Team Building Seqy 2018 Ancasa Port Dickson (Part 1)

Rasanya ini aktiviti ke 5 untuk Seqy.

1 - Meet and Greet (stokis dan agen terpilih)
2 - Run 5km (IOI City Mall)
3 - District 21 (IOI City Mall)
4 - CSR (Bulan Puasa)
5 - Team Building (Ancasa Port Dickson)

Dan next aktiviti Insyaallah bulan November kita ada buat aktiviti BOLING. Fuhhh... Yang boling ni ramaiiiii join. Tak tau la huru hara dia cemana nanti. Sebab yang 30 orang ni pun dah havoc. 

Aktiviti kali ni, kitorang memula plan nak buat kat Eagle Ranch. Tapi last minit ubah tempat atas banyak faktor jugak lah. Aku dengan Qery sebulan sebelum tarikh, pergi tengok tempat untuk dapatkan gambaran. So far memang puas hati sebab tempat dia besar yakmat. Besar la untuk team 30 orang je dapat berkumpul. 

Malam kejadian, aku dengan Qery pun pergi la DIY. Kononnya nak beli la skirt ke, topi ke, hias-hias sikit sebab ada hadiah untuk Best Dress. Walaupun tahu dah takkan menang, hahaha! Tapi saja la memeriahkan keadaan kan. Cari punya cari, jumpa topi, cermin mata dengan bunga seketul je boleh la pin kat topi tu. Jadilah dari takdok. 

Bertolak pagi-pagi tu pukul 6.30 pagi, hantar Izz Qaiser dengan Runako rumah mertua. Yurika aku bawak sebab PA ikut skali jagakan. Bukan taknak bawak Runako dengan Qaiser, kang makan dorang tak tentu arah. Kalau duk rumah mertua terjaga sikit makan minumnya. So sampai Ancasa tepat jam 8 pagi. Tengok kat lobi dah ramai dah yang tukar baju. 

Fieya memang tidur sana, so pagi pukul 8 dia dah standby kat lobi agihkan goodies dan baju. Aku sampai-sampai bawak Yurika naik bilik dulu. Aku nak berlibur kang kat bawah sampai pukul berapa tak tau. Hahaha!

 Nampak tak aku yang bertopi pink tu. Konon ladies la kan warna pink. Bagi can la.
Masa ni ramai tengah tukar baju kat toilet. Yang kat lobi ni semua sibuk bergambar.

 Sementara menunggu pukul 9 pagi kang. Sebab ada briefing pukul 9 katanya. 




Lepas semua dah ready, kitorang terus turun padang. Sebelum acara bermula, kitorang dengar la briefing sesikit and kena buat sorakan kumpulan gaya hakka. Aduhai dah la kumpulan aku semua sejenis lemah gemalai. Dia suh buat hakka pulok. hahaha!

 Kemain over kumpulan kuning. Eh gold ke kunig aku tak tau la. Hahahaha. 

 Kumpulan mak ko hijau. Aku tak pernah satu kumpulan dengan Qery. Syukorrr.. Hahahaha! Kalau tak laki aku ni asik nak berkepit je. =P

 Dan kumpulan Biru yeahhhhh... Nampak tak iolls pakai skirt tu. Ihsan props dari Mekchu.  Mekchu pakai yang labuh, benonya yang pendek tu budak punya. Budak pun budak lah. Balon je. Hahahaha!


 Masa ni tengah prektis hakka. Siap google jap kat youtube. Idea lari kemana-mana tak tau. Haha!

 Ko tengok akak aku yang pakai tudung kuning tu. Umur dia tu kalau masuk legoland ke rasanya dah tahap warga emas kot, hahahaha! Kongajo sangat, tak silap aku umur dia 47 tahun dah. Tapi dia yang paling fit dalam family. So semua orang pun lantik dia jadi ketua kumpulan tanpa ada bantahan.

 Kumpulan acah-acah ada bos besar ni paling diva lah setakat ni, hahaha!

 Aku rasa sungguh tak adik bila dah dapat tahu kumpulan. Mana boleh Qery dengan Ceera (coach) bersatu. Kan berat sebelah tu. Coach hari-hari training okay. Kaklang pun fit, tu ha yang pakai tudung hitam tu pun cikgu memang fit, yang turung biru Iera namanya pun asik pergi run je. Ape ni ape ni. Tak adik sungguh pembahagiannya. Huhu!


Permulaan game kitorang adalah senam aerobik. Aku memang tak pernah buat senamrobik ni gais. Kiranya masa kat skolah dulu pun tak involve semua ni. Tak koso den. Hahaha! Ini lah first time merasa. So jakun sekejap lah..







 
Memang aku hentam je, orang ke kiri aku ke kanan. Orang ke depan aku ke tepi. Eh eh .. Asalkan aku bergerak la kan bukan diam setempat. Okay la tu. Hahaha!


Habis senam kitorang terus mulakan dengan sukaneka. Sukaneka ada 6 game. Game pertama kitorang main lari dalam guni. Siyes la gais, masa sekolah tak perah masuk. Jadinya aku tak tau la tips dia kena bagi kaki kiri kanan buh kat bucu guni. Lepas tu lari laju-laju. Aku dah la orang pertama. Pastu pesaing sebelah laki aku pulak. Dia punya tinggalkan aku jauh. Siap corner tu dia patah balik singgah sebelah aku berlagak dia laju. Nyampah pulak kita nengok perangainya tu. Hahaha!



 Kumpulan Qery la menang. Kumpulan aku no 2. Kumpulan Kuning no 3. Hahaha! Mujur tak last.

Game ke dua, jalan macam monyet. Dia macam datang satu set benonya. Perangai dan jalan macam monyet. Hahahaha! Ko kena kepit bola kat kiri kanan tangan, lepas tu kepit kat kaki satu bola. Pastu jalan la kau sana.


Yang ni kumpulan iolls juara okay. Aku tak tau dah siapa dapat no 2 dengan no 3. Sebab sibuk melompat raikan kemenangan. Hahaha!

Baru dua game, dah penat gila rasanya. Minum sekejap pastu sambung game ke 3. Aku lupa benonya ke 3 ke 4. Aku hentam je lah. Rasanya ke 3 game bina tali terpanjang tanpa putus menggunakan apa yang ada kat badan ko dalam masa 15 saat. Ha apa lagi, berterabur la semua, 15 saat je kennnnn...

 Yang ni aku tak tau sapa menang, sebab semua orang pun baring. Hahaha!

Game ke 4, main hoola hop. Tak tau eja maafkan saya kalau silap ye. Huhu!







 
Yang ni pun kumpulan biru menang ye. Yeayyy!!

Game ke 5 balut mummia, so kita campakkan siapa yang kurus-kurus lah..

 kumpulan kuning

 kumpuan hijau

 kumpulan biru






 

Last sukaneka main baling bola air.








Yang ni kumpulan hijau menang. Kumpulan aku dapat 2 belon je selamat. Hahahaha! Tunggu punya tunggu belonnya tak sampai-sampai kebelakang. 

Ok next game yang macam PLKN aku update nanti. Nak gi kerja dulu. Byeeeeee.

Comments