Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 18, 2017

Kisah Check-Up



Semalam pergi check up. Ok actually aku dah dua bulan tak jumpa doktor. Last jumpa bulan May sebelum puasa lagi. Masa tu doktor ada cakap kat aku nanti bulan puasa ada satu check-up, bukan buat kat klinik tapi kena pergi hosital untuk scan baby. Scan tu aku tak ingat nama apa, tapi macam fungsi dia untuk detect kalau baby kita sihat atau tak la. 

Nak dijadikan cerita, dah nama pun bulan puasa kan. Lemau la aku. Haha! Takde la sibuk fikir bila appointment, otak aku asik fikir nak berbuka makan apa je lah. Dasar sangat kan. 

Pastu, kebetulan lagi orang bank dari cimb asik kol je suruh ambik insurance lah apa lah. So aku malas la nak angkat tepon kalau ada nombor-nombor yang tak dikenali. Rupanya yang kol berkali-kali selepas tu nurse kat spital rupanya. Hahaha! Tapi bila tarikh dah terlepas so aku pun biarkan je la.

Tunggu je la appointment masa raya. Dah raya pun aku lupa ada appointment. Patutnya 7haribulan, tapi langsung tak ingat. Klinik pulak tak bagi aku card, so aku memang bergantung harap untuk dorang call remind je la. Pastu agaknya dorang ada kol, aku pulak tak perasan ke apa kan. Huhu!

Pastu kebetulan lalu klinik, terus masuk mintak set date lain untuk appointment. Takut la kena carut dengan nurse sebab dah dua bulan kot tak jumpa doktor. Huhu!

So semalam, adik jaga kaunter tu tanya kenapa akak tak datang check up kat hospital. Berhuhuhu je la aku. Aku pun cerita la kisahnyaaaaaaaaa. Aku budget baru 29 minggu, malas nak kira berapa minggu sebab kali ni pregnant doktor kata adjust dari size baby la apa la kan. So lantak sana la dah berapa minggu pun. Yang penting baby sihat je dah cukup dah.

Masuk bilik doktor, dia cek katanya dah 31minggu. Lols.. Cek ukur lilit kepala macam biasa, size badan size peha. Doktor kata baby kecik dari abang-abangnya. Dulu Runako masa aku 33 minggu berat baby dah 2.5kg camtu kot. Mengandung sekarang 31w berat baby baru 1.3kg. Tapi doktor cakap takpe masih normal lagi.

Masalahnya, aku yang rasa mengah sangat ni kenapa laaaaa. Hahaha! Kalau naik tangga tu, tak boleh mandi terus. Kena duduk bertenang kat katil jap ambik napas. Over sangat kan. Macamkan esok nak beranak mengahnya tu. Ke sebab aku kurang aktif. Ke sebab beranak dekat-dekat. Ke sebab melayan kerenah dua anak kecik. Ke sebab semua skali. Haha!

Baru mengandung tiga orang dah mengah camni. Aku plan dengan Qery beranak je selagi mampu. Konon umur dah 35 boleh la stop rehat. Siap beriya la aku buat kiraan berapa boleh keluar lagi baby kalau umur 35. Haha! Kawin 4 tahun Insyaallah ada rezeki 3 anak. Ada lagi 6 tahun tu nak sampai ke umur 35. Takkan la 7 orang anak aku. Ish mampu ke nak meneran ni. haha!

Tapi bila dah ada ketiga ni, nanti aku nak mintak opinion doktor lah. Boleh sambung cam biasa ke (haha) atau suggest tunggu dua tahun dulu ke. Sebabnya aku risau la sekarang ni macam-macam berita pasal orang mengandung, orang berpantang. Seriau baca. Tapi tu lah kan, kena bebetul jaga kesihatan la sekarang. Makan benda berkhasiat selalu. Kena ambik la jugak kot supplement macam air gamat ke (wekkk) atau pati ayam ke (wekk) atau minyak kelapa dara ke, atau habbatus sauda ke. 

Kadang aku ni cakap je, beli bukan main lagi. Yang nak makan tu laaa tak ingat la, malas la. Perangai apa tak tau la. Lepas ni kena makan jugak la. Kali ni pregnant aku makan calcium okay. Pencapaian terbaik la buat masa sekarang. Haha! Nantilah beli obimin ke apa. 

Qery semalam bising cakap aku tak cukup khasiat tu sebab baby kecik. Eh kecik beso kecik beso je aku nengok dia. Nasib la suami kannnn...

Eh okay lah. Banyak sangat bebel pun mengah ni. (hahaha over penipuannya) Bye bye

1 comment:

nor hidayu said...

Saya pun ngandung dekat2 kak.. haha. Last2 anak ke 3 ni da jarak sikit da.. sebab xlarat ����