nuffnang

Aug 29, 2018

Bercuti ke Medan, Indonesia (Part 2)

Sampai je Hotel kat Green Garden, tidur sini semalam. Kitorang sampai lebih kurang pukul 3.30petang. Aktiviti bebas pukul 7 baru kumpul balik makan malam. Supir cakap mandi la pool, sebab bawak budak kan. Aku pun apa lagi, masuk bilik kemas sikit buat apa patut. Bagi anak susu, masak air panas (rutin mak-mak masuk hotel, ko paham je la)

Tetiba hujan rintik. So tunggu la kejap. Dalam 4.30 camtu baru dapat pergi pool dia. 

Kalau dah bab pool, memang bulat-bulat petak segitiga serah kat Qery. Aku memang takkan jejak la basah-basah ni. Leceh gila sebab kang nak kena siapkan anak pulak dengan aku lenjun, eii koser betul lah. Hahaha!

Qery kalau berjalan, dia memang sangat rajin dan sangat memahami keadaan. Hahaha! Sebab tu aku suka jalan. Anak nak mandi pool dia yang susah payah jaga. Anak berak dia cuci. Aku senang banyak kot. Aku cuma tunggu di persisiran sambil ambik gambar. Mudah kan tugas aku. Hahahaha! 

Tunggu punya tunggu Diaz Fieya Syah Cepul Pakmak mertua, tak keluar-keluar dari bilik. Rupanyaaaa semua tidur. Cis.. Apalah gunanaya berjalan kalau tidur weiii.. Hahaha! Tapi Diaz memang selsema waktu tu. Elok pun dia tak mandi. Sini cuaca dia macam kat Cameron. So kalau kau terjun pool ni memang beku. 

Anak-anak aku selalu taknak keluar pool. Dorang mandi tak sampai sejam, mintak balik bilik. Haha! Jarang terjadi. Memang sejuk gila la. 



Lepas tu dah mandi, bersihkan dorang tukar baju sambil tunggu pukul 7 petang. Suruh bebudak tidur jap. Yang tidur Yurika dengan Runako je. Izz Qaiser memang tak la dia nak tidur. Itu sejenis mata mak dia. 

Malam tu pergi makan kat mana entah. Gambar takde ke ada. Gambar aku selfie ada la.
 Boleh la tu kan, kahkahkah!

Dorang ni kemain banyak ambil gambar, tapi tak hantar tak group tau.. So takde la pic makan malam. Lantok sana. 

Esoknya pagi-pagi pukul 7 dorang dah ketuk pintu bilik aku ajak sarapan. Aku dengan Qery memang jarang gila la sarapan. Selalunya memang malas pun sarapan. Aku ni masalah kang sarapan sakit perut la apa la. So baik takyah. Kang leceh nak mencari toilet.

 Disebabkan hari tu hari Merdeka Indonesia, so aku support sikit la pakai shawl merah. Haha!



Dari Brastagi kitorang terus menuju ke Danao Toba. Danao Toba ni macam Pulau la. Tapi Pulau dia 2 kali ganda dari Singapura. 2 kali ke 5 kali. Aku pun tak berapa dengar. Aku dengan 2, Qery dengan 5. Apa pun ianya tetap besarrr.. Huhu!

Perjalanan dari Brastagi ke Danau Toba lebih kurang 3 jam. Jadi kitorang pun sepanjang perjalanan memang banyak mengucap lah. Jalan sempit, berliku, celah mencelah, laju pulak tu. Haa tepukk...

Singgah dulu kat Si Piso-Piso. Sini orang darang sebab ada air terjun.


Tempat air terjun ni dia buat cantik-cantik, orang boleh turun sampai bawahhhhhh sana tu. Jauh gila ye. Curam pun ye, gayat aku tengok. Anggar cakap...

"Sini kalau mau turun setengah jam kakak, tapi kalau mau naik setengah mati"

Aku fikir berapa lama la naiknya, sekali setengah hari ke, ghopenya dia buat lawak..hahaha!

 Tudung aku dah terbang-terbang. Angin dia kuat gilaaaaa..



 
Si Anggar suruh buat macam muntah. Aku pun turuti. Hahaha! Bagus Anggar ni, kat sana dorang ada photographer yang memang tunggu customer nak bergambar. Memang dorang dah ada gaya-gaya cun la. Macam kita yang pertama kali datang ni takde la tau cemana nak gayakan. Tapi Anggar ni bagitau kitorang trick dia cemana semua. Dia yang ambilkan.. Dasyat muntah aku, siap ada pelangi. Hahaha!

 Kecik beso kecik beso aku tengok dorang ni kat hujung-hunung curam tu.




 
 Laki aku, banyak je gambar yang elok, yang ni jugak dia nak upload kat facebook.

 Mata tertutup la.


 Dah elok, Yurika pulak pandang belakang. Huhu!


 Beli biksut Meri bebudak kat sini sebab dorang makan banyakkkkk biskut. Saja buat stok. Pastu biskut dia sedappppnya. 

Lepas tu kitorang singgah makan seafood tepi jalan otw ke Danau Toba.

 Sedap gila manisssssss je.

 Disebabkan Syah Cepul dan Ayah tak makan ikan, jadi kitorang kena makan banyaaaakkk nak habiskan bahagian dorang tu. Hahaha! Puas gila la makan pun. 

 Tapi the winner ofkos lah mak buyung hahahah!

 Tunjuk air terjun tadi. Kecik bona.

Tu betul-betul kat hujung jari kak Sepet. 

 Tepi tempat makan tu ada la tebing. Dah la tak ada benteng, kalau jatuh sia-sia je gais. Qery boleh ajak anak-anak bergambar kat situ. Gugur jantung aku. 

Kau tak tau betapa kuat aku menjerit. Hahah! Sudahnya aku masuk van sebab tak boleh bla wei tengok. Boleh sakit jantung sakit jiwa.

Haihhhhh, tak tau la sayaa... hahaha! Pastu Qery tak habis-habis cakap kat tepi tu ada lereng sikit bukan terus jatuh.. Ehhhhhh aku dah malas nak dengar sebab stress.. huhu!

Dah makan tersukan perjalanan. Benti jap bergambar kat tepi jalan. Sini pun jalan kecik sangat. Aku tak turun sebab bahaya bawak budak-budak. Lagipun masa ni Yurika tidur. So Qery je keluar dengan Syah n Fieya. Bebudak semua duk dalam kereta. 









Tepi jalan ni tanah persendirian. Dorang buat lawa-lawa untuk kita ambil gambar, tapi kena bayar la. 5ribu rupiah. Singgit lebih kot. Tapi untuk basikal ni 10ribu rupiah Rm3 la lebih kurang, sebab dia mahal sikit dan memerlukan perkhidmatan orang untuk jaga.


Qery dia ambil gambar je, tak berani nak ride. haha!

Ok bersambung entry...

Untuk supir korang contact
KLIK INI (wasap)
Kalau nak tengok instagram KLIK SINI.

P/S : Promosi Cinta Merdeka Seqy
(Sempena Merdeka dan Ulang Tahun Perkahwinan Sepet ke 5)


LIP MATTE RM25 RM19
GINCU RM39 RM24
SHE COLLAGEN RM85 RM60

1 comment:

Cuticuti Medan murah said...

Terima kasih puan sepet, insyaallah Ade umur panjang Ade Rezki kita boleh jumpa lagi.
Salam untuk family semua. Semoga sihat dan selalu dalam lindungan Allah SWT. Aminnn