Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 30, 2016

JANGAN SAMPAI AKU BUKAK KOMPUTER

Tempoh berpantang ada orang enjoy, ada orang stress, ada orang boring.

Aku?

Opkos BORING GILA KUASA BOBOIBOY LAPANPLOH JUTA.

Okay lah memang penyeri kita anak-anak. Haha! Kongajo sangat ni nanti orang fikir aku boring tengok anak pulak. Bukan begitu ye bukan bukan bukannnnnnn... *sambil jari telunjuk ke kiri dan ke kanan*

Boring la semua kerja nak buat tapi kena limitkan. Contoh tak boleh angkat barang berat. Semua benda aku kena tunggu Qery balik. Jenis tak penyabar macam aku ni memang susah betul lah nak tunggu. Aku tunggu la, tapi rasa cam lamaaaaaaanyaaaa suami aku ni balik, dating ke apa ni? Padahal tau dia tengah ngajar kat skolah. Bini psycho. Haha!

Kadang tu stokis order barang, then ko pepaham la stok kotak kat rumah, mesti la kena alihkan. Kalau la aku ada kuasa kat mata. Tenung lama-lama pastu kotak beralih sendiri. WOW kau punya perangai dah macam Qaiser dah Pet, hahaha!

So nak taknak kena tunggu Qery. Pastu tak boleh naik tingkat atas. Mak aku marah naik takut bentan. Dah tu kain berlipat menimbun kat tangga. Pun nak kena tunggu Qery balik. Kalau aku nak apa-apa dari tingkat atas pun kena tunggu Qery balik.

Eh tapi kalau kesabaran aku di tahap cipanzi, aku naik je. Alhamdulillah syukur tak bentan. Naik tu berkali-kali gak siap laju2 lagi. Mujur takde CCTV kat tangga ni. Kahkahkah!

Oh dari hari pertama lepas aku bersalin, ramai duk tanya aku, tak sakit ke Sepet duduk bersila? Eh takpe ke duduk bersila? Tak seriau ke Sepet? Entah la korang. Beranak Izz dengan Luth takde pulak sakit ke apa. Rezeki aku beranak dua ni ok, tapi untuk ke 3 4 5 6 tak tau lagi. Mana tau nanti sakit ke apa aku takde la duduk bersila. Hihi!

Aku punya bosan tu memang tak boleh bla. Siaran kat TV ni memang bukak kartun je. Qaiser pun dah macam kartun aku tengok. Huhu! Aku pulak jenis tak suka tengok drama-drama ni. Kalau aku tengok tu, mesti sebab hero dia hensem taste aku sangat. Kalau cam hero ala-ala badan je sado, muka jambu. Sorry dek hakak tak boleh nak feel. Kahkah!

Taste aku tu macam Adi Putra, Hans Isac. Perlu ke bagitau. Haha! And opkos macam Qery *ambik ati laki oiiii, kalau merajuk tak pasal-pasal aku kena belanja beliau kasut futsal* 

Paling-paling pun aku tengok Go Shop. Itupun suka kalau Shakireen dengan Jimmy tu jadi hos. Dorang kelakauuu gila so fanehhhh. Nampak tak aku punya tahap bosan tu sampai terus bertukar menjadi seorang yang mudah terhibur. Tengok Go Shop pun gelak. Hahaha!

Pastu kalau dah tengok Go Shop ni memang terpengaruh nak beli je. Siap bercita-cita nak beli semua yang dorang jual. Dah susun ayat nak bagi kat Qery dah. Nak beli vakum ni, bagus bla bla bla bla. Nak beli mesin mop lantai ni senang zas zas. Nak beli periuk ni senang nak masak. Padahal dapur kau tu perhiasan je, hahaha! Pastu belek-belek handfon konon SAJAAAAA NAK CUCI MATA TENGOK BAJU.

Tet!!!!!!

Aku silap. Tak ada istilah cuci mata untuk aku. Hahaha! Korang tau kan aku memang bukan jenis survey-survey. Memula bukak online Whitesoot, then Pretty Chase. Ok dah screenshot gambar baju nak bagi Qery approve dulu boleh ke tidok beli baju tu. Solehahhhh sangat tanya suami dulu. haha! Sekali terbukak Fashion Valet (FV). 

Fuhhhh... yang ni kena tarik napas panjang sikit lah. Kau dah kenapa baju cecantik ni. Memula tu aku bertenang lagi. Tapi lepas scroll next next sampai 10 pages. Eksekiusme. Tak boleh jadi. Duduk baca Bismillah dulu, then satu satu kita ADD ON CHART. kahkahkahkah!

Solehah tak tau dah kemana peginya. Aku terus beli je takde screenshot ke apa. Beli sampai 16 helai. Itupun aku dah cut banyak sebab rasa macam melampau nau pulak. Lepas dah beli bagitau kat wasap adik beradik. Sebab excited sangat dapat beli baju walaupun tengah dalam pantang, haha! Nak bagitau Qery tak boleh kan. hikhok.

Nak dijadikan cerita, lepas setel ambik video iklan nak masuk TV (nanti aku cerita lain). Macam biasa selfie dulu dalam kereta.

 Seronok sangat pantang baru 28 hari ke apa dapat keluar, hahaha!

 Aku memang tak boleh pakai spek hitam. Nampak macam belalang terus.

 Sebab muka bersize kecik. 

Balik dari shoot video terus ke rumah mertua ambik anak-anak. Sekali mertua bagitau Poslaju ada hantar barang. Sekotak besar.

Gulp! Excited tapi tengok muka Qery dah pelik pelik. Dari raut wajahnya aku macam dapat baca SERIBU SOALAN yang berdesup laju memanah tepat ke arah muka aku, ahahaha!

 Tu muka gabra plus excited la tu sampai hidung kembang tak boleh control keluasan paksi simetri dia.

 Eh suka sangat dapat barang. Macam hadiah masa berpantang gittew. Haha!

 Aku kan first time beli kat FV, so pelik la pemenda la kertas-kertas ni.

Sekali invoice uolls. Hahahaha! Bergetar jantung kejap bila Qery rampas tengok amount yang aku bayar. Tak tau la nak buat-buat pitam kat situ ke, atau nak buat kena sawan, atau nak buat muka orang kaya ke apa, hahaha! Hanya mampu tersengih buat muka tak bersalah.

 Ish FV ni, lain kali kalau iolls beli takyah la susah2 bagi resit camni. Jimat kertas tu, huhu!

Dan seminggu lepas tu, Qery call aku. Dia tanya aku ada beli baju kat FV lagi ke sebab FV hantar barang lagi. 

Eh?? Aku rasa takde beli lagi. Dalam hati tu memang la ada perasaan nak beli lagi tapi masih belum sempat nak bukak komputer. Takkan lah baru beli online sekali, FV dah tau gerak hati aku nak beli baju yang mana. Pelik pelik. Huhu!

Pastu Qery cam nganjing aku la. Cakap beli sorok-sorok taknak bagitau dia. Bila Qery balik dia bagi aku parcel ni.

 Cecepat bukak. 

Oh rupanya haritu dia bagi baju tak cukup. Aku pulak takde la kira berapa helai semua. Sebab gabra punya pasal cecepat nak simpan je. Haha!

Qery cakap dia bebel-bebel kat mak dia masa ambik parcel ni. Dia ingat aku duk shopping lagi. Pastu mak dia cakap 'Takpela Zuhana nak beli, dia banyak duit, dia kan bos besar'

Krikkkkkkk... Kayaaaaaaaaaaa lah sangat. Hahaha! Kalau lah mak mertua aku tau yang aku dah 3 bulan tak membeli baju baru. Mesti dia akan ubah ayat dia 'Takpela Zuhana nak beli, dah 3 bulan dia kumpul duit nak beli baju-baju ni'

Haha! Sadis.

Kau orang lelaki jangan ingat orang pompuan ni shopping kat mall je. Dalam rumah pun kitorang boleh bershopping sakan tau. Kau simpanlah kad bank segala pun takde kami kisah. M2U CIMB click ada. Kitorang boleh bernapas ikut situ. Ingat tu sampai bila-bila. *jeling sikit kat laki masing2*

2 comments:

Jan@Afzan said...

hahahaha...sepet..bos besau..takpe takpe...best gile entry ni..alah qery ni, biarlah isteri beli utk hadiah diri sendiri sempena luth lahir...kikiki..

syabas Sepet...nanti show off ek, apa 16 item kat FV tu..

42766176 said...

i feeel u sepet. I pun tak boleh bukak FV nye website. Tangan gatal.