Huaaaaaa, rasa bernapas sikit. Order harini masuk satu persatu. So tak kelam kabut aku nak reply. Selalunya masuk sekali harung. Itulah tak ada masa nak buat benda lain. Harini Allah nak bagi aku lek lek sikit kot. Hihi! Dah dapat rehat sikit, boleh la nak bukak laptop. Kalau tak jangan harap. Aku kalau kebizian melampau, kalau tak ada apa-apa benda urgent nak update, memang aku tak nampak dah laptop. Huhu!
Isnin lepas ofkos order banyak, sebab sabtu ahad cuti kan. Order yang hari Sabtu dengan hari Ahad tu campur sekali dengan hari Isnin, kebetulan pulak Selasa cuti Nuzul Quran, ada yang dapat bonus. So Isnin tu porject order besar-besaran kot. Hihi! Memang tak menang tangan langsung. Itupun Qery dah tolong balut barang-barang.
Pukul 4 keluar rumah, setel pos pukul 5 lebih camtu. Dah call mak nak berbuka sama. Bagitau takyah masak, aku beli je kat param. Punyala jem jalan. Nasib baik sempat sampai rumah sebelum berbuka. Pukul 7.15 kot sampai rumah mak. Kelam kabut hidang. Ngam2 azan terus boleh makan. Huhu!
Abang aku si Ateh tu tau aku nak makan kat rumah mak, dia dah siap2 belikan durian. Ekceli dulu aku tak suka durian sangat, tapi aku makan la seulas gitu. Tak ada la sampai tak makan langsung. Tapi tetiba masa ngandung hujung2 ni boleh pulak makan 3 4 5 6 ulas. Hehe! Tak brani la nak makan banyak-banyak. Panas kan..
Borak-borak kejap. Lepas tu terus ke Bukit Beruntung jumpa kawan Qery yang dah lama terpisah. Hihi! Takpe la. Nak ikutkan Selasa tu cuti, so aku bagi je la dia lepak, lagipun kawan Qery tu pun aku kenal jugak. Zaman2 bercinta tahun 2009 gitu dah kenal, then kawan dia tu pindah. So lama tak jumpa. Hamik kau, pukul 4.30 pagi baru balik rumah. Sahur terus tido. Huhu!
Hari Selasa punya cite entry lain lah. Nak cerita semalam mintak tolong Qery ketipkan kuku kaki. Aku dah rasa susah nak bongkok nanti perut senak. Tapi boleh je kalau nak lipatkan kaki. Saja mengada2 nak Qery buatkan. Kekekekeke!
Qery pulak tak pernah ketipkan kuku orang. Aku cakap takpe, tak potong habis pun takpe. Asalkan pendek sikit. sebab rimas aku tengok kuku aku ni. Dia pun dalam keadaan rela terpaksa buat jugak la. Huhu!
Sekali, tengok dia berpeluh2 nak ketip, peluh kat dahi, kat tangan. Hahahaha! Kemain risau kalau terketip kulit kaki aku. Tapi memang dia ketip kulit aku pun. Sakitnyaaaaaaaa... Kahkahkah! Tapi aku buat muka rilex je, sebab nanti kang dia trauma nak ketipkan lagi. Qery ni memang jenis kasar tau. Jadi benda2 remeh yang biasanya perempuan buat, dia boleh buat, tapi kasar gila. Kita tuang air tak tumpah, dia mesti akan tumpah punya. Kadang2 aku perhatikannnn je. Kalau tumpah pun aku pandang je, saja biarkan dia buat, bagi dia biasa sikit.
Kalau dia bergurau, kadang2 dia rasa dia tepuk pipi aku manja2, tapi biasa la tangan lelaki kan kasar. Sakit jugak la pipi aku. Tapi tak ada la dia bagi penampar macam lempang ke apa. Dia kata dia suka pegang pipi sebab pipi aku lembik. Tapi tiap kali dia pegang pipi aku rasa macam kena tampar, haha!
Tapi tak kisah la, sebab dia jenis ringan tulang. Semalam perut rasa keras gila. Tak selesa nak tidur, tapi sebab penat sangat, terlelap jugak akhirnya. Huhu! Qery dah cuak2 takut sakit nak beranak ke apa. Aku bagitau perut keras je sebab baby banyak gerak. Kang kejap2 dia tengok aku ok ke tak. Lawak je rasa.
Ok lah. malas nak upload gambar. Nanti baru cerita pasal berbuka rumah kawan, lepas tu pasal tabita fake ori tu pun next entry. Byebyebye
No comments:
Post a Comment