Luang masa bersama anak-anak.

Hallu gais...

Harini nak santai-santai cerita je. Lately macam banyaknya kes penderaan anak-anak. Takut betul dengar. Lepas tu ada kes depress yang semakin galak pulak naik, makin ramai remaja mengalami tekanan hidup.

Tekanan hidup memang semorang pun mengalaminya. Hidup ni memang penuh dengan pancaroba. Itulah perkara alami dalam dunia ni. Bukan mendung je, kadang panas lit lit, kadang hujan rintik, kadang hujan lebat, kadang petir, guruh, ada tempat musibah banjir, gempa bumi, gunung berapi.

Sama macam kehidupan kita semua. Tekanan, cubaan, dugaan datang dan pergi. Ada orang yang boleh kawal emosi, Insyaallah boleh harungi semua ni. Ada orang yang perlu dibimbing, perlu kata nasihat, perlu sokongan.

Tapi bila kebanyakkan kajian mengatakan tekanan yang remaja hadapi sekarang ni, punca dia dari kurang kasih sayang dari ibu bapa. Aku paham. Aku paham.

Parent sekarang bizi cari duit nak tampung keluar, balik rumah penat, nak rehat. Anak pulak biar lah nak buat apa pun. Aku tak rotan, aku tak marah. Aku biarkan..... Biarkannnnnnn.. Habis nak buat apa?? Lantak la dorang nak buat apa pun. Dorang just main je dalam rumah ni. Biar je la.........

Kasih sayang ni, bukan biar la biar la. Memang anak kau ada dalam rumah, kau ada dalam rumah. Semua orang dalam rumah. Tapi kasih sayang ni dari segi belaian. Ucapan. Bahasa tubuh.

Boraklah, usaplah rambut anak, urut-urut badan anak, main dengan anak. Tanya kehidupan anak. Berinteraksilah dengan anak. Bukan setakat arahan semata. Bukan bangun je suruh mandi, suruh makan, suruh pergi sekolah, balik sekolah suruh buat kerja sekolah, suruh tidur. BUKAN.

Alahaiiiii.. ramai yang salah konsep. Dia ingat, just aku ada depan mata dah cukup..

Bagi kasih sayang kat anak, hidup penuh kasih sayang ni seronok tau.

Ini ada yang SENGAJA balik lambat sebab malas jaga anak. Sengaja hantar anak lama-lama kat playschool sebab malas nak jaga. Balik ambik anak, paksa anak tidur awal... Bagi anak ipad, bagi fon tengok la kau sampai tertidur.

Effect dia tak nampak masa anak kecik, tapi kesan panjang dia yang kita tak boleh ulang balik. Hidup ni memang kita banyak buat silap. Kalau sedar, cepat-cepat perbetulkan.

Anak ni dalam fikiran dia memang nak main 24jam. Itu normal. Dia just nak kasih sayang dari parent, tempat bermanja, tempat dia bercerita. Kita pulak asik fikir penat cari duit. Hehehe!

So, balance kan kehidupan kita. Dalam hidup ni, bukan perasaan kita saja kita kena jaga. =)

Comments