Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 30, 2014

Happy Birthday Yang Ke-30

Sengaja bagitau umur Qery dah 30, bahahaha. Sebab aku sakit hati bila orang ingat Qery sebaya aku. Pfttt. Aku dengan Qery perbezaan jarak umur adalah 4 tahun ye. Walaupun aku tak panggil dia ABANG, well tak pernah pun panggil abang, sebab perangai Qery macam budak-budak bila dengan aku. Kadang2 terlebih manja pun ada. Qery tak nak aku panggil dia ABANG pun, sebab dia memang bahasakan diri dia abang kat rumah. Mungkin la dengan isteri dia nak lain sikit, takmo la samaaaaaaa je panggilan tu.

Bila terserempak dengan junior Qery, kebanyakkannya panggil Qery 'abang Qery'. OMG rasa nak muntah sangat aku dengar. Hahaha! Lepas tu cerita kat aku 'abang Qery dulu ramai peminat sebab dia pendiam, bla bla bla'. Pasrah je aku mendengarnya. Umur aku 26 tahun. Bukan 30 ye. Sapa cakap iolls sebaya Qery siap la dia. Cubit kuat-kuat. Huhu!

Birthday Qery semalam. 29.5.2014(Khamis), minggu ni sebenarnya aku bizi tahap gaban. Rabu tu, aku hampir terlupa yang esoknya befday Qery. Banyak benda nak fikir. Aku teringat pun sebab Qery bagitau yang family dia ajak datang rumah Khamis malam tu. Terfikir2 jugak aku ada apa. Rupanya eh eh eh befday somi kitew la. Kekekeke!

Malam tu tepat jam 12 pagi aku pun wish la kat Qery, tanya dia nak hadiah apa untuk befday. Haha! Tak romantik langsung kan. Siap tanya nak apalagi, takde surprise pun. Redho je la. Qery kata nak perfume. Aku pulak ingat nak belikan dia kasut futsal, sebab haritu dia ada tengok satu kasut futsal ni, pastu macam asik cakap pasal kasut tu je. Ok la, belikan je dua-dua. Sebab kalau nak diikutkan, Qery ni banyak berkorban untuk aku dikala aku susah. Huhu! 

Pagi tu bangun, aku siapkan semua order. Bayangkanla hari gaji kan memang banyak order. Bersilang tangan aku nak reply customer, nak tulis alamat, nak balut. Qery nak tolong, tapi aku tak bagi sebab befday boy kena rehat je. Bukak tv suruh dia tengok tv, bagi dia minum, bagi dia roti. Makan dulu kenyang2 sambil tengok tv, bagi aku setelkan kerja. Pukul 2 kang kita pos terus keluar.

Sekali aku dah siap2 balut, parcel dah masuk dalam beg, pukul 1.30 tengok Qery dah tertido.  Bila gerak dia kata nak keluar pukul 3. Kebetulan semalam kan hujan, memang syok la nak tidur. Boleh la pukul 3, lagipun pinggang aku pun dah sakit. Nak baring2 kejap. Gerak-gerak pukul 3.  Kemain liat nak bangun. Huhu! Last-last dah mandi siap2 pukul 4 jugak aku keluar rumah. Pegi pos barang, sampai MidVelley pukul 5. Mencari parking dah 10 minit. Sabar je la.

Bila masuk MidVelley tu aku ajak Qery jalan kat The Gardens sebab Qery tak pernah pergi situ. Nak ke MidVelley pun jarang, apatah lagi nak ke The Gardens tu. Memandangkan Qery suka perfume Gucci, marilah kita masuk Gucci. Haih rambang mata aku melihatnya. Masa Qery tengah pilih2 perfume, aku ke sana ke mari tengok handbag. 

Gucci kat The Gardens lagi best dari kat KLCC. Lagi banyak pilihan dan lagi besar. Terbekenan pulak dengan satu beg dia. Arghhhhhh!! Tercari-cari design beg yang aku pakai, ofkos la malu kan kalau beg yang kita pakai tetiba ada display kat situ. Kahkahkah! Sama macam korang pakai baju, tetiba nampak baju yang sama kat kedai, mesti korang takmo masuk kedai tu. Nanti dituduh mencuri pulak. Muahahaha!

Sekali seller tu kata, beg yang aku pakai dah tak ada stok, sekarang keluar design lain sikit tali dia. Macam tau-tau je aku cari beg tu. Hihi! Oh ramai yang nak aku jual beg yang sama macam aku pakai. Aku ada jugak cari, tapi tak jumpa tau. Sob sob sob. Nanti kalau aku jumpa ada yang imitation sebijik sejiban macam tu, kompom aku war-warkan kat korang. Design tu simple tapi cantik kan kan kan. Kekeke!

Qery pilih dua perfume, lepas tu tengok kasut. Nasib baik dia tak beli kasut. Selamat aku. Hahaha! Keluar tu tengok ada LV pulak. Qery ajak masuk, tapi takyah ye. Jangan nak perasan orang kaya sangat. Duit tu simpan untuk baby-baby-baby akan datang je. Hihi! Dah la aku tak siapkan lagi barang2 baby. Barang2 nak bawak gi hospital. Sapa-sapa online shop yang ada semua barang2 keperluan untuk nak siap2 pergi hospital boleh tak wasap aku *amboi keje nak senang je, haha*. Sebab aku memang nak beli. Dah 7 bulan ni, dah kena get ready beg tu dalam kereta. 


Pastu, kitorang pun makan. 



Dah kenyang baru cari kasut futsal Qery. haritu berkenan kasut Adidas. Ok marilah kita ke MidVelley semua. Pegi sana terus try, terus beli. Jangan nak tengok2 kasut lain pulak. Tersengih2 dia suka dapat kasut tu. 


Pastu jom balik sebab family mertua nak sambut befday Qery sama-sama. Syah belanja makan, mak belanja beli kek, ayah pulak hadiahkan Qery jam. Hihi! Kek tu sedap sangat. Lembut je. 


Happy sangat la Qery semalam. Sampai nak tidur pun tersengih2. 


Kejap kejap kang TQ sayang, pegang tangan la, pegang perut la. Pastu tetiba cite pasal kasut yang baru beli tu, pastu tak sabar nak main futsal. Haha! Dengar je la. 

Takpe nak manja2 pun dengan aku je. Ye tak. Berani la nak mengada dengan orang lain. Bakar semua kasut2 dia nanti.

Kita tak yah wish kat sini la, malu tau. Wish depan-depan lebih afdal terang lagi bersuluh,tak gitu. Haha!

Btw, sedih ke umur masuk angka 3? =P

May 27, 2014

Honeymoon : Bukit Tinggi, Pahang

Tak boleh bla, dah berapa lama peram ni, memang kongajo sangat janji nak up minggu lepas. Ini pun ingat nak pospon, tapi jangan keji sangat. Cukup2 la kekejian dan kemalasan ku selama ini. Hihi! Marilah kita up kan. 

Aku dengan Qery sebenarnya tak puas-puas nak pegi honeymoon. Mula-mula honeymoon pegi Grand Lexis, Negeri Sembilan. Lepas tu kita ke USS, Singapore. Lepas tu bawak FIL honeymoon sekali ke HK + China. Lepas tu kita honeymoon ke Jakarta + Bandung, Indonesia. Baru-baru ni pegi Bukit Tinggi, Pahang pulak. Ala honeymoon saja nak fefeeling berdua dengan Qery, nak anje-anje pegang tangan. Kang baby dah keluar dah limit sikit pergerakkan tu. Sebelum delivery ni marilah kita merayau. Hihi!

Ekceli plan nak ke tempat lain. Tapi tetiba last minit Qery kata nak ke Bukit Tinggi. Aku okey je sebab perjalanan nak ke sana pun tak jauh sangat. Mula-mula ingat nak bercuti 3 hari 2 malam. Habis tu dah ke situ, 2 hari 1 malam pun okay. Qery book hotel kat Colmar Tropical. Korang boleh search, ada macam-macam jenis bilik. Aku berdua je dengan Qery, jadi ambik yang 1 suite 1 bilik tidur. Tapi yang tu pun boleh tahan besar dia. Ada bilik tidur (katil king size), Ada ruang tamu, ada bilik belajar. Incase kalau korang bawak anak kecik 2 3, takyah book bilik besar, korang bawak je toto. Memang besar ruang boleh bentang kat hall tidur ramai-ramai.

Perjalana dari KL ke Bukit Tinggi tak lama pun. Kalau tak jem sejam camtu je. Kitorang sampai sana sebelum pukul 12 tengah hari. Sepatutnya check-in pukul 3 petang kan. Tapi dorang bagi early check-in sebab bilik memang dah ready. Kalau korang datang awal boleh la daftar masuk terus, mana tau kalau ada luck boleh check-in awal. Kalau tak dapat check-in awal pun korang dah boleh jalan-jalan kat area situ. Sebab bawah hotel korang ada restoren, ada jual sourvenirs, ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak. Nak ambik gambar banyak-banyak pun boleh sebab memang orang datang situ sebab nak tengok building ala-ala Franch pun.

Aku sampai sana, check-in bawak masuk barang-barang dulu. Lepas tu turun ambik gambar banyak-banyak. Setiap sudut cantik, nasib baik masa pergi tu tak ramai orang. Nak ambik gambar takyah tunggu turn pun. Semua orang datang situ semua gedik pun. Korang jangan malu-malu nak amik gambar gedik2. Haha! Lepas tu pukul 2 dah lapar. Makan je kat bawah tu.

*gambar berterabur, lantaklah. Korang tengok je tau*



















*banyak tempat menarik nak amik gambar, ini pun aku tak up semua tempat, sebab malas nak edit*

Okay, harga makanan memang mahal sebab situ kawasan perlancongan. Kalau korang nak save budget, sebelum datang bawak la bekal nasi boleh makan tengah hari, bawak maggy cup ke, roti ke. Kalau anak-anak ramai better korang sediakan roti atau makanan sampingan banyak-banyak. Kat sana air tin soya 1 RM6 tau. Jangan ditanya pulak harga makanannya. Hihi! Kebetulan masa otw tu, aku singgah Petonas beli roti kropok-kropok air, coklat semua. Sebab pepehamlah aku ni cepat lapar. Hihi! Sebelum menimbulkan masalah, baik aku prepare makanan aku. Tapi kalau nak makan kat restoran pun apa salahnya, sediakan saja ongkosnya. Kekeke!

Aku makan soto, tak sedap sangat. Berminyak sikit, plus cili dia tak pedas. Tapi tetapla makan. Bila perut dah kenyang, ajak Qery lepak bilik dulu. Nanti pukul 3.30 kita naik shuttle ke Japanese Village. Perkhidmatan shuttle semua free. Korang kena tunggu je kat pondok tu. Tapi sebelum naik shuttle tu dengar jelas-jelas, orang tu akan bagitau shuttle ni akan ke mana. Sebab ada banyak trip. Ada yang ke Japanese Village, ada yang ke tempat lain. Schedule shuttle korang boleh tengok kat buku dalam bilik hotel.

Aku ni kan mengandung kalau nak ikut minggu memang dah 7 bulan, tapi kalau tak ikut minggu baru 6 bulan setengah. Jadi memang la orang tengok pun risau-risau boleh ke pompuan ni naik Japanese Village. Aku sendiri pun risau tau. Sebabnya ada jalan naik bukit tu macam berlumut sikit. Agak licin plus jalan tu basah baru lepas hujan. Aku bagitau Qery suruh jalan belakang aku, kalau turun nanti pegang tangan aku. Dalam hati berdoa jangan la jadi apa-apa. huhu!

Mengah jangan cite la. Hahaha! Hadoi.. tangga dia macam nak naik batu caves. Dah la kena jalan tanpa henti sebab orang belakang nak jalan. Takkan la aku nak halang laluan asik benti-benti kan. Aku kemain la naik tangga tu. Sampai atas kaki dah gigil-gigil, tapi muka cover senyum macam tak ada apa-apa.  Terus suruh Qery pegangkan handbag sebab tak larat sangat rasanya. Hihi! Nak ke sampai sana tu memang menaik je jalannya.  Tak ada yang turun pun. Kecuali kalau nak pergi Botanical Garden atau nak ke Restoran Japan (Sushi). Dah sampai sana korang explore sendiri tempat-tempatnya. Sebab ada papan tanda kat situ.

Bangga sangat la bila dah sampai. Eh dah sampai mesti la nak pakai kimono dia kan. 1 baju sewa RM20. Tapi ada timing jugak la berapa lama boleh pakai, tengok keadaan orang ramai mana. Kalau time aku tak ramai lebih 15 minit dia bagi pakai. Kalau ramai mungkin la 10 - 15 minit je. Kau nak bergambar ala-ala gadis Jepun ke, ala-ala samurai ke sukatilah.

Ok tengok gambar dulu.



















Last shuttle pukul 6, pastikan korang turun sebelum pukul 6 tau. Sampai hotel, Qery pulak lapar. Kitorang makan chicken chop. Lepas makan jalan-jalan lagi. Tengok pool dia, jalan-jalan pusing bangunan. Pastu dah penat kitorang naik bilik. Qery call nak buat appointment untuk massage. Sekali dah full. Grrrr. Aku memang nak berurut, sebab kitorang tanya tukang urut tu, dia kata dia tau urut orang mengandung. Urut kat situ semua kena by appointment tau. Kecuali kalau korang pergi ke luar hotel ada la kot yang boleh walk-in. Dalam hotel Colmar tu kena buat appointment. Qery call dari bilik, ada satu je tempat kosong. Takkan la nak urut sorang-sorang. So cancel la.

Pukul 8 tu aku dah penat. Aku bagitau Qery nak tidur kejap. Nanti 9.30 gerak sebab plan nak turun nak tengok show. Show dia selang 3 jam kot. Aku nak tengok yang pukul 10malam punya. Sekali pukul 9.30 Qery gerak dia kata dia malas turun, dia nak tengok cite kat TV.  Aku pulak memang dah penat sebenarnya, hahaha! Dah dia kata camtu, aku sambung la tidur. Tapi pukul 10.30 terjaga sebab lapar. Restoran tutup pukul 10 tau. Ekceli boleh je nak call untuk order makanan. Tapi takyah la. Roti beli kat Petornas tu banyak. Kita makan roti je pun dah okay. Teman Qery tengok TV. Pukul 12 Qery ajak masuk tidur. Esok nanti nak bangun pagi susah pulak.

Pagi tu lepas sarapan free dari jam 8 sampai 10 kot. Aku cakap la dengan Qery kita keluar makan pukul 9. Pukul 8 tu Qery masuk mandi. Sejam okey dia mandi kat dalam tu. Seronok dia berendam dengan air panas. Pukul 8.45 tak keluar-keluar, aku dah macam cacing kepanasan kat luar.  Tak boleh jadi, ketuk pintu bilik air, masuk-masuk tengok Qery tengah cukur janggut, gosok gigi. Sabor je la. Aku pun terus mandi, sampai turn aku, air panas dia dah habis. Boleh? Haha! Kongasam gila. Mandi la sejuk-sejuk sambil memebebel kat Qery habiskan air panas. Dah la dalam bilik tu aircond sejuk, mandi pulak air sejuk. Sampai ke tulang peginya. Huhu!

Tepat pukul 9. Dua-dua dah siap nak turun. Beg memang aku dah kemaskan sementara tunggu Qery mandi tadi. So kita turun makan lepas tu jalan-jalan last. Pagi tu aku dengan Qery dah sakit kaki sebab naik bukit Japanese Village tu. Hihi! Agaknya semalam tempat massage full sebab orang semua nak urut kaki kot. Sarapan dia nasi lemak sedap gilaaaaaaaa. Memang sedap sangat. Tapi aku tak boleh makan banyak. Walaupun aku cepat lapar, tapi aku tak makan banyak. 2 3 suap pun dah boleh kenyang. Sekarang ni dah teringat-ingat je. Nyampah betul.







Kalau korang ada anak-anak, boleh la sambung jalan ke Animal Park, tapi aku tak koser. Bukan aku je tak larat.  Qery pun sama. Haha! Tapi kalau ada anak gagahkan jugak la masuk. Boleh bagi makan kat binatang2 dalam tu. Dah jalan-jalan, amik gambar last day, kitorang check out dan pulang.

Tapi memang best la kalau korang nak santai-santai. Nak have fun ke apa. Suasana dia aman je.Aku dengan Qery nanti2 pun nak datang lagi, tapi mungkin tunggu dah ada anak la, baru la bertambah2 syok dapat pergi Animal Park bagi haiwan makan. (-_-') huhu!

p/s : handbag kat instagram sepetsshop, tapi aku dah publickan balik blog sepetshop lama tu and ada letak beberapa gambar kat dalamnya, so sapa-sapa nak tengok gambar lagi besar boleh ke blog sepetshop tau.

May 26, 2014

Ampun Maaf Di Pinta

Tajuk macam nak raya je kan. Hihi! Aku ni tak habis2 dengan tak menyempat. Segala-gala rasa terkejar-kejar je nak buat. Rumah dah bersepah gila. Semalam iolls ambik stok handbag. Dah lama gila tak jual kat blog. Selama ni memang jual jugak, tapi Qery yang jual kat kawan-kawan dia. Aku tak kuasa nak snap gambar masuk blog bagai. Tapi kesudahannya jual jugak tapi kat instagram

Semalam beriya cerita nak up sampai lebih 50 design handbag. Tak sempat okay. Baru open kat rumah dah jual lebih 10 bag. Jadinya, tinggal la 40+ kot design handbag. 1 design tu ada yang aku amik 2 3 pieces sebab malas nak repeat order banyak kali. Agak2 cam cun amik la 2 3.  

Pukul 2 pagi aku sibuk snap gambar lagi, terang benderang rumah. Kesian kat Qery pulak dia asik ajak tidur. *mata ke atas sangat2*, jadinya marilah kita tidur, lagipun aku dah penat sangat. Dari awal pagi dah keluar cari handbag. Penat sangat la aku rasa, kalau orang lain rilex je kot. Haha!

Jadinya, kalau sapa-sapa yang ada instagram boleh cekidaut, nak tanya soalan boleh terus komen kat gambar. Kalau yang tak ada boleh tengok kat SINI je. Sapa-sapa yang nak follow di alu-alukan. Mihmih!

@sepetsshop


Ha lagi satunak bagitau. Kombo Krim (pagi + malam size exclusive) RM170, dengan Kombo Soap + Toner Rm130 tu harini last day tau. Payment sebelum jam 3 je. Lepas tu No No No. Supplier dah stop kan harga kombo. Sorry kalau lambat bagitau, aku pun baru tau tadi. Huhu! Tu yang kelam kabut up kat blog.

Save no aku kat fon korang tau. *sukatije, haha*
012-2678134
(Sepet The Gojes)
 =P

Ok nak sambung buat kerja.bye bye.

May 23, 2014

Ada orang nak handbag tak?

Before ni memang ada orang tanya pasal handbag, tapi tu lah dia. Dulu nak pergi memborong rasa malas, sebab nak berhimpit dengan ramai orang. Bila dah sihat ni rasa macam okay dah nak pergi ambik stok. 


Kalau korang nak, boleh tak tolong komen kat instagram @sepetsshop, bagitau korang suka yang jenis macam mana, warna apa, kecik ke besar ke, nak sumbat sampah ke, nak sumbat pampers ke, haha. then aku boleh carikan dengan harga yang berbaloi untuk korang. =)

Kalau banyaaaaaaak permintaan baru aku bawak masuk tau. Paling awal boleh bawak masuk adalah minggu depan. So sapa-sapa yang berminat tu boleh respond kat instagram sepetsshop.

TQ korang. Muah!!