Bermulalah dari bawah

Eceaaaa...cam tau tau je isi entry ni kan. Haha! Tak kisah la apa pun pekerjaan. Bermulalah dari bawah. Baru korang boleh jadi bos yang berkualiti.

Masa aku kerja kat KPJ. Aku ada sorang bos. Bos ni baru masuk. Dah nama pun bos. Secara am nya komfem la kita nampak terperap dalam bilik je kan. Sebab selalunya bos lagi banyak benda nak setel. Benda yang kita tak nampak, kite cuma nampak bos kite duduk selak-selak fail. Sebenarnya bos kite memang tengah bizi buat kerja. Kalau kite nak ganti tempat bos kite, memang sampai malam pun kite boleh selak fail, tapi satu kerja pun tak jalan. Gittew.

So aku dah setting la dalam kepala. Bos mesti selalunya macam tu. Banyak lagi benda yang dia kena fikir and buat.

Tapi..bos aku ni, mula-mula dia kerja. Dia start dari amik-amik ubat. Dia kata dia nak tau apa yang kami buat. So dia boleh rasa macam mana kerja kami semua. Dia packing ubat, dia belajar key-in ubat. Kalau tak tau dia tanya. Dia tengok macam mana cari kitorang kemas kini prescription. Macam mana kalau ubat tak cukup, macam mana nak handle dengan doktor kalau doktor salah tulis ubat, macam mana kami dispen, semua dia belajar.

Bos yang bijak adalah bos yang belajar semua benda. Dia tau keadaan orang bawah dia. Kalau orang bawah buat salah, dia tau kat mana silap. Kalau tak cukup orang dia boleh bantu. Kalau kerja banyak sangat dia akan tolong, dia tinggalkan kerja2 dia. Pernah aku oncall. Masa ni bizi gila. hari Ahad ye. Aku kerja sorang. Tetiba doktor nak ubat yang farmasi kite takde. Dan dia nak immediately. Aku call bos, and bos dengan baik hatinya kata dia akan tolong aku dapatkan ubat tu. Dan suruh aku balik rumah rehat. Begitu baiknya bos aku.

Sepanjang aku kerja, aku punya bos semua adalah terbaik. Puan Natasha (Ex-chief pharmacist KPJ Ampang Puteri), Puan Azan Mukminah (Chief Pharmacist KPJ Selangor), Charis (Ex-chief Pharmacist Pantai Ampang). Dorang ni memang aku respect tahap rasa macam bersyukur gila dapat bos baik macam ni. Walaupun beberapa orang biasanya akan mengutuk bos itu ini, tapi aku tak rasa semua bos teruk. Kite kena paham kerja bos kite dan bukan senang nak kawal staff. Anak2 kite 2 3 orang pun kite susah nak kawal kan..

Itu kalau yang ada bos la. Sama jugak kalau yang baru nak start berniaga sendiri. Berniagalah dari bawah. Fahami apa itu berniaga. Asas-asas berniaga. Apa benda asas yang perlu dalam berniaga.

Modal - Produk - Pembeli

Itulah yang paling basic sekali. Then baru kita pecah-pecahkan untuk kita lebih fokus.

Modal (Berapa yang korang ada waktu tu, then sesuaikan dengan produk yang korang nak jual)

Produk (mengikut permintaan masa kini ATAU mengikut minat masing-masing ATAU jual mengikut tahap ilmu yang tinggi atas sesuatu produk) Tak paham sudah, hahaha!

Pembeli (target sendiri pembeli korang. Setiap orang tak sama)

Kalau korang baru nak berniaga, jangan demand. Jangan set dalam kepala korang yang bisnes boleh buat korang kaya-raya. Bisnes tak menjanjikan kau jadi miskin atau kau jadi kaya. Ramai sangat sekarang ni yang aku perasan, untung sikit-sikit tak nak jual lah. Nak untung banyaaaaak. baru lah cepat kaya. Hihi! 

Pernah dengar tak orang cakap-cakap, bisnes macam orang Cina, bisnes macam orang melayu. Aku rasa semua orang pernah dengar kot. Bukan aku kata orang melayu tak bagus eh. No no no hahaha! Ini cuma perumpamaan sahaja. Kalau korang terasa, jadi betullah seperti yang dikabarkan. Kekeke! Aku opkos tak terasa sebab aku bukan begitu. Eh? =P

Actually, terlalu banyak benda aku nak share. Walaupun ilmu aku pun cetek. Banyak benda yang aku tak tau. Tapi bila tengok penjual online sekarang yang bisnes semata-mata nak kaya. Rasa sedihnya. Aku tak sure lah korang macam mana. Tapi aku dulu langsung tak hadap untung berapa. Dalam fikiran aku, asalkan tak rugi sudah lah. Aku bukan kejarkan untung semata. Tapi pengalaman tu yang paling penting.

Pengalaman kau tak boleh dapat dari duit. Pengalaman tu kau kena lalui sendiri. Kau kena lalui kesusahan, customer tak puas hati, produk rosak, kau kena tau cara pos laju, kau kena ambik tau kerja-kerja orang dalam poslaju macam mana, then baru kau boleh explain kat customer. Kau kena ada ilmu untuk produk yang kau jual, kau kena tahu masalah customer, kau kena tau jenis-jenis customer. Ada customer yang peramah, ada yang straight, ada yang kadang ok kadang tak. Kita bukan setakat jual produk, tapi kita jual servis sekali. Memang kadang-kadang keuntungan yang kita dapat tak berbaloi langsung dengan servis yang kita bagi. Kadang-kadang kita dah bagi yang terbaik, last-last tak beli pun. 

Kalau korang rasa korang tak mampu nak hadap customer yang fussy, then kau pun berubah la jadi orang yang tak fussy. Mungkin Allah hantar balik perangai kita yang kekwat tu melalui customer. hahaha! Fikir balik kenapa ye aku asik dapat customer cerewet je. Mungkin kita pun cerewet gak. Benda simple pun nak kecoh. Order kat mamak air limau ais, sekali dapat air sirap. Punyalah marah terus maki mamak tu. Padahal kau minum air sirap tu pun boleh kan. Macam lah tak pernah minum air kenduri. kah!

Aku sentiasa percaya, kalau kita memudahkan urusan orang, Allah akan memudahkan urusan kita jugak. Jangan susahkan orang, jangan buat pasal dengan orang. Jangan cari gaduh dengan orang. Kita hidup dalam dunia ni, gaduh-gaduh, buat orang lain susah, buat pasal pun dapat apa je?? Lagi sempit rezeki kita tauuuu.

Aku pernah jadi agen, aku pernah jadi stokis, aku pernah tolong jual barang orang. Aku dah pernah melalui fasa untung sikit-sikit. Konsep berniaga memang macam tu.

Ambik sikit - kita beli dengan harga tinggi
Ambik banyaaak - kita beli dengan harga rendah

Aku pernah jual barang untung RM3, RM5. Aku pernah keluarkan modal RM10k, Satu produk jatuh harga RM22. Tapi aku jual RM25. Untung sikit cenonit. Bukan untung yang aku nak. Tapi aku nak belajar handle customer. Aku cuma nak customer. Aku percaya kalau customer beli produk yang berharga RM25 ni, maybe next time dia nak cuba produk-produk yang lain jugak (masa tu aku jual banyak produk)

Sepanjang aku jual produk orang, aku pernah dapat customer yang tetiba suami dia wasap aku bagitau yang sebab aku dorang nak bercerai berai. Kau pernah? Huhu!

Aku pernah dapat customer yang ingat aku tipu, then siap nak buat polis report bagitau aku penipu. 

Aku pernah dapat customer yang barang dia tak sampai-sampai, then ugut nak datang hospital buat kecoh (masa ni aku kerja spital pantai) 

Dan sekarang aku dah ada produk sendiri. Semua hasil dari pengalaman lalu. Ewah, hahahaha! Bila agen cerita masalah dorang, stokis cerita masalah dorang, aku boleh faham. Bila aku jual produk, aku akan pentingkan yang pertama ofkos customer. Then agen, stokis dan staff. Yang ni aku cerita next entry lah ye.

Even korang ada sejuta dalam bank pun, bermulalah dari bawah. Jangan lagak-lagak eh ada duit banyak terus nak beli borong berkoyan, lepas tu tak reti jual. Dapat customer cerewet rasa stress, untung sikit-sikit rasa teraniaya. Jangan jangan jangan okay.

Kalaulah kaya yang korang kejarkan, dan kalaulah Allah berikan kekayaan kepada korang. Alhamdulillah. Tapi mesti korang rasa takkan puas. Kaya tapi tak puas. Tak tau nak cakap macam mana. Kaya yang tak bersyukur, kaya tapi tak bahagia, kaya tapi tak tenang. Takmo takmo. 

Nak kaya tu boleh, jadi kaya tak berdosa pun. Tapi nak kaya sebab apa??

Comments

nur said…
Salam sepet.

Baca entry nie tetiba terus rasa nak jadi agen seqybeauty.
Boleh gitu?
Inspired, thank you. :)
Hidayah said…
Haah. Awal awal dulu masa akak meniaga pun xpnh fikir sbb nak kaya. Masa tu fikir pertama sekali harap tak jatuh rugi. Lepas tu fikir xpelah untung sikit asalkan xbebankan org plus size yg nak membeli. Alhamdulillah walaupun skrg akak langsung xup brg utk dijual masih setiap bulan ada jer repeat customer watsap tanya ada apa yg diorang boleh beli.. huhu..

Betul sangat apa sepet tulis nih.. mula dari bawah..
:)

p/s: sebenar ehh i suka baca je malas nau nak komen tapiiiii demi orang berbudi kita berbahasa.. i tinggal gak la komen.. yelah sepet sudi luang masa nak taip utk kami.. jadi mehhh kami balas balik baikhati sepet tu dengan tinggalkan komen..
#muahciked
Akak Kembang said…
semoga lebih berjaya sepet dan adik badik. Akak nak cadangkan kalau boleh buat pack utk student sekolah yang agak berpatutan harganya...hehehehe ...