Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Feb 6, 2014

Quality Time =)

Dulu kan masa sebelum kawin, memang aku terperap dalam bilik. Bukan sebab aku tak ada masa langsung nak ke ruang tamu or nak ke dapur semua, tapi sebab aku suka bilik aku tu. Walau sepah macam sarang tikus, tetap aku sayang. Jadinya emak dengan abah yang kerap masuk bilik tengok anak 'bertuah' dia ni. *tak guna punya anak, haha*

Kadang-kadang Ayie pun lepak sekali borak-borak. Semua orang dalam rumah tu bizi. Macam abah sibuk dengan kedai dia, ayie pulak kerja balik rumah mesti penat, kadang2 dia kerja sampai tengah malam. Mak pulak kebosanan la bila semua orang membizi. Jadi mak memang selalu ada dalam bilik aku. Kalau aku tak layan mak pun, mak tetap akan lepak bilik, kadang2 dia tidur, kadang2 dia belek-belek barang yang aku jual tu. You know la, semua emak pun rasa tenang kalau anak ada depan mata. Semua orang akan jadi emak. Kalau korang tak paham sekarang, korang akan paham nanti. *ecewahhh..haha*

Walaupun sehari ada 24jam, tapi quality time dengan emak abah memang kurang. Sehari mungkin mak akan dapat 5 jam, abah mungkin 2 jam. Jadi bila emak abah lepak bilik dengan aku, rasanya macam best sangat sebab mak abah ayie tersangatlah kelakar. Setiap patah perkataan yang dorang cakap tu mesti lawak gila. Idea mak abah pasal bisnes ni banyak, mak aku ni bijak dari segi kewangan, cara pusing modal, cara berbelanja. Abah pulak bijak dalam pengurusan. Cara susun barang sistematik. Kalau korang tengok barang2 dalam bilik aku dulu, bila aku susun tak muat, abah bertugas seperti wonderpet, dia akan datang menyelamat. Abah terus susun bagi muat. Lalu aku pun gembira. Huhu!

Bila dah kawin. Lagi la jarang berborak dengan mak abah. Tapi bila aku balik, aku akan pastikan aku mengadap dorang, borak-borak. Yela, kesian mak aku tu. Dah la sorang-sorang kat rumah. Abah pulak sakit. Nasib baik la Ayie dengan Kak Ninie still tinggal kat sana. Malam2 tu ada la jugak peneman. Adik beradik aku pun kerap jugak balik hujung minggu. Cuma kalau weekdays tu la emak sunyi sikit. Jadi aku decide datang weekdays, tapi bukanlah hari-hari. Seminggu dua kali ke. Macam tu.

Semalam aku pergi rumah mak, Kalau Qery ada badminton/futsal kat area rumah aku, dia akan paksa aku balik rumah mak. Sebab tu aku tak kisah bila dia sukan malam-malam, haha! Bila tengok muka mak abah kan, rasa alahai sedihnya. Tapi tidok lah aku menangis di situ. Hikhik! Aku cuma rasa sedih je la. Kesian mak aku ni, dia pun bukan sihat. Kena jaga abah lagi. Aku ada tanya mak dia nak tak kitorang *adik beradik* upah nurse atau ambik maid untuk tolong dia. Tapi mak tu macam tak nak. Abah tu pemalu. Apa-apa jadi dia cari mak jugak. Bila upah nurse atau maid pun tetap la abah akan suruh mak jugak.

Aku kesian-kesian pun macam tak membantu kan. Jadi aku pun bagi la kata-kata semangat kat mak aku. Haha! Macam bagus je anak bongsu dia ni. Puji-puji mak sikit. Senangkan hati dia. Bila aku mabuk-mabuk macam ni rasa stress jugak. Sebab kesian mak, nak risau kat abah, kat aku lagi. Puas la kata tak ada apa. Tapi biasalah emak mana yang tak risau anak dia tak sihat. Korang anak selsema pun korang risau kan. Sama la konsep dia tu.

Semalam banyak jugak pengajaran yang aku dapat dari emak. Macam-macam la ceritanya. Yang aku boleh kongsikan dengan korang, yang dari dulu aku pernah cakap. Jangan sesekali kedekut dengan mak abah. Jangan sesekali berkira dengan orang tua. Tak kisah dengan mak ayah kandung atau mertua. Dua2 sama je. Kalau belikan barang, jangan beza-bezakan. Mak sendiri beli yang cantik n mahal sikit, untuk mertua beli yang biasa-biasa je. Jangan ye. Jangan mengungkit-ungkit barang yang kite pernah bagi. Jangan jangan dan jangan. Korang dah besar, boleh fikir sendiri kenapa. Korang bukan budak kecik yang nak kena explain satu-satu kan. Huhu!

Mak aku cerita kebaikkan dan pulangan yang Allah balas balik bila mak berbakti dengan orang tua dia, bila mak dengan abah usaha kumpul duit nak bagi mak mertua pegi haji. Allah bagi balik 10 kali ganda. Bayangkan rezeki tu datang, sampai boleh beli van cash. Anak ramai kena la beli van, hehe! Boleh bukak kedai dua tingkat jual barangan elektrik dengan perabot. Mak tak bekerja ye. Abah dulu kerja pemandu lori. Sara 9 orang anak. Sara beberapa orang adik beradik abah dan emak. Besar makna pengajaran dia kat aku. Huhu!

Korang senangkan orang tua. Hidup korang pun akan senang. Korang susahkan hidup orang tua. Hidup korang pun akan susah. Mak pesan, apa yang kita bagi dengan ikhlas, Allah akan pulangkan balik kat kita berlipat ganda. Orang yang paling dekat korang nak bersedekah adalah mak ayah sendiri. Begitu.

Masa aku kerja dengan orang, aku tak ada kesedaran sangat. Terus mengaku kan, haha! Aku cuma bagi mak je duit. Sebab aku tau abah tu bekerja. Mak tak bekerja. jadi bagi mak je la. Abah dapat bila hari raya. Jadi bila aku bekerja sendiri, rasa nak bagi kat abah jugak. Tak tau kenapa tetiba nak bagi. Malu sangat nak bagi sebab bukannya banyak. Abah boleh dapat lebih dari yang aku nak bagi ni. Fikir nanti abah gelakkan ke tak bila dapat duit ni. Benda kita tak biasa buat, rasa segan sikit kan. Nak bagi tu pun terfikir-fikir bila waktu yang sesuai. Huhu! Aku kan burung hantu. Lepas subuh baru tidur. Jadi aku tunggu abah bangun nak pegi kerja. Dia keluar bilik je aku terus panggil dia, lepas tu terus 'Nah Bah'.

Reaksi pertama Abah adalah, air mata dia bertakung. Keadaan masa tu macam pause 2 saat. Lepas tu aku macam nak cover line la, haha. Ofkos la aku tak nak ada drama air mata dikala subuh kan. Kekeke! Aku terus cakap 'sikit je Bah, boleh la minum-minum kopi'. Pastu abah pun cakap "terima kasih Na". Terus laju-laju aku masuk bilik dengan perasaan sedih. Rasa menyesal sangat pilih-pilih nak bagi sapa. Memang dulu gaji tak banyak, tapi kalau mampu makan kat restoran, mampu shopping, kenapalah tak bagi sikit kat abah. Kenapalah nak fikir hidup sendiri je, kenapalah tak boleh fikir pasal orang tua yang besarkan kita dari kecik tu. Kenapalah dengan aku ni. Stress memikirkan diri sendiri. Haha!

Kadang2 ada parent yang tak nak ambil duit anak. Aku nasihatkan *sukatije nasihatkan orang, haha*. Ambil je duit tu. Anak korang nak dapat pahala. Jangan sekat pahala dia. Kalau korang dah banyak duit sekalipun, ambik je, duit tu korang boleh sedekahkan kat mana-mana masjid ke, dua-dua dapat pahala. Senang cerita.

Orang kata. 'Ala orang ada duit boleh la cakap macam ni, kita ni gaji cukup-cukup makan je'. Terpulang kat korang. Kalau korang rasa nak selamanya cukup-cukup makan. Korang pun boleh teruskan kehidupan macam tu. Kalau rasa tak boleh membantu dari segi kewangan, banyak lagi saluran korang boleh buat untuk mak ayah. Senangkan hati mak ayah, selalu luangkan masa, tolong apa yang patut. Jangan sampai dah lah tak memberi apa-apa, menyusahkan lagi mak ayah. Siap tiap-tiap bulan pinjam duit parent. Ramai je yang macam ni. Aku tau sebab kawan2 aku ramai selamber cerita tak cukup duit, pinjam duit parent. Macam bangga pulak. Aku pun konfius. Haha!

Tapi apa-apa pun, duit bukan segalanya. Mak aku cakap. Yang pertama sekali adalah kasih sayang. Apa-apa pun letak kasih sayang yang paling atas. Kasih sayang tu penting. Duit banyak tapi tak bahagia pun tak guna. Ini fakta kot semua orang tau. Hihi! Jangan berkasar dengan orang tua. Well, aku mengaku aku pun kadang2 emosi dulu, bila bengang nanti terkasar dengan mak abah. Tapi lepas tu cepat-cepat sedar. Rasa menyesal. Semua orang buat silap kan. Yang penting jangan berlagak dengan mak abah. Jangan rasa besar sangat pangkat dari orang tua sendiri. Jangan memandai-mandai arah mak ayah buat itu ini. Jangan ye.

Kita semua akan tua. Kau buat orang tua kau macam tu, nanti anak kau akan buat benda yang sama. Kita dah dewasa. Bertindaklah seperti orang dewasa. Amboi, rasa nak lempang diri sendiri. Haha! 2 jam je lepak dengan mak semalam. Tapi aku rasa 2 jam tu tersangatlah berharga. Aku ni leka. Kalau kat rumah sorang asik lupa nak call mak, padahal tau mak sunyi. Bila tengok gambar instagram yang sebelum kawin tu, pastu mulalahh rindu mak sambil beremosi. Haha!

Sebenarnya aku nak upload gambar bihun goreng yang mak masakkan, tapi tak tau la kenapa tak boleh. Ada yang dah tengok kat instagram n fb. Kalau korang nak tengok boleh tengok kat SINI. Aku tak private pun IG aku.

Pasal Abah, nanti aku ceritakan. Ubat selera makan abah tinggal sebiji. Esok aku mesti beli jugak. Tapi aku takut aku lupa. Macam perlu set kat remider je. Kihkih! Tolong jangan komen jual supplement selera makan ye, haha! Sekarang ni aku cuma bagi abah ubat yang diuji secara klinikal sejak berpuluh tahun sahaja.

Itu je bebelan setakat harini. Ish tak boleh upload gambar rasa tak syiok pulak. *padahal sekarang ni jarang selfie*

p/s : Jangan lupa join contest dari AHR Beauty

13 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Salam sepet..lama tak jenguk blog sepet & tak komen mcm dulu2...bizi teramat skrang ni...
sekali bila terbaca entry ni...tetiba buat akak sebak..
mmg betul pun apa yg sepet kata tu...
kita nak bagi duit antara mak dgn ayah, jangan pilih2...sebenarnya, bila kita bagi kat mak ayah kita ni (walau sikit ke byk ke) Allah akan bagi keberkatan pd kehidupan kita.. tu kita akan dpt lihat, bila rezeki kita akan ada je, kat cabang lain & insha Allah dipermudahkan...

ieda iedana said...

Thanks Sepet for the sharing.
Semoga kita sama2 beringat untuk jadi anak yang bersyukur...

faz said...

teremosi jgk bce komen ni..tp nasihat yg best..:) a good reminder to all of us..

ZUERA said...

as-salam sepet..last week saya ada tepon tapi tak sepet off hp..email pun saya ada send tapi tak balas..em..nak order tabitalah..yang set ekslusif

Ann said...

touching bace entry ni...berlinang air mata teringt mak ayah..

Ayu azmir said...

singgah tengok kedai sepet.... mummy sepet apa khabar..

Shazwani Ramly said...

Banyak pengajaran dengan ilmu yang kita dapat. thank you akak.

LedangGirl said...

Salam sepet.. Sy nk share boleh x kt fb

LedangGirl said...

Salam sepet, sedih plak baca.. Nk share kt fb bolh x

MasReena said...

Terima kasih sebab taip entry sebegini rupa... mengalir air mata bila baca =(

Hidayah said...

Huiii dah la baca kt opis menahan airmata jatuh ooooio..

siraplycee said...

Aaaa dh ternangis kt office... :'(

siraplycee said...

Aaaa dh ternangis kt office... :'(