Dec 29, 2015

Kisah Photoshoot Produk Seqy Beauty

Haaaaaaa mesti semalam korang ternanti-nanti live update konon dari aku semalam kat instagram kan? Malangnya....... boleh pulak bateri handfon aku mati terus. Ni semua sebab aku lupa tutup google map tu, tengah duk makeup-makeup bunyi fon, sibuk suruh 'turn right, turn right' haha! 

Kitorang dari rumah bertolak pukul 4 lebih jugak lah. Plan dia macam ni. Pukul 5 nak jumpa MUA kat hotel untuk make up, sebab ada dua orang nak di make up kan, sempatlah nak gi photoshoot pukul 8 malam.

Kitorang bekerjasama dengan :
Model : @marfatinriko
Photographer : @serinditphoto 

Perasaan nak shoot produk ni berdebar lah jugak, haha! Poyo sangat aku ni. Sebab dah lamaaaaa tak make up and dah lama jugak tak feeling model-model ni, aku dah jadi kayu dan gelabah tahap cipan. Serius weh. Memang berdebar tahap hape je. Padahal nak senyum je pun. Dulu masa anak dara kemain kau paling gedik, kalau posing tu tak pandang camera siap tak nak senyum, muka ala-ala mintak pelempang pun ada. Sekarang ni makin lama makin entah pape je, semua pun nak malu.

Kitorang sewa hotel murah je kat Shah Alam, kalau korang tau kedai-kedai popular macam Fiska Shah Alam, SBU, yang dekat dengan seksyen 16 tu, ada hotel area rumah kedai, warna biru kuning kot. Baru bukak rasanya sebab papan nama pun yilek pocik. Kitorang siap sesat lagi mencari hotel tu, sebab rupanya hotel tu ada dua. Satu kat Seksyen 25, itu hotel pertama dia bukak lah, yang kat seksyen 16 ni kan masih baru lagi. Aku google map dia pi hantar kat seksyen 25. Terus kelam kabut takut lambat, takut MUA tunggu lama. Sekali wasap MUA, dia pun sesat kat seksyen 25, kahkah!

Hotel Sri Muda Seksyen 25
Hotel Sri Muda Corner Seksyen 16
Boleh pulak ada dua. Huhu!

Dah sampai hotel. MUA pun sampai. Faeza namanya, aku kenal and selalu sembang kat facebook. Saja la nak ngetes hasil kerja dia pulak. Hihi! Kalau ikutkan ada beberapa MUA lagi yang pm aku kat facebook untuk panggil dorang incase kalau ada photoshoot ke atau nak make up sesaja ke. Tapi sebab Faeza ni antara yang terapat sekali, kita mintak dia make up lah. Hihi!

Kecik molek je orangnya, bagus betul dari muda dah pandai bisnes. Kagum tau dengan orang macam ni. Padahal dulu belajar BioTech (kalau tak silap), tapi dia tukar profession terus jadi MUA and alhamdulillah menjadi jugaklah. Faeza pun boleh buat kelas ajar orang make up semua. 

Masa dia make up, datanglah Marfatin menyapa aku. Masyaallah tinggi dan kurus perutnya. Kenapalah kenapalah kenapalah? hahahaha! Tension aku melihat dia ni tau. Suara pun lembut je. Aku suruh Qery ajak dorang pi makan kedai mamak kat sebelah dulu sementara aku nak make up ni. Kang kebosanan pulak. Almaklumlah, muka aku ni banyak nak alter. Mata nak bagi besar, hidung nak bagi mancung, pipi nak bagi kurus, kening nak bagi lebat, mulut nak bagi mugil. 

Jap tunjuk kat korang muka sebelum dan selepas.

Ini ontheway ke Shah Alam.
Ini lepas make up, shawl pun tak pakai lagi, haha! terus tirus muka aku.

Habis make up dua orang, dekat pukul 8 jugak, berdesup kami ke Serindit Photo. Ha Serindit ni ada dua cawangan, satu kat KL, satu lagi kat Shah Alam. Qery kata nak Shah Alam sebab kalau KL takut jem ke apa. Aku tak kisah lah mana-mana pun aku still gelabah jugak, hahaha!

Sebelum kitorang pilih Serindit ni, kitorang ada jugak usha studio-studio lain. Tapi tak tau lah Qery ni dia asik nyebut Serindit Serindit, berjampi kat telinga aku. Aku bukan apa, risau lah sebab ada photographer yang dah popular ni, dia bukan nak layan orang-orang macam kita ni. Takde nama lagi, suam-suam kuku. Kang aku dah la gelabah, dapat pulak photographer yang cam ala-ala malas nak layan kekayuan aku ni. Boleh buat jiwa merundum jugak tau. Haha!

Bukan apa, aku pernah mengalaminya. Masa acah-acah model dulu, ada orang perkenalkan photographer yang masa tu tengah naik jugak lah. Dia punya PR pun ke laut. Pastu cam berlagak sikit-sikit, pastu kalau kita tak reti pose nanti dia mengeluh and buat muka. Nak aje aku lesingkan, tapi aku pun bukanlah sesiapa, hahaha! Tu lah pasal aku cam risau gak kalau kejadian berulang kembali.

Aku siap bagitau Qery, jangan expect apa-apa dari photographer, kang kalau kita fikir baik-baik, sekali dapat yang ala-ala je, terus cam sakitnya tuh di sini. Huhu!

Bila dah sampai, aku pun terus lah naik tangga. Ada sorang photographer ni cakap En Hasirol belum sampai lagi tapi dah ontheway. So kitorang pun masuk lah dulu, sambil menunggu tu boleh la aku redakan sikit dup dap dup dap aku ni. Si Marfatin ni rilek je, siap betulkan tudung, tukar sikit-sikit style. Ehhhhhhh aku dah tak boleh pegang tudung aku ni. Kang kalau tetiba terkebelakang nanti terus jadi buruk, susah nanti. Hahaha! Dah la aku tak reti pakai shawl pepelik ni. Marfatin kata takpe Kak Sepet, dia boleh betulkan. Huhuhu!

Ini gambar di sebalik tabir, sebelum En Hasirol sampai.

Bincang camne aku nak posing nanti, huhu!
Muka cuak

Beberapa minit selepas tu, sampailah En Hasirol. Tinggi, berambut panjang. Macam watak komik je aku tengok yang Blues untuk aku, gitu. Dia punya cara cakap pun rilek cool gila. I like empat juta kali. Terus suka nak buat photoshoot, hahahaha! Terus hilang lah kerisauan aku, memang dia jenis yang cool nak mampos. Aku punya tangan nak pegang produk cam buruk, betulkan 10 kali pun buruk jugak, tapi dia tetap bertabah siap ajar tepi sana sikit, buat camtu buat camni. 

Inilah orangnya, tinggi kemain. Dia tunjuklah contoh-contoh konsep, so kitorang boleh pilih mana berkenan di hati.
Qery kan kepala gila sikit. Tapi dia gila dengan orang yang ok je lah. Kalau dengan orang yang dia tak berkenan tu, dia pun batu jugak macam aku, haha! En Hasirol melayan Qery suruh buat gaya Tok Ram (RamliMS) la, gaya model maskulin lah. Eiii aku dah malas nak layan sebab poyo sangat Qery punya posing tu. Hahaha! 

Gaya Tok Ram biarlah aku tatap sendiri, haha! Sebab tak boleh bla sangat. =P
Model Seqy Beauty, Marfatin.
Photoshoot memang berjalan dengan selancar-lancarnya. Marfatin tu memang tak ada apa masalah langsung. Sekejap je dia posing, bagitau je nak ceria, nak exclusive, dia terus dapat feel gitu, haha! Aku ni lah masalahnya pun. Satu gaya je aku boleh buat iaitu senyum meleret. Itupun dah syukur Alhamdulillah. huhu!

Setel semua, gi singgah makan. Aku belum makan lagi dari pagi. Sobssss.

So, aku boleh rekemen kat En Hasirol ni kat korang yang tak tau nak buat photoshoot kat mana. Yang nak hasilnya cantik dan puas di hati. Tapi kalau korang wasap dia, ofkos dia tak boleh nak layan korang bagaikan raja, macam direct layan sampai kau paham. Sebabnya kadang-kadang dia balas wasap masa tengah shoot. So kalau dia lambat sikit tu maafkan je lah. Biasalah tu. Kita ni manusia, bukannya sistem komputer yang boleh automatik balas 24jam.

Faeza ni actually dia tak pernah make up untuk photoshoot. Dia cuma buat untuk orang kawin, tunang. Sebab dia pun ada buat pasang pelamin semua. Kiranya ini pertama kali dia buat untuk photoshoot lah. Aku tak sure kalau dia terima untuk photoshoot ke apa, korang boleh tanya dia balik, huhu! Tapi kalau untuk make up pengantin memang dia available, cumanya bagitau awal lah. Aku tengak jadual dia pun penuh memanjang. En hasirol pun puji cakap make up cantik. Peramah pun memang peramah jugak. Kalau korang nak belajar make up persendirian pun boleh. 

So again.... korang boleh cari mereka ni kat instagram, ada contact number semua. Boleh tengok hasil kerja dorang jugak.

Photographer : @serinditphoto 

Di sini aku kepilkan beberapa gambar syok sendiri dan hasil tangan En Hasirol untuk tatapan korang, hihi!

Tetiba mata menjadi bulat



Punyalah dasyat aku ber feeling sengsorang, hahaha! Kalau nak ikutkan banyak gila aku duk selfie. Tapi cukuplah ini je untuk korang. kalau aku belum kawin mungkin aku akan tunjuk semua untuk naikkan saham. Kah!

Ni adalah beberapa hasil kerja En hasirol.

Kejap nanti aku nak buat background kat facebook, haha!

Krik Krik Krikkkkkk

Ha bunga ni lah yang aku kengkonon beli tu, jangan komplen cam kampungan ke apa eh, sila tengok dan redho je, huhu!

Gambar model tak boleh letak bebanyak. Nanti korang tengok sendiri kat Fb and Instagram Seqy Beauty

 Dengan ini, aku isytiharkan, aku puas hati. Tu je. Kbye =)

6 comments:

Syamimi Saad said...

Cantiknya awk zuhana.. Lawa sngt.. Dr dulu follow bca kisah awk.. Xpnh jemu..

inibelogmamarayyan said...

cantik sesangat...kite suke kite suke

y i e n said...

Cantikkkk.. Semua pon cantik :)

yana2605 said...

mata lebih tertumpu kpd model dr produk..acaner tu..hehehehe...

RieNa said...

cantikkk!!!! insyaallah seqybeauty akan terus maju dan berjaya. amin!

Husna Nast said...

lawanya.tudung pink dah macam iras2 yuyu zulaikha