Jul 12, 2014

Shopping Raya

Sebenarnya aku tak ada nafsu pun nak shopping baju raya. Tapi paksa jugak beli sebab aku perasan lately ni aku tak boleh berdiri lama sangat. Tumit sakit. Huhu! Tapi setakat jalan 3 4 jam okay la tak ada masalah cuma ada masa aku ajak Qery duduk sekejap rehat. Kalau dah berjalan dari tengah hari sampai malam i is cannot stand anymore. Huhu!

Mula-mula ingat nak beli last minit, tapi dah gini gayanya takyah la. Beli je sekarang. Mahal sikit pun telan ailio je. Lagipun tahun ni Qery blanje semua dari top to toe, auuwww suka sangat. Nak suruh Qery belikan, taste kami tak sama. Aku takut dia beli yang aku tak suka, plus dia tu suka sangat beli baju aku kecik. Dia bajet macam aku muat lagi. Atas memang muat, sampai ke perut fail. Dari membazir, baiklah aku pilih sendiri.

Beli pun kat The Mines, itupun cari asing, skirt biasa dengan baju. Pastu beli jubah selai. Singgah pulak Ampang park, beli jubah lagi tapi yang free size tu. Terjongkit sikit bahagian depan. Lantaklah. Sebab aku pakai inner kat dalam. Boleh la cover sikit. Tudung je belum beli. Qery kata dia dah belikan aku shawl online. Berdebar2 aku nak tengok shawl tu. Hahaha! Qery ni taste dia kan pelik sikit.

Oh cerita pasal taste kan. Aku bagitau Qery yang taste aku bagus, sebab tu aku dapat dia. *nak kata laki sendiri hensem, kahkah*. Pastu aku cakap la taste Qery buruk sebab tu dapat aku. *kutuk diri sendiri takpe*. Lepas tu dia cakap bukan buruk, tapi taste dia unik. Sebab tu dia pilih aku. 'hidung kemek, mata sepet, kan unik tu'. Selamber je dia punya unik. Nasib baik aku redha je. Haha!Kuih raya ada la beberapa balang dah beli.

Tahun ni singgah kedai baju lelaki, rasa sayu sangat. Selalunya kalau nampak baju kemeja yang lawa, mesti aku belikan untuk abah. Kali ni bila nampak terus rasa down. Huhu! Hati tu meronta sangat nak belikan untuk abah. Siap bayangkan kalau abah pakai mesti hensem sangat. Tapi tu la, bayangkan je la yang mampu pun. Terasa sangat sebab setiap kali nak raya mesti abah pesan belikan seluar baju seliper tali pinggang raya dia. Dia suka aku belikan sebab taste Qery memang kena sangat dengan jiwa abah. Selalu baju arwah abah aku suruh Qery pilih. Hihi! Mesti abah suka. kasut jogging abah pun kalau Qery pilih mesti abah suka sangat.

Baru-baru ni, ada satu malam tu kan, aku cakap dalam hati je, rindu betul kat abah.  Aku kesal sangat sebab saat2 akhir hidup abah aku mabuk teruk. Tak dapat nak buat apa sangat kecuali jenguk n tengok2 dia. Malam tu tidur, aku mimpi abah pegang tangan aku, bawak aku jalan-jalan. Dalam mimpi tu kan, boleh rasa panasnya tangan abah. Tapi aku tau tu mimpi, jadi aku diam dan bersyukur sangat dapat mimpi abah. Abah pun tak bercakap, dia senyum je. Haih dah takyah cite pasal arwah abah. Kang sedih pulak. Huhu!

Emak pulak tak sama taste dengan aku. Haha! Kalau aku beli ada je tak kena. Tahun lepas bawak mak shopping suruh pilih sendiri je senang. Tahun ni andak kata dia nak bawak mak shopping. Aku nak bawak macam dah tak larat pulak nak jalan. Tengok la camne nanti. Tak boleh nak janji. Huhu!

Tadi pegi Tesco, berbuka sana je. Lagipun nak beli tudung pakai kat spital. Aku kan takde tudung express yang jenis sarung tu. Semua shawl je. Dulu pernah beli kat situ tudung express tapi size S kecik sangat. Itu aku pakai kalau shawl jarang sangat ke apa. Tapi tak sesuai la nak pakai gitu je. Pendek kebeno. Jadi tadi cari size M dengan L. Alahai betul2 tutup dada. Cam tak selesa jugak. Sekali hamik kau beli size XL, terus boleh jadi ustajah tau. Hahaha! Labuh dia memang terbaik la kan. Selesa je aku pakai. Nanti kat spital senang orang datang sarung je tudung tu. Takyah nak berbelit bagai. Kalau ada saudara mara kawan2 datang jangan terkejut pulak ingat salah bilik tengok ada ustazah pilihan mana ni. Muahahaha!

Okla, saja nak membebel malam2 ni. byebyebye

p/s : sapa yang dapat free krim ibu putih (warna pink/putih) masa beli trial tabita tapi tak tau guna boleh singgah instagram sepetsshop tau. Baru je up kan cara pakai.

8 comments:

Hidup Haira Je said...

ala.. rugi nye.. kte beli kombo.. huhu. nak trial gak la nanti. bagi free gift sama ek? boleh gitu? huhu

Shazwani Ramly said...

Tak sabar nak tengok akak pakai baju raya, mesti comel je ibu mengandung ni kannn. hihik. Semoga baby dengan akak sihatt.

Mass said...

Yer la ustejah pilihan...ustejah sepet.heheee

syamimihaziqah said...

Sedih baca pasal arwah abah kak Sepet. Huhuu. Sabar yekk. Al-fatihah

Rizziela said...

tak per..masih ada masa..kami baru shoping sikit2..ada lg yg nak kena cari... Tudung tu mesti last sekali yg beli

salwana nordin @ che'wa said...

alhamdulillah semua dah settle ye..

takpe pakai labuh pun yg penting aurat terjaga :)

Nurul Afzan said...

Beli baju raya awal-awal memang best sebab tak stress & still banyak size & design. Kang beli hujung2 puasa ape pun tak de..

Unknown said...

Dalam menyambut raya tahun baru ini ayuh kita berikan sedikit sumbangan kepada anak yatim dan asnaf miskin serta ibu tunggal. Ayuh taja seorang anak yatim hari ini melalui Program kendalian Projek Iqra' shopping raya 2015. Ayuh ke blog saya untuk mendapat maklumat lanjut. Jalalboy