Aug 11, 2014

Kemalasan berlipat ganda yada yada...

Terasa nak sepak diri sendiri kerana perilaku biadap tak nak update blog tanpa sebab yang munasabah. Padahal unifi laju kemain, laptop bersepah 10bijik *tipu sangat, saja up cite, haha*. Haih kalau nak cerita pasal malas ni, takde kesudahanyaa.

Aku belum beranak lagi tau korang. Stress menunggu si kecik ni nak keluar. Sekarang ni setakat perut mengeras jela. Dah seminggu mengeras tapi tak ada tanda-tanda nak keluar lagi. Wahai anak, takkan la nak duduk dalam perut mak sampai dajah 2. Agak2 la. Meh keluar meh, mak bapak kau dah tak sabar nak buli anak sendiri. kekekeke! Dah overdue pun.

Haritu aku tak sempat jumpa doktor tan. So aku call nurse dia, bagitau aku cek kat klinik luar dulu. Incase kalau ada problem, aku terus buat appointment jumpa doktor tan. Sehari sebelum due date, aku pun cek la kat klinik dekat dengan rumah. Last-last pregancy ni yang paling penting nak cek adalah air ketuban kan.

Normal air ketuban 10cm. Aku punya kira banyak la doktor kata 13.7cm, cek jantung baby semua ok. Tapi doktor pesan suruh kira pergerakkan baby bila dah overdue sebab takut jantung baby lemah ke apa. Before ni aku tak pernah kira pun. So start dari tu terus la aku macam alert sikit, alhamdulillah baby memang aktif macam biasa lagi-lagi waktu malam. Kekadang tu sampai tak boleh tidur. Doktor cakap perut aku dah penuh, tu pasal susah nak nafas. Hihihi!

Tiap2 hari aku berdoa cepatlah keluar. Bukan aku tak takut sakit. Takut jugak nak bersalin kan. Mesti sakit yang amat. Tapi tu la, tak penyabo namanya. Dengar kawan2 yang 35w 36w baby dah keluar, aku pun masa tu mengharapkan jugak la 35 36 37 dah boleh keluar. Sekali dah 40w pun tak mo keluar jugak.. Seronok duduk dalam perut agaknya.

Rabu ni kalau tak keluar jugak, aku kena jumpa balik doktor tan, sebab nak tau berapa hari dia boleh tunggu, ada doktor bagi 10 hari, ada doktor bagi seminggu. Then kena jugak cek air ketuban masih banyak ke atau dah tinggal sikit. Semoga aku bersalin normal la. Takut dengar kena induce ni semua. 

Eh banyak sebenonye nk bebel ni, tapi dah nak maghrib pulak. Cerita pasal raya pun macam akan masuk dalam kategori sekadar dipinggiran je ni. Tengok la kalau rajin, tapi tak best la kan kalau tak cerita. Dah la first time raya dengan Qery. Pastu malas nak cerita. Perangai memang dah win sangat.

Ok la, tq yang doakan aku dimudahkan bersalin tu.. Semoga korang korang korang pun mudah jugak bersalin nanti. Aminnnnn.. Bye bye =)


6 comments:

Unknown said...

moga sepet selamat bersalin nanti. amin...

http://nutrisihatiku.blogspot.com/

Unknown said...

assamulaikum... sepet.. samala kita pon dah overdue.... anak dlm perut ni xnak kluar lagi.. hikhik... tido malam pon xlena.. ngiring kiri n kanan... sakit jee.. huhuhu.. moga selamat bersalin

linda said...

Salam sepet..semoga dipermudahkan n slmt bersalin..

zureen said...

Semoga selamat segalanya dan dipermudahkan.....

Unknown said...

baby nk tggu time merdeka kot baru nk kuar.nak jadi anak merdeka..hehe

Syamimi Saad said...

Asslmkm sepet.. Moga dipermudahkn ye.. Xsabar nk tgk bby comel awk.. Kta pn dok berjaga2 even bru 35week. Tkut bby nk kuar awl..