Team Building Seqy 2018 Ancasa Port Dickson (Part 2)


Lepas habis main acara sukaneka, kitorang terus ke acara obstacle. Kiranya macam larian berhalangan la. Acah-acah latihan tentera gitu. Dulu aku tak join PLKN, tak terpilih. Nasib baik la tak terpilih. Aku bukan suka nau pun benda-benda macam ni, haha! Sesekali okay la. Dah kalau PLKN tu sampai 3 bulan, murung jugak rasanya.

Yang main ni semuanya mak mak. Ko pepaham je la hahaha! Ada 7 halangan. Halangan pertama.


 

Senang kan. Lompat je kat tempat tak berpasir tu. Ini memang macam bukan halangan lah bagi aku. Hahaha! Nasib semua orang lepas..

Halangan ke dua pun senang. Panjat tiang ni je.

Mudah kannn... So semua orang tak tercedera pun masa aktiviti ni. Syukurr.. haha!

Main ni, semua team dah lepas baru kita boleh main halangan seterunsnya. So memang kena tunggu sampai semua orang lepas.

Halangan ke 3. Dah susah dah bagi aku.. Yang hayun tangan cam monyet tu. Adui tak tau la aku apa nama dia.



Ya tohannn, aku masa tengok tu langsung rasa taknak bercakap dah. Hahaha! Stress sebab jari tak kuat. Ecehh.. salahkan jari pulok. Genggaman tak berapa kuar chuolls.. Masa mengandung Yurika tu memang perasan dah tak kuat sangat nak genggam. Tapi bila instructor cakap, kawan boleh support pegang kaki, terus kembali senyuman saya. Hahaha!

Kakjeng berat woiii.. Hahahaha! Dia terjatuhhh gedebuk ke tanah. Aku nak tergelak tapi tahan je sebab rasa klako sangat.

Akhirnya beliau berjaya menghabiskan..haha!

Halangan ke 4. Merangkak pastu atas dia ada dawai tajam tu. Senang jugak yang ni sebab dawainya tinggi..

Siapa yang selalu lawan merangkak dengan anak dia, memang tak tercabar langsung lah. Eleh nak kata diri sendiri la tu, hahaha!

Halangan ke 5, pegang tali hayun macam tarzan tu. Yang ni ramai gila takmo main sebab takut jatuh. Kalau jatuh dalam woiii... Bukan cetek tu.. Instructor kata game ni wakil 2 orang mesti main. Disebabkan nak menyelamatkan kumpulan. So aku pun volunteer la buat. 

  
Lagi sorang aku tak ingat Mizan ke siapa eh yang naik ni jugak. Kumpulan kuning kesian wei. Ada sorang tu termasuk dalam air, sampai atas pinggang tau dalamnya, hahaha!

Halangan ke 6, panjat jaring ni. Mudah jugak.

 Pompuan ni bab panjat-panjat memang kikis kuku je. hahaha!

Halangan terakhir ni paling mencabar. Panjat tembok. Fuh. Yang ni aku tak buat sebab wakil dua orang panjat. Mekchu dengan Cekta yang panjat. Lagi dua orang tolong kat bawah.



 Kemain gembira mekchu dapat naik. hahahaha!


Seronok kot main panjat merangkak melompat semua ni. Sampai lupa la Yurika kat bilik. Hahaha! Dan aku bagi gambar suasana masa tengah main Obstacle ni.

Gambar berterabur sebab aku tak edit. 









































 Ramai yang lepas tu dm aku tanya macam mana nak join ni. Haaaa awak, aktiviti ni dah lepas dah. Haha!

Kalau siapa nak join, jom jadi #teamseqy. Pastu boleh join semua aktiviti yang Seqy buat. Okay. Next Flying Fox dan Persembahan. Aku up next entry lah. Nak letak video kang lama nau pulan nak buffer. Kbyeeee

Comments