Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 11, 2015

Melawat Rumah Adik Ipar Sekeluarga

Entry adik ipar kawin tu, biarlah dulu ye. Hihi! Iolls kan baru dapat adik ipar, baru sebulan lebih. So dorang tu masih dalam mood pengantin baru lagi lah kan, hahaha!

 Rasa lawak pulak sebab teringat kenangan zaman baru-baru kawin, seronok sangat sebab dah tak tinggal dengan parent. Patutnya aku anak perempuan lagi-lagi bongsu, kena lah gembeng sikit kan, poyo2 rasa sedih bla bla bla, tapi entahla, aku rasa happy gila sebab dapat keluar dari rumah, bahahaha! Bertuah punya anak.

Aku jenis lek lek, Qery pulak jenis hati cepat rindu, haha! Dulu masa kat maktab Johor, tetiap minggu balik sebab rindu. Ohoiiii bagus beno perangai, semua orang ikutlah perangai Qery, jangan ikut perangai aku ye, kekeke! Aku ni memang nampak lemah gemalai, tapi hati iolls keras cam batu belah batu bertangkup and degil. Buruk perangai, lepas dah kawin mak suruh tido rumah seminggu, eh eh mana boleh, haha! Tido sehari je, esok terus aku suruh Qery panggil lori datang angkut perabut, kita berambus, kahkahkah!

Haih banyak no dosa dengan mak abah, tulah susah beranak. (>_<)

So kalau nak dibuat perbandingan antara aku dengan adik ipar aku si Fieya ni memang langit dengan bumi la. Fieya ni macam bidadari jelmaan, perangai tu baik sangat, haha! Pandai layan orang tua, pandai layan borak, pandai ambil hati, eh pandai segalanya lah. Aku pulak memula jadi menantu orang, diam membatu, sepatah orang tanya, sepatah aku jawab. Nak mulakan ayat, memang takkan lah. Kadang tu Qery suruh borak, aku dah nebes dah nak cakap apa, hahahaha!

So funny!

Tapi sekarang ni, slowly la lagipun dah ada Izz Qaiser. Boleh la borak pasal Izz Qaiser, atau kalau mak mertua aku ada benda nak borak, then ada la benda nak diborakkan. Tapi aku tengok Fieya kalau duduk dengan mak mertua aku, adaaaaaaaa je benda dorang borakkan. Kadang tu hatiku rasa nak tanya kat Fieya suh bagi tips borak dengan orang, hahaha!

Perangai ni bukan aku sorang je yang alaminya, malahan seluruh adik beradik perempuan aku camtu. Samalah perangai dengan Ceera, Jemah, Kaklang, semua tak reti nak borak. Membatu je. Aku ni ok lagi la kan baru kawin 2 tahun. Jemah tu 10 tahun pun still membatu, kahkah! Lagi parah.

Oklah berbalik kepada cerita nak ke rumah adik ipar, ha adik ipar aku ni pun duduk dekat je dengan rumah mertua. Tapi ok lah sebab tempat kerja dorang pun area sini jugak. So tak ada la jauh nak gi keje.

Aku dengan Qery sebelum tu dah makan sesiap kat luar, bukan apa. Aku tetiba dah lapar gila. Aku ni jenis aklau lapar tak boleh tunggu, haha! So makan kejap, then boleh bungkus big apple untuk datang rumah dorang.

Izz Qaiser ni asik nak jalan je kejenya. Dapat pulak kasut yang bunyi-bunyi tu, makin rancak lah kaki dia. Orang dukung tak boleh.

Kat rumah Fieya makan lagi. Memang dasar sangat perangai tu. Padahal dah kekenyangan. Eh lagipun tak elok pegi rumah orang tak makan. Dulu aku selalu marah Qery pegi kenduri tak makan. Yela, kadang tu kita pegi kenduri, ramai sangat, then meja tak cukup bla bla bla. Tapi tak baguslah. Kita nak bagi pahala kat orang kawin sebab bagi makan free. Kita kalau makan makanan yang orang hidang, automatik dorang dapat pahala, then Insyaallah murah rezeki tuan rumah. So walaupun dah kenyang, kita jamah jugak. Eceahh, alasan aku panjang kan konon2 nak clearkan korang kenapa aku makan, bahahaha! nampak tak disitu.

 Budak manje dengan pakngah nya.


 Tengok tu, bukan nak dukung pun tu. Nak jalan je.

Tengok, memacam dorang hidang. Takkan lah tak makan kan, membazir nanti uolls, tak elok tu perangai syaitonnnn. hahahaha!!

 Mak dah surrender dah.

Sempat lagi, masa kitorang nak datang tu, Syah suruh bawak produk Seqy Beauty sebab kawan opis nak beli.


Lepas makan kami lepak-lepak, tengok tv. Dorang bukak cite yang joget-joget tu, ala apa nama cite tu. Semua berkerumun depan TV, 3 beradik suka tengok cite joget-joget ni, hoih, lelaki uolls, memang lambat matangnya, kahkahkah!

Izz Qaiser dah melepek dengan aku sebab baru lepas kejadian terjatuhkan cawan kat dapur. Menangis terus, hahahaha!

Cawan kaca pulak tu, harus bunyi berdenting kan. Berlari dia kejar aku, terus nangis. Ha padan muka, sapa suruh tak reti duduk diam. Kalau pecah awak ganti pakai duit raya awak tu. Belikan set cawan rumah mami sekali, kekeke!

Ok tu je nak cerita, kesimpulannya. Cantik rumah adik ipar i. Bye

6 comments:

intandayani said...

Samela mak incek ni pun tak pandai nk borak dgn family hubby..batu sgt

nadiah hanum said...

Saya dah 12 thn kawen pon tak reti2 lagi nak sembang2 dgn family in law...sikit2 tu bolehlah..ai is pemalu!

putris said...

Sama la kite geng membatu jugak..huhu..

shima said...

hehe..panggilan sesuai tu nama nya biras .

sya mimie said...

Sama la kita.. Blik umh mil otomatik mulut terknci.. Smbng sikit2 je..

Puteri Satu said...

Na... adik qery yg lelaki ke yg pompuan..?? yg lelaki kan...??? so yg lelaki tu yg adik ipar... klu isteri adik ipar tu org panggil BIRAS... bkn adik ipar ... hehehhee...