Seronok betul dah habis pantang. Hati berbunga2 rasanya. Hihi! Bukan seronok apa pun. Seronok sebab boleh keluar. Dalam kepala ni dah beratus2 senarai tempat-tempat menarik di Malaysia mahupun bukan Malaysia (Korea,Korea, dan Korea). Gittew. Tapi tu la, sebab Qaiser kecik lagi, risau jugak bawak dia keluar. Kalau dekat-dekat ok la kot. Jauh2 tak berani lagi. Tunggu besar sikit ye nak.
Sekarang ni pun kalau nak keluar, pesan awal2 kat Qery kena balik awal. Yela, selalu keluar balik lewat malam. Risau ada benda mengikut, pepahamla budak tu kecik lagi kan.. Poyo je aku, padahal haritu bawak jugak dia keluar then balik malam. Dalam perjalanan pulang kemain dalam kereta baca ayat qursi kuat2. Hihi!
Aku last 44 hari tu adalah hari Sabtu. Ahadnya terus keluar. Nampak tak kegelojohannya di sittew. Hiwhiwhiw! Nak keluar tu sebab nak beli barang2 (lah sangat). Banyak benda kena beli, macam baju kecik baju beso, kasut, contact lense (ada hati kannn...kekeke). Menunggu Qaiser bangun pun dah pukul 11.30. Lepas mandikan dia, baru la aku mandi. Maklumlah tidur sekali dengan Qaiser. Muahahaha! Dia tido aku pun tido, sudahnya tengok jam dah pukul 11.30. Hoi tak boleh jadi, kena bangun jugak, kalau tak pukul berapa nak keluar ni.
*budak ni sebenarnya nak pakai baju lain, tapi belum pape dah termuntah. Pakai baju ni je la ye*
Bapaknya tu selagi aku tak bangun, dia pun sedap la membuta. Itu pun aku dah bising suruh bangun. Grrr. Nak bersiap pun tak tentu arah, sebabnya Izz tu nak menyusu la pulak.. Dah pukul 2 masih kat rumah. Qery pulak masa tu la dia baru nak pasang stroller. *urut dada*
Stroller tu kawan kami hadiahkan. Sebelum ni aku dah cakap kat dia pasang siap-siap. Nanti nak keluar tak ada la terhegeh-hegeh nak pasang. Dia tu ter-iye iye, tapi tak buat pun. Balik rumah penat je tidur. Aku pun memang biarkan je dia tidur. Kesian pulak penat. Hihi! Kerja cikgu sekarang ni bukan mudah kan. Memang la aku pun paham. Tu yang bila dia berehat, takpe la, tido la, tekpa la, tido la. Disebabkan takpelah tidola aku tu. Maka, sebelum keluar jenjalan la baru dia sibuk nak pasang stroller. Kihkihkih!
Pulak tu tak reti pasang. Ada satu zip tu tak boleh nak zip. Call kawan yang hadiahkan, kat mana dia beli stroller tu, yela mana tau boleh tukar ke apa kan. Sekali nun di ampang sana. Baiklah, mari kita pegi, lagipun tak reti sangat nak guna stroller ni. Suruh staff sana ajar sekali. Masa staff tu ajar boleh buat itu buat ini, terkagum-kagum la kami berdua. Sikit-sikit Huyoooo, Huyooooo!! Memang village sangat perangainya. Hahaha! Sabor je la staff tu. Setel semua dah pukul 3.30petang. Pastu cam keliru nak dating kat mana.
Bukan apa, Ahad tu ada kemalangan kat mrr2 menghala ke kesas. ingatkan nak pegi The Mines. Terus terbantut niat di kalbu, kalau nak menghadap jem tu pukul berapa la sampai. So ke KLCC je la kite. Aku dengan Qery ni memang tak berapa suka gi KLCC. Tempat orang kaya-kaya ni tak sesuai sangat dengan kami. Hihi! Kami ni setakat Jusco , Tesco , Carrefour boleh la. Walaupun duduk KL, tapi setahun sekali belum tentu ke KLCC. Sedih sangat. Last pegi masa beli barang hantaran. Lebih setahun dah rasanya tak jejak. Alah KLCC ada apa je pun (ayat orang yang duit tak berapa nak berkepuk, haha) Padahal KLCC semua ada kot. Hihi!
Sampai KLCC dalam pukul 4 petang gitu.
Perut dah lapar ni. Tercari-cari kedai makan. Leceh sikit la sebab pakai stroller, so nak ke tingkat bawah/atas kena naik lif. Eskelator dia tak boleh sebab ada penghadang. Lif pulak mengunggu bagai nak bercinta. Pulak tu tak baby friendly. Nak mencari tempat menyusu and nak tukar lampin jenuh sangat.
Last-last aku cari tempat makan yang tersorok sikit, senang nak nyusu.
Makan kat Umai
Tukar lampin pun kat stroller je. gigih tak gigih la. Brader-brader tepi toilet pakat pandang-pandang jeling-jeling. Nasib korang la bau taik anak iolls. Haha! Dah la first time kan. Jadi kelam kabut sebab nak mencari tempat nyusu bayi. Kalau tak ok je. Pastu lepas mengadu domba kat facebook n instagram, kawan2 bagitau kat Isetan ada, pastu tingkat bawah groundfloor kot pun ada. Baikla, nanti kalau pegi lagi sekali takde la tercari2 cam haritu.
Pukul 6 lebih ajak Qery balik, sebab Qaiser nak nyusu. Aku pulak bijak sangat tak bawak spare susu. Aku bajet kat KLCC banyak la bilik nak nyusu budak. Sekali salah bajet pulak. Huhu! Terus ajak Qery balik, Qery pun setuju je sebab dia kesian kat Qaiser asik lapo je. Dah la pulak anak aku ni kuat nyusu. Nak balik terus macam tak syok la. Singgah rumah mak kejap.
Borak sikit-sikit tak ingat la pasal apa pun. Mandikan Qaiser kejap. Pastu singgah rumah mak mertua. Adil tak iolls. Mihmihmih! Tengok AF sekali. Itu yang balik rumah pukul 11 lebih kemain baca ayat qursi kuat2 dalam kereta. Syukur tak ada apa-apa. Risau jugak aku malam2 kalau Qaiser nangis tak berhenti kan.
Disebabkan Qaiser tak selesa satu hari. Yela, dia nak minum susu pun susah. Selalu kat rumah dia nak susu terus dapat. Ini kena menunggu maknya mencari kedai makan. Then kat rumah mak n mak mertua ofkos tak dapat tidur sebab opah n nenek nak main-main dengan dia. Sampai rumah je, minum susu terus tidur. Aku pulak baring terasa nikmat gila. Krem kaki padahal jalan-jalan tak sampai 3 jam pun.
Selalu Qaiser akan bangun paling lama pun 2 jam untuk minum susu. Kali ni 3 jam sekali minum. Memang penat sangat agaknya dia. Pukul 3pagi, 6pagi, 9pagi, 12 tengah hari. itu la timing dia bangun nak susu je. Hihi! Tapi pukul 12tgh hari tu dah nak main-main borak borak semua la.
Orang kata anak kecik memang susah sikit nak bawak berjalan. Tunggu dah 5 6 bulan ke atas dah senang sikit. Harapnya macam tu lah. Hihi!
Buat masa sekarang ni aku agak struggle jugak. Kadang2 bila dah terlalu banyak kerja, ada satu masa terus termenung sebab tak tau nak buat yang mana satu. Huhu! Dulu-dulu kalau cam stress buat kerja boleh la tengok cd korea. Sekarang ni kalau stress tengok muka anak je, terus happy. *ayat cliche sangat, haha*
Pengajaran untuk aku, lain kali kalau keluar bawak susu dia sekali. Jangan nak bajet2 semua tempat boleh nyusu anak, muahahaha!
Pengajaran untuk Qaiser, belajarlah bersabar nak. Bukan semua benda kita nak, kita boleh dapat time tu jugak. Kihkihkih!
Kesian, kekecik dah kena berlajar sabar. Nasib kau lah ye. Hihi!
13 comments:
Assalamualaikum sepet. saya sarankan awak beli nursing cover! boleh bf anak on the spot kat mana2. takyah susah2 cari tempat sorok. hehehe sheila pun still bf anak, baru 4 bulan usia dia. sejak dah habis pantang, terus beli NC sebab nak NIP (nursing in public) dengan nyaman. terus senang nak berjalan dengan suami dan anak. hehee Izz sangat cute tdo dalam stroller tu ~~~
alahai comelnya baby..geram je..:-)
sepet, kalau nk keluar gi mana2, search dulu tempat tu ada nursing room ke tak. biasa jusco ada. klcc pun mmg ada cuma awak tk biasa je. kalau tanya information centre pun diorang akan bgtau. good luck!
Bila ada ank kecil ni.. nk g shopping2, memng rasa leceh sikit..
sebelum kua jalan2 tu, susukan dia dalam kete kenyang2..pastu bawa stok susu dlm botol..ataupon guna nursing cover, duduk kat mana2 pon leh susukan terus..pakai baju breastfeeding siap2..hehe..biasalah anak pertama, banyak lagi kita kena belajar kan..dari pengalaman.
Acik dulu ada jugak beli nursing cover..tapi tak pakai pun...baby macam lemas je..biasanya Acik akan cari bilik menyusu..even ke klinik kerajaan pun. Sekarang banyak tempat dah ada...jangan give-up.
http://acikwatie.blogspot.com/
hi sepet,
just nk share jg . sy klu pegi tmpt2 public ni mmg standby nursing cover. baby ni klu nak minum mmg ikut suka dia je la. better sepet beli satu. dulu sy ada jual tp skrg dh tak dah.
Biasa la tu sepet, nanti lama2 dah biasa ,awak terror tau.saya guna shawl pashmina yang besar tu jer buat tutup.and enjoy the mother hood :)
FAD
Ya Allah. comel sangat sepet menyusukan baby. Tengok muka macam sekolah rendah, comel-comel lagi tapi dah ada baby... tak cayaaaa... huhuu...
Tahniah atas seqy BB cream :)
-Silent Reader-
Asslmkm sepet.. Comelnya qaiser.. Sian qaiser kecik2 dh kena bnyk2 bersabar nk nyusu time kuar berjalan ye.. Hehe..
Klau bby kta ni kt umh pn xmenyempat nk susu, nti klau dh hbis pntng bawa berjalan tak tahu la mcm mna.. Mau melalak sampai syahdu2 kut..hihi
Salam Sepet...comey2 nya boboi....yup..beli le nursing cover/poncho gitu...anytime...anywhere.. boleh je bf kan baby...happy nursing!:)
Kalau rasa susah bawak stroller sebab besar, pakai la babywearing. Cuba awak cari fb, malaysian babywearing. Kat situ ada tutorial, ada jenis2 baby wearing dan pro dan contra setiap baby wearing.
Senang nak bawak baby berjalan. Some bw boleh carry anak yg dah besar pun. :-)
Its about choice. Kalau selesa stroller pun ok. Anak2 akak pun pakai stroller je. :-)
Baby dok diam2 dalam stroller ye.
Bagi can kat pama nak mamam.
Post a Comment