Sep 16, 2014

Injection Sebulan

Sementara menunggu nasi dan lauk masak, meh la update kejap, lagipun anak tengah tidur tu. Baru nak makan uolls, begitulah pantang sendiri. Mana dan aje. Haha! Ini kira ok lagi, ada tu makan pukul 12 malam ok. Baru feeling sahur. Pfttt

Semalam pegi inject 1 bulan kat anak. Excited la kan, katanya bukan senang nak keluar rumah. Nak keluar sampai ke pagar pun jarang2. Kuikuikui! Izz Qaiser ni badan dia kengkadang panas, kengkadang ok. Tapi tak ada la tinggi suhunya. Setakat 37 gitu la. Belum sampai 38 lagi.

Itupun aku beli termometer yang jenis scan kat kepala tu. Baru la sedap sikit hati bila tau berapa suhu sebenar. Sebab aku ni berdarah sejuk la kononnya, kalau pegang semua orang aku rasa orang lain panas. So risau2 kalau rasa kepala dia panas je aku lap2 dengan kain.

Nak dijadikan cerita, semalam pegi jumpa doktor aku pun bagitau la yang izz ni demam manja2. Doktor kata biasanya baby memang macam tu. Selagi belum 38 jangan risau. Selalu 37 plus2 tu memang manja2. Takyah lap pun takpe. Nak lappun boleh. Gitu. Tapi sentiasa keep update dia punya suhu la. Then doktor bagitau lagi, kalau beli termometer yang jenis scan kat kepala atau kepit kat ketiak kena tambah 0.5 baru dapat bacaan yang betul.

Kalau nak bacaan yang tepat silalah beli termometer yang jenis scan kat telinga. Itu antara termometer yang paling tepat la. Itu aku tak sure pulak berapa harganya. Yang scan kat kepala, beli kat watson pun dah dua ratus plus. Mungkin kat telinga lagi mahal sikit kot. Huhu.

So cek la tinggi, berat, kembung ke tak. Aku risau jugak anak aku ni kembung ke. Yela aku ni jaga sendiri. Takut jugak aku tak pandai jaga. Tak tau cek anak kembung ke tak. Iolls baru anak satu, tak ada pengalaman kan. Bila doktor cek katanya semua ok. Fuhhh.. Lega mak nak. Haha!

Hari-hari setiap pagi lepas mandi memang aku akan bagi dia minum gripe water. Itupun mak aku pesan suruh bagi. Lepas mandi tuam satu badan, letak minyak telon urut kat perut, kaki, dada, belakang badan. Sebab takut kembung punya pasal. Mak kau ni agak kelam kabut jugak kalau kau nangis nak. Jadinya langkah berjaga2 tu amatlah dititikberatkan, kekeke.

Korang nak tau, haritu kat penis dia luka. OMG gelabah gila aku. Tapi gelabah pun dalam hati je la. Pastu bagitau mak, mak suruh letak minyak gamat. Nasib baik 2 3 hari lepas tu ok. Bila suruh doktor cek balik, doktor kata nampak ok, tak ada apa2. Phewwwwww....

Doktor bagitau mungkin aku pernah terlambat tukar pampers. Baby memang cepat terkena jangkitan. Memang pun. Ada satu malam tu, Izz tidur tak merengek tak mintak susu pun. So tak ada la aku bangun kan. Haha! Dasar sangat. Pagi subuh tu tengok2 dia berak banyak gila. Mungkin time tu la kena infection kot. Rasa serba salah je lepas tu. Selepas kejadian tu, aku akan tukar pampers dia 3 jam sekali tak kira la dia berak ke tak. Hihi! 

Nasib baik masa kat expo dulu beli pampers murah dan banyak gila. Jadi tak ada la terjimat-jimat. Alah better buang duit ke situ dari jadi apa2 kang apa pun tak guna. 

Dah naik 4cm dah tingginya, jadi 55cm. Berat pun naik 1.2kg. Doktor cakap banyak jugak naiknya, mesti kuat minum susu. Ahaaaaa, memang pun. Mulut tu asik la termuncung2 nak susu. Nasib baik jugak aku ni ada je susu. Kalau tak meratapi jugak mengenangkan. Hihi!

Kesian korang asik kena baca pasal anak aku je, haha! Biasalahhhhh, tu je la topik mak mak ni. Hadap je la ye.

Pakai seluar jeans okay, kalau mak nampak ni tak tau la kena bebel ke tak. Hahaha!

Syukur awak sihat-sihat je.

Eh nasi dah masak. Kbye

6 comments:

mila said...

nangis x kne inject?

MAMA NUR'S said...

salam sepet.. cuba tengok link ni.. saya pakai yang option 1 tu..
anak dah setahun elok lagi.. just tukar bateri je.. bukan setakat anak.. mama dia pun guna.. sangat bagus dan berguna tau..

http://www.lelong.com.my/baby-adult-contact-digital-infrared-ear-forehead-thermometer-emonsterdigital-I1851398-2007-01-Sale-I.htm

Syamimi Saad said...

Sangat la comel bby boy ni..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet, kiut ahh izz ni! geram tengok...

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Hehehe :D tersenyum2 akak baca kisah sepet dah jadik ibu ni...
akak jd pembaca blog sepet sejak sepet bujang, dah kawin, sampailah ada anak...
rasa mcm tak percaya bila tgk gambar last yg sepet kendung baby Izz tu...
touching sgt akak...

insyaAllah sepet... bila dah jadi ibu...dlm pada tak reti, sbb takde experience sbb kali pertama baru ada anak... sure nanti akan menjadi semakin bagus dlm mengurus dan membesarkan zuriat kita sendiri...

eynda said...

Comelnyer :-)