Aku update waktu malam, tapi publish pagi esok. Saja nak bagitau malam ni super boring. Sebab Qery lepas Isya' terus tidur kejut tak nak bangun. Aku ni dah la nak borak-borak. Lepas tu tak ada kawan nak bercakap, dah tak senang duduk. Tengok tv pun boring, main game pun boring. Nak baring tak boleh nanti senak.
Puasa hari ke tiga berbuka kat rumah sendiri je. Dah plan dengan Qery, raya pertama rumah mak dia, raya ke dua rumah mak aku, raya ke tiga kat rumah sendiri. Macam tu lah rutin hariannya. Tapi tengok jugak macam mana, kalau hari yang rasa penat gila, berbuka rumah sendiri je la lagi senang.
Semalam rasa ok sikit puasa, tak rasa lapar cuma dahaga je la. Normal la tu. Dah buat kerja semua, duduk kat sofa then tanya baby dia larat tak, padahal aku yang tak larat kan. Kahkahkah! Bila tengok dia gerak-gerak tu maknanya ok la. Oklah nak, mak kau puasa jangan risau. Berlapang2 lah kau kat dalam tu, nanti dah berbuka dah sempit sikit kena himpit dengan makanan. Huhu!
Memandangkan nafsu makan macam gorilla. Kat rumah aku dah terfikir-fikir nak makan apa. Teringat gulai kawah yang sedap tu. Macam kena repeat je. Muahahaha! Tiap kali beli gulai kawan mesti Qery ingatkan aku yang arwah abah suka gulai kawah. Terus rindu jekat arwah abah. Memang dari dulu pun, kalau puasa abah akan cari gulai kawah, mak masak la banyak n sedap mana pun, tetap abah akan beli gulai kawah feveret dia. Hihi! Ok dah takyah ingat.
So berfikir-fikir nak beli gulai kawah dengan siput sedut. Pastu nak minum air tembikai. Lepas tu kena beli rangka ayam untuk Qery sebab malam sebelum tu dia teringat2 rangka ayam. Whatever lah. Kena keluar awal kalau tak nak berbebut. Selalu kitorang pergi param pukul 4.30 camtu, so orang tak ramai dan banyak pilihan makanan lagi. Kalau kau datang pukul 6, memang tak nampak dah jalan raya. Nak jalan pun langgar bahu orang. Kedai pun tak nampak, semua dikerumuni. Huhu!
Sampai sana, memang kitorang tuju benda yang nak dibeli je. Sekali ada pakcik yang jual ulam naik lori. Pakcik tu memang dari tahun tahun lepas pun ada. Cuma kali ni puasa ke 3 baru dia ada. Aku syak dia sakit kot. Sebab dulu dia jual sendiri, kali ni dia bawak isteri dia tolong. Dia duduk je kat tepi. Peniaga2 lain ada jugak la yang dah kenal muka. Sebab selalu beli kat situ je pun.
Sekali balik-balik tengok Ohno banyak gilakot beli. Bila masa Qery beli kuih entah, aku ni takda la suka makan kuih sangat. Beli banyak pulak tu. Sudahnya, makan jugak la. Jangan membazir. Hihi! Dan aku up kan gambar kat ig n fb.
Rangka Ayam, Siput Sedut, Pucuk Paku, Gulai Kawah, Ayam Golek, Ulam, Kuih Muih, Air Tembikai
Gulai Kawah licin, Ayam rangka licin, ulam licin, sayur separuh je sebab aku je makan, Qery dia dah tak nampak dah sayur kalau ayam depan mata. huhu! Kuih pun separuh, ayam golek pun separuh, siput sedut separuh jugak.
Yang separuh tu makan masa sahur nanti. Kenyang gila perut aku. Lepas tu terus membuang sebab terlebih muatan. Haha!
Pastu terbaca komen Ceera kat fb.
Muahahaha! Terus aku teringat kuih yang dia beli kelmarin. Aku dengan Ceera puasa ke dua berbuka rumah mak. So dah janji la aku beli lauk, sebab mak tak masak, then Ceera beli kuih. Sekali kau tau tau la Qery ni suka nau beli kuih. Jadi ada la dua tempat, kuih ceera beli dan kuih aku beli.
Aku tanya la dia beli kat mana. Pastu dia cakap Ceras baru. Aku buat muka 'ek eleee ceras baru je, mesti tak sedap' hahaha!
Lepas tu, masa ceera makan kuih yang dia beli, dia buat muka 'urghhh sedap sangat kuih ni, cuba kau rasa Na'
Aku pun rasa la sebab tiap kali dia makan dia akan 'ish sedapnya'. Psycho. Aku makan rasa biasa je. Sengaja nak suruh habiskan kuih beli kat kg ceras baru dia tu. Hahaha! Lepas tu bangga sebab kuih dalam pinggan dia luak banyak konon sedap sangat. Menyampah sangat. Huhu!
Ha tetiba cerita pasal kuih, sesuatu sangat.
Esok tak tau la nak makan apa pulak. Mungkin nasi kerabu je kot. Malas aku nak fikir. Pukul 5 nanti nak bangun sahur, Qery dia dah simpan roti john dia nak makan sahur. Aku la yang terpaksa habiskan lauk2 separuh tadi.. Ok la, nak tido, bye
p/s : tabita semua pos Khamis ye. Kecuali set trial kecik dan regular. Boleh pos harini. Kbye
4 comments:
kenapa raya pulak..? " raya pertama rumah mak mentua raya kedua rumak mak,raya ketiga rumah sendri.." amboihhh tak sabar nak raya ni..hahahah
hihihi.. ini mengingatkan akk suatu masa dahulu di mana terpaksa menghabiskan segala lauk pauk dan kuih muih yg dibeli encik suami. Tapi cukup2lah dulu akk jadi tong sampah.. dah makin berumur ni makin tak larat nak makan banyak, hihi. Kalau berbadan dua, takpe Sepet.. makan jer banyak2.. rugi tak makan!!
sepet cita pasal puasa, tetiba raya pertama raya kedua raya ketiga. tak sabar nak raya lettew. haha
Banyaknya lauk. hahahaha. Makan kenyang sangat tu kak. Baby dalam perut pun kenyang.
Post a Comment