Lahirnya Aisy Yurika Binti Khairi Fizairi =)

Tanggal 2 Oktober 2017, genaplah 40 minggu aku mengandung anak ke-tiga.

Anak pertama - 40 minggu 5 hari (induce)
Anak kedua - genap 40 minggu
Anak ketiga - genap 40 minggu

Dimanakah faktanya beranak rapat anak cepat keluar? Dimana uolss...dimanaaaa...hahahaha!

Actually fakta ni boleh pakai la kat certain orang, tapi maybe bukan family aku. Sebab mak aku 9 orang anaknya, semua lahir cukup bulan atau terlebih bulan. Jadi harapan untuk aku mengandung kurang dari 40 minggu tu mungkin ada tapi tipis. Hahaha! Bersifat keturunan mungkin. Doktor pun cakap macam tu. Tak kisahlah asalkan anak sihat syukur selalu, ye tak. Huhu!

 Beranak Luth Runako la paling berat sekali. Capai 60 kilo. Haha! Paling ringan masa ngandung Aisy Yurika, nak bersalin tu berat baru 56kilo. Walaupun nampak macam Pregnant ke tiga beso je dalam gambar, hakikatnyaaaaa aku pun tak tau lah. Haha! Aku pun rasa besar perut, tapi bila timbang, eh eh paling ringan pulok. Lantak sana.

Pengalaman mengandung Izz Qaiser, Pengamalan mengandung Luth Runako korang boleh klik kat nama dorang tu, kot la nak baca, kekeke!

Malam Isnin tu, memang tak boleh tidur. Tak boleh tidur bukan sebab sakit contraction ke apa. Tapi sebab sakit kaki. Bila jalan sikit rasa urat kat peha tu tarik lain macam. Huhu! Sebelum ni pun memang dah sakit camtu tapi tak kerap. Sehari mungkin 2 3 kali. Tapi malam tu aku langkah 10 tapak je sakit, jalan lagi 10 tapak sakit. Pelik gak tapi cam redho je lah.

Lepas subuh baru dapat tidur kejap. Bangun pukul 8.30 sebab Qaiser dengan Runako memang bangun waktu camtu.

Bagi dorang minum susu, kemas rumah sikit-sikit. Bagi tengok kartun dulu, macam biasa pukul 10 baru mandikan dorang. Haha! Then pukul 11 lebih, erm agaknya lebih kurang 11.30 la kot. Aku perasan macam sakit senggugut. Kerap gak 5 minit sekali.

Pengalaman nak beranak Runako pun senggugut gak, tapi ada keluar darah sekali. Yang ni takde darah apa cuma senggugut je. Cumanya senggugut ni rasanya kuat dari Runako dulu.. Okay lah lek lek lagi.

Bagi bebudak main basikal kat luar dulu. Dalam hati tu, kalau beranak kejap lagi, atleast dah hiburkan hati anak-anak untuk harini. Haha! Sementara tengk dorang main tu, tahan la sakit senggugut. Then wasap Qery, bagitau dia rasa sakit macam Runako dulu.

Tapi takyah balik lagi, sebab aku nak tengok betul ke sakit tiap 5 minit, kalau dah sejam sama jugak baru suruh dia balik. Huhu!

Tengok jam pukul 12.30, suruh Qery balik. Sebab kali ni sakit dia kuat sikit. Tapi still la boleh tahan. Macam skala 1 ke 10, masa Runako skala 1, masa Yurika skala 4 gitu la. Qery sampai rumah sebelum pukul 2. Suruh dia hantar anak rumah mertua dulu. Then kami bersiap-siap keluar rumah terus.

Sempat ambik gambar, nak buat kenang-kenangan sebelum beranak. Konfiden je aku nak beranak haritu gak kan. haha!

Keluar rumah jam 2.30 petang. Aku cakap jom gi makan dulu kat Tesco. Kalau beranak ada la tenaga nak push. Sampai Tesco lebih kurang pukul 3 lebih. Order claypot, makan sambil tahan sakit. Haha! Qery pergi repair tali jam dia. Kena tunggu lebih kurang 30 minit. Masa tu dekat pukul 4 kot. Aku cakap kat dia, tak boleh tunggu la 30 minit. Jom la pergi hospital terus. Sempat la aku beli roti buat bekalan. Pengalaman sangat kat spital dapat makanan lambat lepas beranak. Lapar dia tak boleh bla kot. Tu yang siap sedia dah roti.

Yang si Qery pulak beriya cakap aku tak bersalin kot harini. Sabo je lah. Macam lah dia yang tau rasa sakit tu macam mana kan. Aku cakap kalau beranak harini bagi aku sejuta. Hahaha! Terus dia cakap bersalin harini. Kekeke!

Sampai spital jam 4.30. Aku naik ward, sementara tu Qery cari parking. Aku cakap nak cek bukaan je. Sakit dari jam 11.30, tapi kalau belum bukak ke atau perasaan aku yang over ke, haha! Yelah kan, kadang tu risau la kot perasaan aku je. Nurse cek, dia kata............ dah 6cm ni puan.

OMG gelak tutup mulut je lah yang aku mampu. Sekurangnya dah 6cm. Nak kena tunggu lagi 4cm boleh beranak dah. Hihi! Pukul 4.50 nurse pecahkan air ketuban, masukkan drip untuk cepatkan bukaan. Aduhaiiii contraction dia terbaik okay, hahaha! Aku tak tengok la jam pukul berapa, tapi terasa lamaaaa woiii. Bila nak 10cm ni. Qery cakap aku dah berpeluh-peluh dah.


Aku cakap kat nurse, boleh tak nak ambik ubat tahan sakit, nurse cakap boleh tapi sebelum tu dia cek dulu berapa dah bukaan. Kalau ada peningkatan tak perlu ambik ubat. Okaylah... Nurse cakap dah 7cm. Sedut gas je lah.

Satu je aku tak suka sedut gas ni, haus gila kot. Tekak kering cam tak minum 10 hari. Tapi gagah jugak la sedut sebab dah sakit kan. Hahaha!

Aku rasa sebenarnya dah bukak 10cm, tapi nurse suruh tunggu jap doktor tengah pakaai baju, haha! Sabor je lah. Tapi aku suka nurse yang jaga aku malam tu. Dia tak bagi aku push sebab nak suruh aku simpan tenaga. Nanti sekali push je terus keluar. Gitulah.

Jam 6.38pm, doktor sampai je, terus push and terus keluar anaknya. Dengarlah suara nyaring Aisy Yurika. Anak-anak sebelum ni keluar nangis sikit je. Runako langsung tak dengar suara. Haha! Yang Yurika ni kemain lagi suaranya. Dasar gegirl ke apa ni. huhu!


Pengalaman paling sekejap kat labour room. Kiranya start dari pecah ketuban and masukkan drip tu, tak sampai lah dua jam menahan kesakitan yang amat tu. Kalau sakit contraction dari jam 11.30 tu boleh tahan lagi. Still consider anje-anje la. huhu!

Syukur sangat tak lama. Qery pulak kata yang kali ni beranak aku nampak rilex sangat. Padahal dia tak tau aku tahan sakit bagai nak gila.Dia buat lawak pun aku rasa nak maki je. Hahaha! Masa nak push tu, aku pegang tangan Qery, selama ni aku tak pernah pegang pun tangan dia masa nak beranak. Hanya memegang besi besi katil je. Hahaha!

Kali ni aku pegang la tangan dia. Masa push tu tak tau la apa jadi kan. Dia kata tangan dia sakit gila aku genggam rasa nak tercabut. kekeke! Nasiblah....

Lepas beranak tu kena tolak masuk ward. Aku ambik pakej (3 hari 2 malam), so Rabu tengah hari tu boleh keluar. Tapi aku ni jenis yang tak suka duk spital. Selasa tu bagitau Qery nak balik. Macam-macam alasan la aku bagi. Susah nak mandi la, boring la, apa la. Haha! Petang tu lepas mak mak datang melawat, lebih kurang 5.30pm balik lah kami.

 
 Gambar ni korang komen terus kurus la apa lah kan. Haha! Eiii ada la buncit tu sikit. Aku pegang perut lepas bersalin, OMG scary sebab ada satu tempat tu benjol keras nau. Nurse cakap biasa kak, rahim tengah bengkak lagi tu. Maklumlah, Lahirkan Qaiser dengan Runako pukul 2 pagi. Lepas lahirkan dorang memang terus tido. Esoknya bangun rahim dah kurang bengkak, so tak perasan la perut bengkak ke apa. Ini lahirkan Yurika petang, mata tak ngantuk lagi, duk belek perut semua. Tu terkejut pegang perut keras semacam. Nasib nurse kata biasa. Kalau tak cuak gak tu. Kekeke!

Sampai je rumah, bebudak ni terkejut la ada ahli baru. Yang Runako nampak tak berapa nak happy memula tu, sebab aku asik pegang Yurika, haha! Selama ni dia berkepit atas perut aku kan. Pastu dia gi tolaknya Yurika suh tepi, dia nak duk atas riba aku. Jeles kemain. Haha! Tapi lelama okay, sebab suruh dia main sekali dengan Yurika, suruh sayang, suruh hug. Qaiser memang paham dah. Dia cam budak besar, dia tau tu baby girl dalam perut mami dah keluar. Huhu!

Sekarang ni bila Yurika nangis, kelam kabut dorang lari panggil mami. Suh bagi susu. Hahaha!

 Aku berurut 3 hari je. Then upload la gambar ni kat ig and fb.

 
 Pantang hari ke 7 (last day urut). Sebelum ni aku tak pernah pun buh pilis camni. Kakak yang urut tu yang letak macam ni. Tapi besttttttt woiiiii. Dia punya berangin tu, ringan kepala. Then bila dah kering pun dia jatuh seketul seketul. Dah kering tu aku terus cuci la. tapi memang lega sangat banding letak pilis asal ado. Korang boleh cuba tau. Huhu!


Pantang hari ke 5, check-up baby. Masa check-out spital. Doktor cakap Yurika telinga kanan dia tak lepas ujian. So masa check-up kuning kat spital, pergi bilik radioligist, cek lagi sekali telinga dia. Nurse cakap biasanya baby yang tak dengar tu sebab masih ada cecair dalam telinga. So bila cek balik radioligist kata okay takde masalah. Dedua dengar alhamdulillah. Sempat la dia nasihat aku, kalau anak dah setahun lebih tak boleh cakap beberapa patah perkataan, bawak jumpa doktor, jangan tunggu 2 3 tahun baru jumpa doktor. 

Terus teringat Runako. Nasib baik dah mula bercakap. Takde la risau nau.. Kita tunggu turn Yurika je la camtu. Huhu!

Aisy Yurika Binti Khairi Fizairi
Berat 3.4kg
Panjang 53cm

Moga jadi anak yang solehah sayang. I love you =)

Comments

selamat melihat dunia Aish Yurika.. errr.. ni sebab tengok Titian Cinta ke??? heehehe
Ayu Rashid said…
Tahniah sepet. Dah ada geng flip shawl 🤗
QasehnyaRania said…
Aaamiin

Alhamdulillah. Proses bersalin yg mudah.
Assalamualaikum aisy yurika 😘