Sepet ni memang kongajo sikit. Dah berbulan-bulan baru nak update. Itupun sebab booth yang ke 3 dah nak bukak Sabtu ni, oih tak boleh jadi. Aku kena update jugak booth yang ke 2. Kalau tak harus kena caruts dengan Qery, hahaha!
Booth kat JB ni ekceli aku dengan Qery memula tu fikir banyak kali jugak la nak pegi. Bukan apa, perut dah makin membesar tu tak ada masalah pun. Aku okay je tak rasa pun akan beranak awal ke apa, sebab kalau ikut keturunan mak aku, memang jarang sekali lah beranak awal. Mak aku beranak 9 orang pun tetap ikut due date takpun terlebih date walaupun laluannya dah berkali-kali, kehkeh! Yang berfikir panjang ni sebab nanti terpaksa nyusahkan family mertua. Nak kena bawak dorang sekali sebab aku ni jenis ke mana-mana nak bawak anak.
Tak sampai hati woiiii 3 hari tinggalkan anak. Mertua aku tak kisah pun nak jaga cucunya, tapi makpaknya yang kisah, kahkahkah! Kalau tinggal kejap-kejap urusan kerja ok lagi. Dah besar sikit tak tau la kan, tapi buat masa ni ikutlah mak kau ni ke mana saja ye nak. =P
So perjalanan dari KL ke JB memang lah lancar alhamdulillah, kecuali masa kat Seremban tu lama gak lah terkandas. Jem sampai sejam setengah kat situ je. Tengok kat google map tulis situ ada kemalangan. Tapi bila lalu tengok dah takde apa. Cuma nampak lah bekas-bekas kaca terabur semua. Rupanya tengok orang duk share kat FB ada kemalangan teruk lori dengan apa tak ingat.
Bertolak dari KL lepas solat Jumaat, sampai sana pukul 9mlm. Nangislah dalam hati. Hehe~ Eh lupa pulak nak bagitau. Booth kat JB tu bukak 3 hari. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kitorang tak dapat lah nak join full hari Jumaat, sebab Qery kan sekolah. Takkan lah nak ponteng pulok. Huhu! Nasib baik ada Lina yang boleh arrange set up semua. Kalau tak kelam kabut gak kami pikio kan.
Sampai je Plaza Angsana, terus mencari booth.
Gambar banyak dah share kat instagram pun. So apa yang aku share ni hanya gambar dalam camera Sony, kalau nak campur dedua gambar camera fon sekali memang rasanya aku takkan update dah sebab muntoh tengok gambar banyak sangat, huhu!
Izz Qaiser dah serabut alam dah rambut dia. Dengan pampers dah melayut-layut. Tak tukar dari petang, hahaha! Mak kau lupa nak tukar masa kat perhentian.
Abaikan muka aku ye, ada je gambar iolls yang jelita, tapi malas nak edit (eceahhh, padahal nak cover line hidung kembang, kekeke)
Qaiser pantang nampak tulis-tulis camni, mulalah nak mengeja. Pastu nenek and atuk bawak dia round Plaza Angsana, mak paknya dah boleh bajet-bajet bos kejap kat booth.
Booth dia memang open habis lah. Janganlah korang bayangkan booth yang ada penghadang dinding tu ye. Haha! Dah kata pun kat shopping mall. Haruslah open gini. Nasib baiklah kitorang ada backdrop, so takdelah nampak kedai belakang bersusun baju Nora Danish bagai. =P
Eh tersesat gambar anak teruna ku mengorat #teamSQB yang gigih buat sale, haha! Oh budak dua orang ni student kat JB a.k.a dropship kami. Aku memang tak kenal lah dengan dorang ni, sebab yang arrange semua Miss Lina. Masa ni lah aku interview dorang ni, duduk mana, belajar apa, umur berapa. Sebaya anak buah aku si Ika. Bagus bebudak ni, pandai cari duit sendiri. Sejuk perut ibu mengandung, perut Kak Sepet pun tetiba sejuk sekali. Tetiba sangat kann.. Hihi!
Sibuk nak cek sale hari Jumaat, masa ni kedai nak tutup dah.
Memasing bizi nak updae instagram. hihi!
Team Seqy Beauty, dah memalam pun gigih lagi.
Borak jap dengan Lina, pasal apa tak ingat.
Penuh barang Seqy Beauty, haha!
Masa ni Qery pas camera kat adik dia. So dorang semua teruja bila tengok gambar kat camera. Katanya lawa gila gambar bersinar-sinar. Haha! Jadi dorang pun apa lagi....
Mulalahhh buat perangai tak sedo diri, hahaha!
Sampai terbalik plate Seqy Beauty tu. huhu!
Kenapalah aku tak perasan dorang ambik gambar, kalau tak boleh join menggedik jugak, ahaha!
Dua kawan baik sejak sekolah ni.
Sebab dah nak balik, so jom ambik gambar ramai-ramai.
Ok semua orang boleh berambus. Haha!
Bila sebut berambus ni mesti teringat zaman kerja kat spital. Aku kan kerja dengan kawan-kawan bangsa Cina. So ada sorang ni dia memang kalau suruh pegi rehat atau suruh balik, dia akan cakap camni, 'Hana, pegi berambus, rehat rehat rehat', takpun 'Hana, balik lah berambus sana'. Hahaha! Dia cakap lembut je muka senyum so memang rasa funny gila. Aku selalu gak terikut-ikut cakap dia, suruh orang berambus. =P
Kemas and salam-salam. Pukul 9.45malam kot. Dah suruh bebudak ni balik. Risau Kak Sepet dorang masuk Uni lambat. Padahal dulu aku pun selalu je balik lambat, krik krikk krikkkkk... hahaha!
Balik tu, singgah homestay, tukar pampers anak. pastu berdesup gi makan. Aku tak dari pagi. Tapi takde rasa lapar ke apa. Sebab ada gak la sumbat roti alas perut. Gambar makan takde ko pepahamlah kenapa ye. Tak kose dah. Haha!
Esoknya, aku gerak lambat sikit, pukul 10.30 pagi camtu kot dari homestay.
Dorang sibuk kemas booth, aku dengan Qery pulak sibuk buat soalan untuk Best FM Ronda petang nanti. Kitorang kan masuk iklan Seqy Beauty kat Radio Best FM. So dorang ada buat Best Ronda ni, ala yang sapa dapat jawab soalan dapatlah produk Seqy Beauty secara free. Gitu. So aku siapkan lah soalan mudah dan senang gila. Nak bagi free kat orang punya pasal.
Pening nak fikir 20 soalan, sebab ada 20 goodies nak bagi.
Team SQB dah memula operasi.
Orang lain buat sale, tapi uolls kena bergambar dengan Kak Sepet. Cenggitu. Hihi!
Itu memang pekerjaan tetap aku buat masa ni ye. =P
Masa ni aku pegi makan kejap kat foodcourt. So seronoklah mereka bergambar tanpa Kak Sepet, kekeke!
Dan kemudian, datanglah satu lagi rombongan Cik Kiah dari KL.
Terus kena briefing, bagitau sale target. Devide waktu rehat dan sebagainya. hihi!
Dedua mak buyung ni duduk je lek lek.
Suasana pagi.
Eh korang tengok gambar je k.
Over gila kan, dengan pak guard pun ko paksa beli. haha!
Sampai cenggitu sekali acik ni tau, haha!
Kalau aku dah mula menyibuk. Kejoyahan mula terserlah. huhu!
Cabutan bertuah yang disukai ramai, hihi! Dengan aku sekali berdebor.
Orang Jb ni memang kebanyakkannya bertuah. Semua dapat yang best-best. huhu!
Terpancar sinar kegembiraan kat wajah Kak Sepet apabila memegang duit. (>_<)
Dua orang ni memang sporting gila, sanggup tunggu sampai petang sebab ada Best Ronda, huhu!
Apalah yang kelako sangat tu.
Haaaaaa ni lah team Best Ronda. Dorang datang awal sejam. So bagi barang dulu, dorang nak jenjalan makan.
Oklah, next entry aku sambung. sebab panjang sangat malas pulak nak taip. huhu!
Cam biasa, kalau ada typo, pepahamlah sendiri. Kuasaaaaaaaa aku nak betulkan. =P
No comments:
Post a Comment