Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 1, 2017

Super Daddy Super Husband!

Sebenarnya aku kagum jugak la dengan Qery. Sejak aku pregnant dah hujung-hujung tu. Kiranya lagi 2 minggu nak beranak camtu la. Dia rajin gila bawak anak jalan-jalan. Bawak pergi taman mainan la. Bawak pergi playground yang indoor tu la, bawak pergi mall, pergi tengok wayang. 

Yela ofcoz anak ni kalau dengan bapak memang ikut kata sikit kan. Tapi kalau aku jadi bapak, berani tak berani gak nak bawak sebab kadang risau jugak susah control ke apa kan. Huhu! Kadang kalau keluar dengan aku sekali pun, bila tengok cara dorang ni main boleh sakit jantung mak ko. Haha! Yelah lelaki kan, ko paham la ganas dia tu. Risau dia pukul budak lain tu je. Tapi Qery dia jaga relax je, takde pulak dia sakit jiwa tengok anak dia melompat terlanggar anak orang lain ke apa. Hahaha! I is cannot okay. 

So yang tu memang aku kagum la. Bila keluar berempat and Qery kata nak main kat playground dalam shopping mall, selalunya dia jaga sorang. Aku jenjalan tempat lain. Gitu kekdahnya mami dorang ni. Hahaha!

Jap aku share gambar dorang tiga beranak bersuka ria. Tapi gambar anak-anak je la. Qery nak selfie dengan anak tu susah sikit la opkos. Huhu!

 Dalam playground, kemain seronok memasing.

 


 Qery banyak bawak pergi indoor je, seminggu tu rasanya 2 3 kali gak la dia bawak.

 masuk kedai buku belikan dorang buku.




 Bawak dorang pergi gunting rambut.


 Tengok perangai Runako tu, huhu!

 Bawak joging.

 Singgah masjid Qaiser Runako nak solat katanya. hihi!

 Bawak taman mainan.



 Pergi Melaka. Haha! 




 
 Tengok wayang.

Dasyat la bagi aku. Kalau aku mesti dah terpekik terlolong panggil dorang ni. Haha!

Tips macam mana nak jaga dorang? Aku rasa Qery pun pening sebab tiap kali dia balik dia cakap.. Huiii bebudak ni susah betul nak control. Hahaha! Tapi still dia bawak bebudak ni jenjalan la. Cuma next time kalau nak keluar jenjalan, aku cakap bawak la mak ayah sekali. Sekurangnya mak ayah pun happy dapat jenjalan dari duduk je rumah. Huhu!

Kalau nak tips jugak, nanti aku suruh dia update blog dia. Tak tau la dia masih ingat password ke tak. Hahaha!

Kbye..

******************************************************************


1 comment:

Juls Julie80 said...

encemnya lahai bujang 2 orang nih..leleh ailio hacik tengokk..nak book wat menantu, calon perantin pompuan xdak lagi nih..muakakakaka