Aug 28, 2018

Bercuti ke Medan, Indonesia (Part 1)

Sebenarnya dah 2 tahun plan nak bercuti dengan FamilyDin (keluarga mertua) sebab ayah nak belanja. Maklumlah dah pencen. Hehe! Tapi tu lah, kejap kang aku mengandung, pastu beranak. Pastu ni Fieya mengandung pulak. Tapi takpe sebab Fieya belum 7 bulan lagi, so boleh naik kapal terbang. Bab lokasi ni memang serah bulat-bulat kat Fieya dan mertua sebab aku tak kuasa lah nak fikir, hahaha! So pilih punya pilih, decide nak ke Medan. 

Pertama kali nak travel naik flight dengan 3 orang anak. Yakni aku tau dah semua nak berkepit dengan aku dalam flight kang, hahaha! Tapi mujur sangatlah perjalanan dalam kapal terbang 45 minit je. Gila punya sekejap. Baru naik dah nak turun, hahaha! Macam dari rumah aku nak gi Shah Alam je kot. Kat airport lagi lama. Nyampah betul. Huhu!

Flight pukul 8.30, pukul 5.30 dah sampai. Sebab Qery hantar kitorang dulu untuk check in luggage. Lepas tu dia pergi parking kereta kat mana aku tak tau la. Pastu dia naik bas datang KLIA.
Qery send gambar bas yang dia naik. Pukul 6 lebih dia sampai.

Tunggu dorang kat sini je.

Sampai KLIA terus check in luggage.

Sampai Medan, di sambut dengan tour guide kita ataupun Pak Supir namanya Anggar.

Snap picture dulu.

Stroller pinjam Ceera, hahaha! Sebab stroller dia boleh lipat petak kecik. Kitorang pergi sana, ambik tour guide sebab senang la nak kemana-mana. Pastu jadual nak kemana-mana pun supir yang fikirkan cuma flexible la untuk kita ada anak kecik dan bawak orang tua ni. Nak berehat kejap ke, nak terkencing ke, anak terberak ke. Mudah banyak...


Menunggu Anggar ambik mobilnyaaaaa.

Kitorang terus menuju ke Brastagi.. Perjalanan ke Brastagi lebih kurang dua jam macam tu la. Kitorang singgah makan Ayam Penyet Cindelaras dulu.


 Dorang puji kemain lagi lah sedapnya ayam penyet dia. Aku je takde perasaan sebab aku bukan pencinta ayam pun. Hahaha! Family Qery ni Ayam macam menu wajib la sebab Syah memang pencinta ayam (dia allergy seafood), yang Cepul pun banyak makan ayam, ikan pilih-pilih. Qery je mengikut bini dia makan semua. Hahahaha! Dulu pun Qery tak makan rebung, tak makan sushi, tak makan cencalok, ehhhhh dah kawin ni semua rembat. Dia memang tak bagi aku makan sorang-sorang. Hahaha!

Habis makan terus ke Brastagi, singgah ladang Strawberry, tak silap aku kat Tongkoh betu-betul tepi jalan. Kalau korang tengok gambar, stoberi dia memang tak nampak pun. Hahaha! Banyak lagi kat Cameron Highland. Tapiiiiiii dia punya manissss... toksah cita la. Rasa bukan sekadar rupaaa...


Ada gaya petani tak, ke acah-acah petani jurrr...


Suara aku paling kuat kot masa ni, sebab dia lereng bukit kan. Bebudak ni kang ke sana ke sini. Ehhhh sakit hati dan jiwa raga aku tengok. Risau tergolek ke bawah nun.. dah satu kerja mak ko nak turun, turun takpe, nak naik tuuuu... jenuh..hahaha!

Izz Qaiser tu aku percaya la lagi walaupun dia pun macam nak acah-acah jatuh. Risau Runako tu, dia tu dah la muatan berat. Tak seimbang perut dengan bontot. Jalan lurus pun boleh jatuh, inikan lereng bukit. Hahaha!

Hishhh budak bertuah ni..

 Stoberi ni pun Ayah mertua aku yang petik, aku nak petik tapi macam sadis sangat nak mencari stoberi ni kena selak sejuta kali baru jumpa. Hahaha! Gigih betul pakmertua iolls... Nasib baik manehhh..

Lepas tu kitorang berenti tepi ambik gambar berlatar belakangkan gunung berapi. Aku tak tau lah nama dia, Sinabung agaknya. Haha!

Kalau bab ambik gambar, memang tak susah la dorang ni. Menurun makpaknya.



Sekejap je sebab berenti tepi jalan. Sampai sini yang paling dekat boleh bergambar. Kalau lagi dekat boleh kena saman... Lagipun jalan yang kitorang benti ni memang kecik sangat, turun cepat-cepat je sebab risau bebudak ni. Kalau orang tua je tak kisah sangat.

Lepas tu singgah Pasar Buah.

Sini orang kata pasar kuda jugak eh, sebab banyak la kudanya.

Sebab lubang hidung lebih kurang sama, jadi sis bergambar dengan kuda jap.

Ekceli, aku tak beli apa-apa pun. Sebab patutnya pergi Pasar Buah ni lagi dua hari nak balik. Tapi disebabkan kitorang pergi ni, esoknya hari Merdeka Indonesia. Jadi ubah sikit itinerary. Sebab nanti kat sini jalan jem gila. So pergi harini terus. Mak mertua ada beli buat markisa. Manis dia rasa macam buah durian belanda. Kat sana dorang panggil buah susu. Fieya beli buah anggur.

Ini kalau aku pergi hari last memang aku beli semuanya, hahaha!


Adik ipar untuk di jual. Hahaha!

Kalau korang nak tau, jalan nak ke sini dia punya lingkaran macam naik Cameron. Berliku-liku. Orang Indonesia bawak kereta memang dasyat weh. Fast Furious tu celah gigi dorang je. Hahaha!

Kat sana, korang akan nampak macam-macma jenis kenderaan. Lepas tu dorang ni banyak berhenti mengejut, dan banyakkkk kali hon. Pin pin pin. Sebab kat sana budaya hon ni memang wajib. Dia hon just untuk bagitau dia nak lalu, tolong tepi sikit. Ha camtu.. Kalau kat Malaysia, kau hon memang lepas tu kena jeling lah. Hahaha! Kalau kereta tu potong kau, sampai nak kebelakang berpusing-pusing kepala driver sambil buat muka rimau. Hahahaha!

Kitorang tanya Anggar, tak eksiden ke sebab bahaya sangat jalan kecik, tapi boleh potong potong. Anggar cakap..

"takda la kak, sini walaupun macam ni kurang eksiden. Sini ada tulis kat tepi (signboard), jangan kemalangan, rumah sakit jauh, yang dekat cuma kubur"

Kahkahkah! Terkekek-kekek aku gelak...

Lepas tu Anggar tu tunjuk la satu motor ni yang macam beca tu. Beca kat Malaysia pakai basikal kan. Kat indon pakai motor. Dorang panggil TukTuk.

 
Dia cakap "ini kalau dia nak berhenti, hanya dia dengan Tuhan saja yang tau bila", hahahaha! Punya kelako... Pastu kebetulan terus ada tuktuk depan kitorang tetiba benti. "Ha tengok kak tengok, tiba-tiba berhenti, memang dia dengan tuhan saja yang tahu". Hahaha! Mampuhhh weh..

Pastu dia cerita lagi... "Perempuan di sini kalau bawak motor jangan hon. Di sini perempuan tak pernah silap. Polis pun takut nak marah. Dia marah polis balik. Kalau di suruh pakai helmet, dia bilang pakai helmet ke tidak kalau nak mati tu mati jugak.

Tapi bang, kalau perempuan bawak motor, tuhan pun tidak tau bila dia mau berhenti. Hanya dia saja tau. Ada tu bagi signal kanan, tapi pusingnya kiri. Dia saja tau hatinya mau kemana."

Kahkahkahkah! Lawak gila namatik gais supir aku ni...

Lepas tu ada la satu van ni, atas dia ada orang duduk.

Ko tengok ni, aku ngucap wei tengok dorang. Dah la jalan macam naik cameron. Dorang rilex je kat atas tu. Supir aku cakap..

"Tinggi ya kak, lagi tinggi lagi dekat mereka dengan Tuhan"

hahahaha! Caruts sangat..

"Ini kak kalau dorang naik roller coaster itu takda perasaan tu, biasa biasa mukanya"

Aduii kitorang sampai penat nak gelak. Ni kalau masuk maharajalawak ni kompom menang. Hahaha!

P/S : Promosi Cinta Merdeka Seqy
(Sempena Merdeka dan Ulang Tahun Perkahwinan Sepet ke 5)


LIP MATTE RM25 RM19
GINCU RM39 RM24
SHE COLLAGEN RM85 RM60



Bersambung..... Nanti aku cerita lagi.. Banyak benda klako masa pergi Medan... Tungguuuu...



Jul 23, 2018

Ratu Muzium.

Hahaha.. Aku ni rasa berapa kali dah pergi Muzium. Muzium kat KL tu memang tak terkira berapa kali pengulangannya.Tapi tetap best sebab bebudak ni bukan ingat pun dorang dah pergi banyak kali. Bila pergi je semua macam pertama kali tengok. Cer kalau bawak Legoland, dia punya ingat tu lain maciammm...

Sebenarnya tak plan nak gi memana pun Ahad lepas. Sejenis aku dengan Qery ni. Masuk kereta je terus cam, eh jom pegi sini jom pegi sinun. Ha terus la menuju. Dorang punya barang2 memang siap sedia dalam kereta. Keluar makan kedai mamak pun memang aku siapkan semua. Sebab bukan tentu makpak dorang ni. Tetiba nak ke tempat lain la apa la. So sediakan je terus. Nak berjalan pun senang. Huhu!

Qery cakap nak gi Port Dickson jalan-jalan pantai. Okay la jom je. Tetiba dah setengah perjalanan kata nak singgah Muzium Tentera dulu. Ehhh lagi la aku suka. Sebab kitorang dah berapa kali nak pergi tapi tiap kali tu parking penuh. So kita cuba lagi kali ni. 

Sampai sana tengok ramai orang, tapi still boleh bawak bincang. Huhu! Kitorang sampai-sampai, ada orang keluar parking. Syukur alhamdulillah....

Bebudak ni excited la sebab kat parking dia kan ada dua biji kapal terbang besar. Menjerit-jerit memasing. Ada satu kereta ni parking sebelah kereta kitorang. Pakcik tu keluar, si Runako pergi cakap ngan pakcik tu. Atok Atok, tengok tu kapal terbang. Tepuk dahi maknya dapat anak peramah nau. Hahaha! Atok tu melayan je la bebudak kan.

Dan korang tengok gambar je lah dulu..

 Dulu cita-cita memang nak jadi askar. tapi abah tak bagi. Hihi!


 Cuaca panehhhh, tapi still boleh di maafkan.


 Haha, mami dia penakut tinggalkan Yurika kat situ. Risau dia jatuh.





 Gembira sangat ni.


 Tudung kakak dah hiruk pikuk dah, haha!





 Pukul 4 camtu baru ke Pantai Teluk Kemang. Cuaca just nice la.

Gambar mandi lupa mintak kat Qery. So nanti lah kalau ada baru tepek sini.

p/s : Promosi HAA TEPUKKKK hari ini sahaja.

Skincare RM100
Sakura Mask RM60

sehingga jam 11.59 mlm.

Order : KLIK SINI

Jun 29, 2018

Raya AidilFitri 2018 Day 4 Melaka

 Harini masuk opis pagi, kita setelkan entry raya dulu sebab nak ambik mood raya. Haha!

Raya ke 4 kami anak beranak, dari Tronoh terus menuju ke Melaka. Raya kampung orang. Gigih betul saya. Sebenarnya nak anak-anak merasa syoknya raya. Dulu masa kita kecik-kecik memang seronok raya, bertandang rumah orang. Ikut la mak pergi sana sini walaupun tak kenal siapa. Haha! Selalu dapat masa raya je la kan. 

Lagipun Qaiser dah besar, dah boleh ingat pasal raya semua. Jadi biar dia ingat moment yang best-best. Main dengan sepupu-sepupu. Dapat duit raya, beratur panjang masa salam raya, tengok bunga api, makan kuih raya segala lah. Taknak la jadi macam aku, pernah satu masa dulu, bila fikir raya.. Alah raya je.. Bukan apa pun. Gitu. Not good kan. Raya ni sebenarnya best sangat. Kita yang jadikan raya kita best sebenarnya.

Kat Melaka ni ekceli ada saudara Qery, dia pun lahir Melaka. Mak-mak saudara dia ada lagi kat Melaka. Tapi kita nak singgah kampung Banglang dulu (suami Kaklang opkos). Kitorang memang kenal family banglang rapat sebab family Banglang the best. Orang Melaka memang ramah kan. Masa aku kekecik selalu gak jenjalan rumah saudara Banglang. Sibuk je iolls pun, hahaha!

So ni macam jejak kasih la. Sebab lama nau tak jumpa.

Anak-anak kaklang dah besar panjang. Kanan sekali Ajoi beza 8 tahun je dengan aku. sekarang umurnya 22. Ajai belakang aku tu dah 20 tahun, dan Ayin dan 18 tahun. Semua dah tak sekolah. Masa aku kecik umur darjah-darjah 6, dorang ni kekecik geram comei je. Sekarang semua dah besar dari aku termasuk Ayin tu. Mohon diet ye, hahaha!

Semua kena buat aksi power rangers.

Seronok la Qaiser dengan Runako, rumah tinggi-tinggi ni. Bunyi papan tu, pastu jalan kan papan tu lembut so dia asik nak melompat je. Haih nasib bukan sedara ngan Cefwan tau. Kalau tak habislah anak iolls kena viral. Pemenda anak Sepet ni berlari buat aksi Power Ranger rumah orang. Hahaha!







Raya ke 4 dorang dah tak raya dengan baju kurung, iolls pun takde baju baru. Raya pertama je baru. Lepas tu semua repeat pakai yang lama-lama.


Tingkap legend.

Suka rumah orang yang ada tingkap hai nasi goreng ni. Hahaha!

Lepas gi rumah Banglang, aku ada pergi rumah mak saudara Qery, tapi lupa snap gambar. Rumah Makcik Sitam. Selalu pergi sana mesti lupa ambik gambar.Tu la sibuk makan je keje ko. Hahaha!

Ingat nak singgah rumah Mak Uda, mak saudara Qery. Tapi macam dah lewat plus Melaka jem tak boleh bla. So kita balik lah. Next time datang kita singgah.

Habis raya Melaya iolls. 


KLIK SINI untuk order.