tu dah jangkit gak dengan aku. Lantak sana, banyak lagi aku nak fikir. Kose betul nak emosi sampai ke sudah kan..

So, aku bagi korang beberapa tips move on yang simple dan mudah, tak kisah la apa kisahnya pun...

1. SEMUA NI DUNIA.

Wah gitu, memang kalau bab ni kita berbalik tu basic dunia gaish. Bukan sebab aku ustazah jadian ke, atau bajet alim ke, atau bajet ahli syurga ke. Memang semua yang terjadi kat dunia ni bersifat sementara. Masalah yang datang kat kita pun sementara je. Kalau kau putus cinta, lek lek pis. Allah tak jadikan sorang je lelaki. Ada ramai lagi lelaki dalam dunia ni. Kalau awek tinggal, kemonnnnn.. Takyah nak frust menonggeng. Esok lusa ada lagi pompuan yang lebih baik.

Dalam dunia ni, kadang kita ingat itu terbaik untuk kita. Tapi kalau Allah kata tak, maknanya tak jadi lah. Dunia ni banyak menipu kita, mengaburi mata kita. Ada masalah, tutup mata istigfar banyak-banyak dan kata dalam hati. Ya Allah, mainan dunia semua ni.

2. FIKIR BALIK TANGGUNGJAWAB KITA.

Kau fikir masalah je tak guna, masalah putus cinta, masalah kerja, masalah dengan bos, masalah dengan pekerja, masalah dengan kawan-kawan, masalah dengan kucing, masalah dengan OCD, eh. Hahahaah! Yang ko fikir sampai tak jadi apa tu kenapa??

Ko tutup mata. Ha kita memang main tutup-tutup mata je harini. Fikir dalam hidup ni sebenarnya apa tanggungjawab ko. Kalau belum kawin, tanggungjawab ko dengan makpak adik bradik. Apa yang ko dah buat untuk keluarga ko. Apa fungsi ko kat rumah tu. Apa yang ko rasa tanggungjawab ko, belikan barang dapur, bagi mak ayah duit, kemas rumah, bawak mak ayah jalan-jalan. So fokus cari duit lebih. Takkan la sampai besar dah mintak duit makpak weiiiiii..

Yang dah kawin, fikir apa tanggungjawab ko kat suami. Dah belikan Kereta ke belum?? Hahaha! Tersedak Cik Epal. Kagum betul aku dengan pompuan tu. Itulah nak tanam impian macam Cik Epal bab yang hantar makpak haji umrah dengan bisnes trip. Insyaallah. Yang dah kawin tu, tanggungjawab suami/isteri anak-anak, makpak skali. Makin besar ye tanggungjawab. Bukan asik duk balas2 wasap gosip. Aku la tu. Hahaha!

Fikir balik fokus hidup korang. Ater nya yang ko fikir awek curang, pakwe curang nak buat apaaaaaaaaa.. move on je.. Lantak pi sana. Target kita dalam dunia ni mesti besar.

3. PERCAYA DIRI SENDIRI.

Kau tak payah mintak kawan2 support bagi bimbingan. Kalau kau sendiri tak dapat nak support dan bimbing diri, lepas tu nak kawan2 support. Acane. Percaya kat diri sendiri kita boleh. Bukannya percaya kat kawan-kawan. Kita ni berdiri atas kaki sendiri, bukan kaki makpak, kaki ayam, kaki jiran, bukan ye. Kaki ko sendiri. Jadinya, kuatkan lah kaki, kemaskan langkah. Berjalanlah dengan yakin. Jangan downgrade diri sendiri dengan masalah entah pape.

Itu saja tips move on ni, aku taip dalam masa 10 minit. Wow. Nak sambung kerja. So uolls, dah move on ke belum tu????

2 comments:

cik EPAL said...

kongasam. tetiba ada nama aku. patut tetiba tersedak. hahaha :D

Kakak Navigator said...

haaaaaa betul sgt tu ...xpayah la nk panjangkn kisah ...lantak situ fikir pn x dpt ape ...