Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 29, 2016

Kisah Param Pada 1 dan 2 Ramadhan

Dah nak raya la Pet, hahaha! Uolls jangan cakap camtu dalam hati ye. Huhu! Lama dah nak carita kat korang. Ingat nak taip kat facebook je. Tapi rasa cam panjang pulak nanti, so kita cerita je la kat sini. 

Macam biasalah aku ke Param Taman Tasek. Param kesayangan sangat ni since 2009 gittew. Padahal banyak je param tempat lain, tapi kami laki bini masih tak boleh move on, huhu! Sayang sangat dengan abang roti john tu, rasa cam tiap kali pegi mesti nak kena beli gak. Pastu yang syok kat situ ada pakcik jual ulam. Dia bukak van kat tepi jalan. Selalu gak la aku membeli petai dengan jering. Toilet masa bulan puasa WAJIB asing aku dengan Qery, kahkahkah!


Ok la sambung cerita, ini kisah hari pertama puasa. Macam biasalah nak membeli kuih kat satu gerai yang memang tiap-tiap tahun ramai orang ni. Hari pertama memang semua penjual kelam kabut takyah cerita. Mana letak duit syiling, duit kertas, pastu cam pening nak layan customer mana satu dulu. Belum dapat rentak lagi.

Masa kejadian, ewahhhh cam apa je kejadian kejadian bagai. haha! Kat kedai tu ada 3 customer je. Dari kiri AKU, MAKCIK, dan BRADER ni. yang menjaga gerai tu ada dua orang je, KAKAK1 KAKAK2. 

Nak dijadikan cerita, aku beli kuih berharga RM6.50
Makcik tu beli kuih harga RM3.50.

Kebetulan kitorang bayar sama-sama kat KAKAK1 ni. 

Aku bagi RM10 (balance aku RM3.50)
Makcik bagi RM5 (balance makcik ni RM1.50)

KAKAK1 ni dah kelam kabut. Dia mintak KAKAK2 ambikkan 50sen. So KAKAK2 ni bagi 50sen kat makcik tadi. KAKAK1 pulak dia duk mengira RM1.50 nak bagi kat makcik tadi.

Makcik tadi yang 50sen dia ambik. Yang RM1.50 pun dia ambik. Padahal aku dengan Brader ni nampak kot, huhu! Pastu KAKAK1 dengan KAKAK2 macam blur sebab dorang rasa dah ada bagi 50sen kat sapa tapi tak ingat. Aku tercongok la kat situ sebab belum dapat balance lagi kan. Yang KAKAK1 ni nampak aku tak bla lagi so dia bagi la balance RM3.50 kat aku. 

Aku ni dalam kepala ligat terfikir pasal makcik ni. Sanggup dia ambik 50 sen tu, dia cepat-cepat simpan dalam bag pulak tu. Aku pusing cari Qery, pastu dengar KAKAK and BRADER tu terjerit panggil Kak Kak Kak. Aku toleh la kat dorang ingatkan panggil aku ke. Rupanya dorang panggil Makcik tadi.

Makcik tadi punyalah laju jalan bila dah dapat balance duit lebih 50 sen sampai tertinggal kuih. Huhu! Pengajaran dia kat aku, kau nak kejar 50sen, kau tamak duit 50 sen, kau ambik hak orang 50 sen, Allah ambik balik rezeki kau yang RM3.50 tu. Sia-sia makcik oiii...

Aku tak pasti la sama ada makcik tu ambik ke tak kuih dia, sebab masa dorang panggil, makcik tu jalan laju gila, yela orang kalau dah bersalah opkos akan lari kan. orang panggil2 lagi laju makcik tu jalan. Huhu!

Habis cerita makcik tu.


Hari kedua aku pegi param. Teringin sangat nak air tebu. Sampai satu gerai ni aku dengan Qery cakap la nak air tebu ni bang. Abang tu macam terpinga-pinga. Pastu dia tanya kitorang balik nak air mana. Aku cakap la air tebu yang ni. Abang tu cakap ohhh air ni, so dia bungkus lah.

Sampai rumah, tuang-tuang. Bila minum rasa air asam boi. Hoiiiii, dah kenapa warna air tebu. Hahaha! Aku dengan Qery memang frust sangat. Dedua ngidam air tebu kot. Patut la bila kitorang cakap nak air tebu dia diam je. Tak baik tau, kalau bukan air tebu cakapla bukan air tebu. bagitau je la air apa. Sebab abang tu takde label nama air. Pastu tak beli dah air kat situ. Tengok pun taknak, haha!

Habis cerita abang yang tak jujur ni.

Pastu ada satu gerai ni memang tetiap kali pegi mesti aku beli kuih keria dia. Yang lawak nya. Aku rasa dorang punya matematik sangat ohsem. Kalau kita tanya dia kuih ni berapa ringgit. Dia akan jawab 5 dua ringgit. Oklah. Selalunya aku akan beli 4 ringgit so dapatlah 10. Memang kuih keria dia sedap sangat. 

Satu hari, Qery kata nak beli RM5 kat makcik tu. Aku cam pelik eh boleh ke beli RM5. Pastu makcik tu pun kata boleh je. Balik tu aku kira la kuih keria RM5 tu ada 13 bijik.

Maksudnya 4 ringgit dapat 10. lagi singgit tu dapat 3.

Korang dah paham tak??

Singgit dapat 3. 
Dua ringgit dapat 5.

Camtu baik aku beli singgit singgit singgit sampai 5 ringgit. dapat gak 15 biji kuih, hahaha! 

Tapi disebabkan kuih keria dia sedap, aku buat-buat fail matematik jelah. Beli je hari2 walaupun tiap kali beli tu rasa cam nak ajar makcik tu matematik. hahaha!

Ok tu je sesi luahan aku kali ini. Byoiiiiiii....

6 comments:

IQ = Iez Qis said...

cerita pasal bazar ramadhan ni memang macam macam halnyer...IQ pun ada cerita bila beli murtabak kambing yang rm7, bagi rm10 dapat baki rm2...haha! kesian adik tu pening sebab customer, husnuzon je laaaa...hehe

Razi Nawawi said...

hahaha... kelakarlah sepet nie.. alkisahnye kuih keria tu kan 5 rm2.. so satu 40sen.. jadi betullah makcik tu kira.. 13 = rm5.20.. 20 sen tu sedekah.. ade betul ke..

Engku Artini said...

biasanya saya beli kuih pun camtu. RM2 dapat 5 biji. Kiranya kalau seringgit dapat 2 biji setengah. Jadi kalau beli RM5 dapatlah 5 biji + 5 biji + 2.5 biji = 12.5 biji. Tapi dia bagi 13 sebab kira sedekah atau lumpsum sebab beli banyak. Tapi kalau beli singgit je memang tak dapatlah 3 biji.. rugi tokey..
hehee.. my 10 sen pendapatla.. :)
Selamat Berpuasa Zuhana.. Comel budak-budak macam maknya juga (suker ler tu hihi)

I am Zahra said...

sepetttt.

entah2 makcik tue saje bagi free lebih la. bukan tak pandai matematik. kikikiki

nisa nass said...

Maksud sepet tu klau 3biji rm1,baik beli seringgit2 dpt la 6biji utk rm2..
Makcik tu kan jual 5 biji rm2.

Mustaffa Kamal said...

Sepet,

5 karipap 2.00 = 1 karipap 0.40

12 karipap 4.80
13 karipap 5.20

Kesimpulannya,makcik tu malas nak mintak balance lg 0.20. Kira sedekah la tu.