Korea : First Time Tinggalkan Suami dan Anak-anak

Ahad lepas, aku bertolak ke Korea dengan ada satu team ni. Ekceli ni semua under Gov. Macam mana aku dapat tu, biarlah rahsia, wakakakaka...



Aku anggap ni rezeki la. Sebab aku dapat tau peluang ni pun dua minggu sebelum bertolak. Patutnya aku nak Qery je pergi. Sebab kalau aku yang pergi, akan ada macam-macam benda yang rumit la.

Qery pergi sekolah pukul 6.45 dah keluar rumah. Sekolah Izz Qaiser pulak boleh start hantar pukul 7 pagi. Yurika pulak taknak dengan nenek. Pastu memang kelam kabut la bagi aku. Kalau Qery yang pergi Korea, semua takde masalah. Sebab anak aku jaga. Aku jaga bebudak memang sap sap soi. Wah berlagak kan, haha!

Tapi disebabkan Cikgu tak boleh apply cuti lambat, lamaaaaa pulak tu. Qery tak dapat la cuti. Kesimpulannya aku jugak kena pergi. Aku tak nak bawak Yurika sebab kalau bawak Yurika apakah ertinya. Yurika memang menyusu dan tak minum susu botol. 

Tapi dia minum milo n susu dutch lady sejuk. So aku bagitau Qery, bekalkan milo dan susu sejuk untuk dia. Kerap bagi dia makan sebab dia suka makan. Bibik aku pesan suruh datang rumah mak haynya untuk jaga Yurika je, sebab Yurika hanya nak dengan bibik je.

So berlepas la aku ke Korea Ahad tu, aku pas tanggungjawab semua kat Qery. Qery ni memang sebenarnya pandai jaga anak. Dia kan cerewet cm pompuan, so sifat pandai jaga anak tu memang ada. Cuma normal la lelaki suka ngelat sesikit, hahaha!

Kan aku ke Korea ni under gov, so memang trip ni layanan dia actually agak VVIP sikit la. Tujuan aku ke Korea untuk tengok peluang apa yang ada kat sana, yang tak ada kat sini. Tengok teknologi dorang, apa bezanya dengan kita kat sini.

Kesimpulan apa yang aku nampak, memang ada banyak perbezaan.

PERTAMA.

Malaysia kebanyakkan produk kosmetik, menggunakan bahan chemical yang sangat kuat. Mengubat luar epidermis. Kiranya nak kulit cantik, putih, gebu. Merawat kulit, macam yang kita biasa dengar la. Rawatan dia hanya untuk komposisi epidermis dan kalau masuk pun sampai layer ke berapa je lah.

Korea, rawatan macam ni bukan zaman dia dah. Ini sejak zaman tentera bergajah abrahah lagi, hahaha! Sekarang dorang punya teknologi untuk merawat dalaman dulu. Sebab dorang percaya, kalau nak luaran elok, dalaman kena rawat dahulu. Bagi dorang, apa yang KORANG LETAK KAT MUKA, ADALAH APA YANG KORANG BOLEH MAKAN. Camtu sekali. Benda tu mesti selamat sampai korang sendiri boleh telan kosmetik tu. Gituuuuuu

KEDUA.

Malaysia, ko buatla produk merkuri ke, produk tiruan ke. Tak ada apa pun terjadi. Gov kita tak kisah sangat. Yang penting ko bayar tax, kohkohkoh.

Korea, dorang ni STRICTLY NO TIRUAN. Mana-mana yang dapat tangkap buat produk kosmetik tiruan, gudang dorang akan DIBAKAR, dan dorang TAK BOLEH BERNIAGA SEUMUR HIDUP.

Jadi, dorang memang berhati-hati untuk buat produk. Sikit kesalahan dalam produk dorang, boleh effect kesan seumur hidup dorang. Sebab tu dorang memang tersangatlah pentingkan kualiti. Dorang punya rakyat ramai. Dorang punya struggle untuk hidup lebih susah dari kita. Sebab tu dorang memang bebetul kena pandai dengan apa yang dorang buat.

KETIGA.

Malaysia, kalau ikutkan, setiap 6 bulan kita akan buat satu produk. Sebab produk kita akan viral dan boleh jual paling kurang dalam tempoh 6 bulan ni la.

Korea, produk baru akan keluar 1-3 bulan sekali. Setiap hari akan ada upgrade, dan ofkos teknologi dia berpuluh kali maju ke hadapan.

Ada banyak benda aku belajar kat Korea, kenapa kedut mata terjadi, bukan semata kulit ko kering maka terjadinya kedut. Tapi daya gariviti yang kuat, bila energy dalam kulit dah kurang, dia tak dapat tampung kulit kita. sebab tu kulit kita jatuh. Ehhh nak cerita panjang tapi macam tak sempat pulak ni, haha!

Nanti la aku cerita lebih lanjut. Tunggu aku bertenang memalam sikit. Masuk gambar best sikit. So harini aku cerita introduction je dulu. Kalau korang berminat nak tau ilmu yang aku dapat kat Korea ni, tungguuuuu....

Comments

sarah said…
wauu hebat teknologi sana. pengeluar kosmetik malaysia ptt amik ilmu tu..semoga sepet dpt aplikasikan dalam produk sepet.
Kakak Navigator said…
wow hebat nya org Korea nun disana pasal strictly no tiruan tu ....kenapa malaysia x buat mcm ni