Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 9, 2015

Saja Borak Takde Keje

 Amboi, takde keje sangat lettew sampai nak update blog, hahaha!

Eh uolls, semenjak dua menjak ni rancak beno kat facebook orang share cerita pasal suri rumah kerja penat, dapat suami tau komplen awak ni tidooo je, pastu pulak ada orang yang berkerja pun nak cerita bagitau depa pun penat jugak lagilah ada dua kerja, bla bla bla bla sok sek sana sok sek sini. 

Adui lah korang ni, apa nak gaduh. Redho je la dengan pekerjaan masing-masing. Kalau pilih nak bekerja, then kita terima lah tugas tu seadanya. Kalau pilih jadi suri rumah, then kita kena accept lah tugas-tugas tu seadanya.

Apa nak gaduh, biarlah mulut orang nak kata kerja kita senang ke susah ke apa. Mulut dorang tu tak membantu apa pun, toksah layan. Buat sakit hati jiwa raga je, hahaha! Aku nampak orang duk sibuk share terus aku tekan butang hide, tak kuasa nak tengok. Kekeke!

 Ni baru sempat transfer gambar berjalan-jalan Ahad lepas gi taman rama-rama. Baru edit 3 keping gambar. So bagi korang teaser dulu. Pepoyo nak teaser, lempang satu kali tau la. Hahaha!

 Aku rasa budak baru dapat kaki memang camni lah, asik nak jalan sendiri je. Kalau jalan tu seimbang takpa gak. Ini kang senget ke kanan lah ke kiri lah, kang tengok2 dah jatuh je, hahaha! Lantok sana.

 Ha baju bertukar pulak.

Nanti aku cerita pasal ni tau.

Sekarang ni Izz Qaiser kan dah masuk setahun. So makin senang nak jaga. Syukur sgt dapat anak yang tak tantrum tanpa sebab, huhu! Kalau tak aku boleh bertukar jadi singa. 

Anak buah aku ada lah beberapa orang yang jenis nangis tanpa sebab, hahaha! Kesian makpaknya. Ada anak buah aku lagi klaka, beriya nangis ni, bila aku tanya kenapa, rupanya Ipad habis bateri, wakakakaka! Rasa nak tumbuk je muka dia sebab lawak sangat alasan tu.

Yang sorang lagi anak buah aku ni tiap-tiap malam nangis, pastu nak orang teka dia nangis sebab apa, hahaha! Harun betul. Bila dah lepas stage nangis tu memang rasa kelakar la kan, tapi masa nak harungi tu adoilah stress beno, huhu!


Nanti sok sok kalau anak aku ada yang tantrum, harus aku bertukar. Aku ni dah la bukan jenis penyabar.. Tapi takmo mintak lah, semoga anak-anakku semuanya behave, nangis bila lapar je, macam mak dia. kahkah!

Kbye uolls, Qaiser dah bangun pulak and kejap lagi suami tercinta nak balik dah. Nak siap cecantik pakai bb cream. ZAS ZAS terus i jadi JELITA tanpa sempadan. 
#justsaying
#kahkah

6 comments:

intandayani said...

Lawak la nangis sbb nak soh org teka die nak ape..bile sebut Harun tu yang gelak besar ttibe

cik nur said...

hahahah klakar bila dengar alasan bateri ipad habis nk pitam tau dengar ..

Rizziela said...

lawaklah reason dia nagis tu..nagis sebab nak suruh org teka kenapa dia nagis

ziana eunos said...

jalan2 singgah ,, cantik gmbar ^_^

*jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum,

Saya jenis tak sabar bila tengok budak nangis tanpa alasan munasabah or sebab mengada-ngada.. Nasib baik anak buah or anak sendiri bukan jenis begitu..

Didi Kar said...

Hehe adakah salah sorangnya anoi.. baca blog vp entri lama2 dulu mcm ada perasan anoi suka nangis. Tapu skrg dah besar dah ok kan.