Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Feb 6, 2014

Sweet Moment

Dah lamaaaaaaa tak cerita pasal laki bini yang poyo ni. Hihi! Sebenarnya banyak nak cerita, tapi tula... haih...haih...haih..malas gila kau ni *kau ye bukan aku, tetiba tak nak ngaku, kekeke*

Hidup aku dengan Qery ni macam biasa. Pagi dia gi kerja. Aku pulak lepas subuh baru membuta. Aku tak boleh tidur malam. Badan tak selesa. Bila Qery dah gi sekolah *dah besar pun sekolah lagi, pfttt*, mula la mata ni terkelip kelip nak tidur.

Aku tak scan lagi baby, memang tak tau la boy atau girl. Aku rasa boy, tapi Qery nak girl. Gitu lah kejadiannya. Aku rasa-rasa je sebab aku tengok macam simptom pemarah, pastu tak suka amik gambar sendiri, suka makan daging *ada kene mengena tak, haha*, membuatkan aku rasa macam anak lelaki. Tapi Qery pepahamlah dia tu, adik beradik semua lelaki. haruslah keinginan dia nak baby girl. Tapi apa pun sebenarnya kitorang tak kisah. Ayat artis sangat, haha!

Kitorang selalu la macam berangan sendiri sebelum tidur tu. Kalau anak perempuan nanti dia bagi nama, kalau lelaki aku yang bagi. Pastu aku pun cadangkanlah nama anak perempuan. Biasalah kalau boleh lelaki ke perempuan ke aku yang nak letak nama. Aku kan tamak. Tapi kias-kias la konon2 bagi cadangan, haha! Aku suka nama simple and classic. Aku suka nama bunga-bunga. Iye aku tau mengarut orang kata tak ada makna la apa la, keke. Tapi saja je la aku suka-suka je. Macam-macam nama la aku bagi, macam Dahlia, Mawar, Anggerik. Pastu Qery buat muka toya. Dia kata aku ni entah apa-apa je. Kong ajo Qery ni.

Tetiba Qery pegang perut aku sambil cakap 'Camelia buat apa tu'. Terkedu aku seketika. OMG Camelia. Tak nak la. Nanti orang ejek unta unta. Haha! Entah tetiba aku teringat artis Camelia tu kan. Aku pun cakap la bukan Camelia la, ini baby boy. Eh eh ehhhhhh... Qery tak puas hati. Dia berjampi kat telinga aku sebut Camelia sampai tertidur. Hihi!

Ada satu hari tu, aku pesan kat Qery, sebelum dia balik rumah belikan ayam kfc. Tetiba je Qery cakap "Olololo Camelia nak makan kfc ke harini". Aku rasa nak gelak ke apa tak tau la. Hihi! Lawak sangat.

Aku kan tak tidur malam, Qery bisingla suruh betulkan tidur. Aku tak nak kena marah. Aku gunakan Camelia. "Camelia kata dia tak boleh tidur malam, mak kena la temankan anak". Pastu Qery marah jugak, haha! Tak berhasil guna nama Camelia tu. "Takdenya Camelia tuuuuu tak boleh tidur malam, bla bla bla bla". Belum habis dia membebel. Aku mencelah "Bie tidur cepat, bising betul rasanya, Camelia rimas" Mihmihmih! Malam tu makan jelingan Qery je la.

Habis cerita pasal Camelia.

Qery selalu buat kerja malam-malam sampai 3 4 pagi. Aku teman la. Kadang2 dia rimas sebab dia tak boleh nak buat kerja. Aku ni sibuk cerita itu ini. Hihi! Aku cerita la zaman sekolah menengah macam mana semua. Pastu cerita la pasal kawan perempuan aku ni. Masa kat sekolah kawan aku ni yang paling Hot la. Semua lelaki pun suka.

S : Ros tu, semua orang lelaki suka dia. Masa tingkatan 4. Senior selalu je kacau-kacau. Tapi Ros tu tak layan pun.
Q : Oh Ros yang kita jumpa haritu eh.
S : Haah, dah la masa tingkatan 4 semua lelaki suka dia, masuk tingkatan 5 pun sama. Tapi Ros ni bukan jenis yang gedik-gedik. Dia kalau tak suka, dia tak layan pun.
Q : Dorang ni silap sebenarnya.
S : Eh, apa pulak. Kita tau la, kita kawan baik dengan dia, satu kelas duduk sebelah-sebelah, satu dorm semua.
Q : Sebenarnya ada orang yang lagi cantik dari Ros tu
S : Siapa? Tika tu pun cantik jugak. *Qery pernah tengok ramai jugak kawan lama aku*
Q : Bukan. Perempuan tu sekarang tengah mengandung anak Khairi Fizairi.
S : *terus bangun pegi depan tengok tv, malas aku nak layan pembohongan ini, haha*

Aku rasa ini memang taktik Qery nak suruh aku berambus dari situ. Susah dia nak buat kerja kalau aku asik ceritaaa itu ini kan. Haha!

Sebelum tidur tu Qery bukak la siaran bola dia tu. Kadang2 tengok sampai tertidur. Sebelum dia tertidur, aku pun sambung cerita lagi *tak habis-habis dengan cerita, kekeke*

S : Eh lupa nak bagitau. Harini kan kite terjatuh..
Q : *terus panik* Jatuh kat mana.
S : Sakit satu badan. Camelia ni pun mesti terkejut.
Q : Ish, tak hati-hati la. Jatuh kat mana?
S : Jatuh cinta dengan Khairi Fizairi. *sambil kelip-kelip mata*
Q : Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....nak jiwang malam-malam..nak tidur la macam ni *muka tak dapat terima*
S : Goodnight, mimpi kita tau.

Haha! Mesti Qery sangat trauma denga kajadian itu. Tak boleh la nak sweet-sweet.

p/s : Jangan lupa join contest dari AHR Beauty

17 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! lame x dgr kisah korang, rinduuu :P

Shazwani Ramly said...

Alaaaa sweet sangat akak dengan husband tu :) nanti camelia dah besar mesti jadi macam akak jugak, banyak cerita. hehee

Nuriesya Nadia said...

Hahahahahaha. Tak boleh blah. Unta Unta. :P

Marliyana Mk said...

hahahha. kelakauuuu laaa akak ni..sama je laki bini.

sweet sgt dah tu ^^

Si Rose said...

Hahaha!! sweetnyerr suami isteri nie...kemain ag name camelia abg qery pilih...homey ape nama bebunga,,mcm rose nie "Roslaili" bunga rose..huhu :P

Zumie said...

lawak sangat korang haha

afzanaziela said...

Ala tomey tomey...orang kata jangan panggil2 nama anak lagi sebelum dia keluar...karang kalau keluar boboy karang tak naya kalau kena bubuh camelia tak bubuh kang dia menangis ke merajuk ke sbb dah terbiasa dpanggil...orang kate la..tp kite tak tauuu...hehehe

afzanaziela said...

Ala tomey tomey...hehee
Orang kate jangan panggil2 lg nama baby sebelum dia keluar...karang kalau boboy yg kuar nangis dia x bg nama camelia sbb bg nama lain sbb dia dh biasa d panggil camelia...tu orang kate la...kite tak tauuu...hehhe..mama pun slalu pesan giteeew jugeee...

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Hahaha :D kebetulan la pulak...nama baby akak pun Qamilia (ejaan tak sama la kan..) tapi still membawa maksud yg sama, 'bunga suci'

Tapi dah sepet kata nak baby boy...
tgk la nanti nama apa utk baby korang ek?

NinaAz said...

baby boy ekk. hehe

syamimihaziqah said...

Hahahaha kejadian last sekali tu awesome! xD

ieza ashaari said...

hahaha..bila baca sampai habis, scroll atas blk tengok tajuk..ooo, patutlah semua cerita indah je.. :) sweet hubby wifey gini.. :) semoga terus kekal bahagia..

btw, nnti dh bersalin xr mengantuk berjaga mlm sbb dh biasa..kan.. :)

ikafantasi said...

klu baby girm camelia kan,
klu baby boy adam kamil leww..
ariana rose sangat ni

suri said...

Jgn harap sgt sepet..mcm kite aritu mmg dh harap bebeno dh ni ngandung bby boy..doc scan ckp boy..sebenarnya kiteorg nk suprise..xkisah boy or girl tp since ramai yg ckp boy even terserempak ngn org yg xkenal pun dia ckp ni mesti boy..n suami pun dh spare nama bby boy lastly ms lagir gyne tanya..u tau anak u boy or girl..kita jwb la boy kot ntah..doc ckp its a girl...huhu..papep7n alhamdulillah selamat semuanya..sakit bersalin masih terasa walaupon ank dh nk masuk 10m

n a d. said...

Hehe. Sy mengandung pun tak suka selfie. Pegi shopping complex rse nk muntah. Anti sgt2 dgn mekap. Mmg suke sgt mkn daging mse pregnant. Instinct kata boy, org tgk pun kata boy. Skali kluar girl. Dan nama anak sy nur camelia. Sumpah tak tipu. Haha. Jaga diri baik2, semoga sihat selalu. Hehe.

Hidayah said...

Haha.. haha..
Entry nih...!

*macam sepet is back..

YaAllah rindu terasa betul bila baca entry ni mcm mood camelia pun happy je... hehe. .

*simptom mmg mcm baby boy..

Irfa said...

tetiba akak sengih sensorang dpn pc
camelia oh camelia
emm cam comel je nama camelia
kalau xnak di ejek camel(unta)
buh je kamelia :)