Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Dec 31, 2015

Nak Kulit Cam Kak Sepet Jugak!!

Amboi, hahaha! Tajuk cam menipu je kan. Tapi itulah ayat yang aku selalu terima kat mesej (facebook). Kebanyakkan customer, sebelum dorang nak beli kat agen Seqy, dorang nak tanya Kak Sepet dulu. Nak Kak Sepet suggest mana yang patut dia mulakan. BB ke? Sakura ke? Skincare ke? Gitu.


Aku sebagai founder ofkos lah tak kisah nak jawab soalan korang. Maaf sangat kalau ada yang pm kat facebook tapi tak berbalas-balas. Ada tu kadang dah terbukak, tapi tengah makan. Atau dah baca tapi tetiba anak nak itu nak ini. Atau dah baca tetiba ada hal lain yang urgent. Last-last lupa langsung nak balas. 

So meh la kita cerita kat sini terus. So korang boleh refer entry ni. Mana yang Kak Sepet suggest tu tak semestinya betul-betul serasi dengan jenis kulit korang. Tapi Insyaallah Kak Sepet akak bagitau mengikut pengalaman selama menjual produk kosmetik ni.

Soalan : Saya tak ada apa-apa masalah dengan kulit. Tapi nak cuba produk Seqy, produk mana yang saya boleh cuba dahulu?

Kalau kulit memang tak ada apa-apa masalah langsung. Maksudnya kulit korang bukan jenis yang allergy atau sensitif. Korang boleh guna mana-mana produk mengikut kemampuan. Selalunya Kak Sepet akan suggest BB Cream, sebab harga yang mampu milik, tahan lama, dan mudah di gunakan. Orang kata BB Cream Seqy ni macam magic jugak, haha! Mana taknya, pakai seminit tapi LAWA SEHARI. Ha kemain lagi pujian tu. =P

Soalan : Boleh tak kalau nak guna Sakura Mask dulu?

Untuk Sakura Mask, Kak Sepet perlu tau jenis kulit awak macam mana dulu. Sebab Sakura Mask ni formulasinya lebih kepada kulit kering/normal. Untuk pertama kali penggunaan, Kak Sepet tak suggest awak pakai Sakura Mask semasa tidur. Cukup sekadar 20 minit, lepas tu basuh. Boleh guna dua kali sehari atau tak kisah seberapa banyak kali nak pakai. Yang penting jangan bawak masa tidur. Biarkan dia serasi dulu dengan kulit kita. Dah lama-lama tu, bila kulit dah tak kering, dah sebulan pakai 20 ke 30 minit macam tu and kulit tak ada apa-apa masalah. Barulah awak pakai masa tidur. Itupun Kak Sepet tak suggest pakai setiap malam. Seminggu 2 kali pun dah cukup.

Soalan : Habis tu kalau kulit berminyak tak boleh pakai Sakura Mask ke?

Untuk kulit jenis berminyak, boleh pakai Sakura Mask. Tapi jangan pakai setiap hari. Cukuplah 15 minit selang sehari. Tapi selalunya Kak Sepet suggest pakai Set Skincare Seqy dulu, bila dah seminggu dua pakai, dah rasa kulit dah better, baru pakai Sakura Mask.

Soalan : Kulit berminyak sesuai pakai produk yang mana dulu?

Untuk kulit berminyak, Kak Sepet memang suggest Set Skincare Seqy sebab formulasinya memang untuk merawat kulit berminyak. Dalam set ada Cleanser, Toner, Serum dan Krim yang boleh membalancekan pH kulit korang. Tak kisahlah jenis kering, normal atau berminyak. Kombinasi dalam set Skincare Seqy Insyaallah boleh membantu masalah kulit yang korang hadapi tu.

Soalan : Kulit saya sensitif, produk mana yang saya perlu cuba dahulu?

Untuk kulit sensitif, Kak Sepet selalunya akan mintak dia JANGAN PAKAI SEMUA PRODUK SEQY DALAM SATU MASA. Haaaa gitu. Hihi! Sebab Kak Sepet ada pengalaman, sorang customer ni dia beli kombo set, then dia pakai semua sekali gus. Tapi ada salah satu yang dia allergy, cuma tak tau yang mana satu. So customer ni nasib baiklah dia pun paham dengan problem kulit dia yang memang jenis sensitif. So dia cuba satu-satu produk dulu, then baru dapat detect mana satu yang tak serasi dengan kulit dia. Jadi Kak Sepet sarankan, untuk kulit sensitif, cuba satu-satu produk dulu. Contoh BB Cream dulu, then tengok ok tak dengan kulit, pakai seminggu dua. Kalau ok tu boleh teruskan cuba produk Skincare pulak, then kalau ok cuba pulak Sakura Mask. Macam tu.

Soalan : Macam mana nak tau kulit kita allergy atau tak?

Ada beberapa customer yang confius sama ada allergy atau tak serasi. Allergy ni kategori teruk jugak lah. Sekali pakai terus naik merah, atau terus naik jerawat, atau terus gatal-gatal, bengkak dan sebagainya. Allergy takkan tunggu 3 4 hari untuk kita tengok kesan dia. Dia akan nampak terus. Korang boleh refer blog ni untuk tengok KESAN ALLERGY, so korang boleh paham inilah allergy. 

Kalau jenis yang dah pakai 2 3 minggu, then baru naik jerawat seketul dua pun belum lagi di panggil tak serasi. Sebab kita kena paham jugak, hormone yang tak balance pun memainkan peranan penting dalam pertumbuhan jerawat. Ada masa kita stress, tak cukup tidur, sistem aliran badan tak berapa lancar, gaya pemakanan tidak sihat. Itu semua faktor-faktor pertumbuhan jerawat jugak. Selalunya Kak Sepet terima banyak kes jerawat naik bila datangnya BULAN PUASA, dan HARI RAYA.

Kenapa? Sebab badan kurang air, tapi kita duk makan supplement itu ini. Tetiba Set Skincare jugak yang dipersalahkan, ha gitu. Hihi! Bila datangnya raya pulak, makan bermacam jenis makanan berminyak. Oh tak boleh nak control makan itu ini, pegi raya open house sana sini then minyak pun naik sekali kat muka, then selamat datang jerawat baru. Hihi! Ofkos kita pelik, kita dah rasa skincare tu ok, kenapa tiba-tiba keluar jugak jerawat.

Macam tu kena tanya diri sendiri dulu, apa yang kita makan. Cukup tak air dalam badan. Ada makan kekacang berlebihan tak, atau makanan bergoreng melampaui batas ke. Kalau ada tu cecepat kurangkan, and teruskan je pakai Skincare.

Tapi kalau jenis sebelum ni kulit memang licin tanpa jerawat, then pakai Skincare dah seminggu tetiba jerawat datang silih berganti, bukan seketul dua tiga, dah pakai Skincare lebih 3 minggu pun still tak ada perubahan yang positif, jadi disarankan STOP pakai, ini barulah namanya TIDAK SERASI.

Soalan : Kulit saya tak ada problem, then nak cuba SEMUA PRODUK SEQY, macam mana cara pemakaian terbaik?

Kalau korang kulit tak ada apa problem, cuma nak bagi lembut, bersih dan sihat, ofkos korang boleh cuba semuanya sekali gus.

Caranya.

1. Pakai Set Skincare (Basuh muka dengan CLEANSER, sapu TONER di ikuti dengan SERUM, dan last sekali pakai KRIM)
2. Tunggu sehingga krim meresap (dalam seminit pun dah ok), sapu BB Cream.
3. Balik rumah, boleh cuci muka guna CLEANSER. Sapu SAKURA MASK 20 ke 30 minit.
4. Bilas dengan air biasa. Sapu TONER, SERUM dan KRIM.

Soalan : Lepas solat perlu tak apply Skincare semula?

Tak perlu, cukup sekadar apply BB Cream untuk protect kulit dari sinar UV.

Ok ini dulu lah setakat ni, kalau ada apa-apa penambahan soalan popular nanti Kak Sepet update lagi ye. So kalau ada yang dah terjawab di hati korang tu, dah yakin nak guna yang mana dulu. Silakan jangan malu-malu contact HQ 011 2107 6726 atau agen-agen Seqy Beauty berdekatan =)

TQ semua. Muah!

Dec 29, 2015

Kisah Photoshoot Produk Seqy Beauty

Haaaaaaa mesti semalam korang ternanti-nanti live update konon dari aku semalam kat instagram kan? Malangnya....... boleh pulak bateri handfon aku mati terus. Ni semua sebab aku lupa tutup google map tu, tengah duk makeup-makeup bunyi fon, sibuk suruh 'turn right, turn right' haha! 

Kitorang dari rumah bertolak pukul 4 lebih jugak lah. Plan dia macam ni. Pukul 5 nak jumpa MUA kat hotel untuk make up, sebab ada dua orang nak di make up kan, sempatlah nak gi photoshoot pukul 8 malam.

Kitorang bekerjasama dengan :
Model : @marfatinriko
Photographer : @serinditphoto 

Perasaan nak shoot produk ni berdebar lah jugak, haha! Poyo sangat aku ni. Sebab dah lamaaaaa tak make up and dah lama jugak tak feeling model-model ni, aku dah jadi kayu dan gelabah tahap cipan. Serius weh. Memang berdebar tahap hape je. Padahal nak senyum je pun. Dulu masa anak dara kemain kau paling gedik, kalau posing tu tak pandang camera siap tak nak senyum, muka ala-ala mintak pelempang pun ada. Sekarang ni makin lama makin entah pape je, semua pun nak malu.

Kitorang sewa hotel murah je kat Shah Alam, kalau korang tau kedai-kedai popular macam Fiska Shah Alam, SBU, yang dekat dengan seksyen 16 tu, ada hotel area rumah kedai, warna biru kuning kot. Baru bukak rasanya sebab papan nama pun yilek pocik. Kitorang siap sesat lagi mencari hotel tu, sebab rupanya hotel tu ada dua. Satu kat Seksyen 25, itu hotel pertama dia bukak lah, yang kat seksyen 16 ni kan masih baru lagi. Aku google map dia pi hantar kat seksyen 25. Terus kelam kabut takut lambat, takut MUA tunggu lama. Sekali wasap MUA, dia pun sesat kat seksyen 25, kahkah!

Hotel Sri Muda Seksyen 25
Hotel Sri Muda Corner Seksyen 16
Boleh pulak ada dua. Huhu!

Dah sampai hotel. MUA pun sampai. Faeza namanya, aku kenal and selalu sembang kat facebook. Saja la nak ngetes hasil kerja dia pulak. Hihi! Kalau ikutkan ada beberapa MUA lagi yang pm aku kat facebook untuk panggil dorang incase kalau ada photoshoot ke atau nak make up sesaja ke. Tapi sebab Faeza ni antara yang terapat sekali, kita mintak dia make up lah. Hihi!

Kecik molek je orangnya, bagus betul dari muda dah pandai bisnes. Kagum tau dengan orang macam ni. Padahal dulu belajar BioTech (kalau tak silap), tapi dia tukar profession terus jadi MUA and alhamdulillah menjadi jugaklah. Faeza pun boleh buat kelas ajar orang make up semua. 

Masa dia make up, datanglah Marfatin menyapa aku. Masyaallah tinggi dan kurus perutnya. Kenapalah kenapalah kenapalah? hahahaha! Tension aku melihat dia ni tau. Suara pun lembut je. Aku suruh Qery ajak dorang pi makan kedai mamak kat sebelah dulu sementara aku nak make up ni. Kang kebosanan pulak. Almaklumlah, muka aku ni banyak nak alter. Mata nak bagi besar, hidung nak bagi mancung, pipi nak bagi kurus, kening nak bagi lebat, mulut nak bagi mugil. 

Jap tunjuk kat korang muka sebelum dan selepas.

Ini ontheway ke Shah Alam.
Ini lepas make up, shawl pun tak pakai lagi, haha! terus tirus muka aku.

Habis make up dua orang, dekat pukul 8 jugak, berdesup kami ke Serindit Photo. Ha Serindit ni ada dua cawangan, satu kat KL, satu lagi kat Shah Alam. Qery kata nak Shah Alam sebab kalau KL takut jem ke apa. Aku tak kisah lah mana-mana pun aku still gelabah jugak, hahaha!

Sebelum kitorang pilih Serindit ni, kitorang ada jugak usha studio-studio lain. Tapi tak tau lah Qery ni dia asik nyebut Serindit Serindit, berjampi kat telinga aku. Aku bukan apa, risau lah sebab ada photographer yang dah popular ni, dia bukan nak layan orang-orang macam kita ni. Takde nama lagi, suam-suam kuku. Kang aku dah la gelabah, dapat pulak photographer yang cam ala-ala malas nak layan kekayuan aku ni. Boleh buat jiwa merundum jugak tau. Haha!

Bukan apa, aku pernah mengalaminya. Masa acah-acah model dulu, ada orang perkenalkan photographer yang masa tu tengah naik jugak lah. Dia punya PR pun ke laut. Pastu cam berlagak sikit-sikit, pastu kalau kita tak reti pose nanti dia mengeluh and buat muka. Nak aje aku lesingkan, tapi aku pun bukanlah sesiapa, hahaha! Tu lah pasal aku cam risau gak kalau kejadian berulang kembali.

Aku siap bagitau Qery, jangan expect apa-apa dari photographer, kang kalau kita fikir baik-baik, sekali dapat yang ala-ala je, terus cam sakitnya tuh di sini. Huhu!

Bila dah sampai, aku pun terus lah naik tangga. Ada sorang photographer ni cakap En Hasirol belum sampai lagi tapi dah ontheway. So kitorang pun masuk lah dulu, sambil menunggu tu boleh la aku redakan sikit dup dap dup dap aku ni. Si Marfatin ni rilek je, siap betulkan tudung, tukar sikit-sikit style. Ehhhhhhh aku dah tak boleh pegang tudung aku ni. Kang kalau tetiba terkebelakang nanti terus jadi buruk, susah nanti. Hahaha! Dah la aku tak reti pakai shawl pepelik ni. Marfatin kata takpe Kak Sepet, dia boleh betulkan. Huhuhu!

Ini gambar di sebalik tabir, sebelum En Hasirol sampai.

Bincang camne aku nak posing nanti, huhu!
Muka cuak

Beberapa minit selepas tu, sampailah En Hasirol. Tinggi, berambut panjang. Macam watak komik je aku tengok yang Blues untuk aku, gitu. Dia punya cara cakap pun rilek cool gila. I like empat juta kali. Terus suka nak buat photoshoot, hahahaha! Terus hilang lah kerisauan aku, memang dia jenis yang cool nak mampos. Aku punya tangan nak pegang produk cam buruk, betulkan 10 kali pun buruk jugak, tapi dia tetap bertabah siap ajar tepi sana sikit, buat camtu buat camni. 

Inilah orangnya, tinggi kemain. Dia tunjuklah contoh-contoh konsep, so kitorang boleh pilih mana berkenan di hati.
Qery kan kepala gila sikit. Tapi dia gila dengan orang yang ok je lah. Kalau dengan orang yang dia tak berkenan tu, dia pun batu jugak macam aku, haha! En Hasirol melayan Qery suruh buat gaya Tok Ram (RamliMS) la, gaya model maskulin lah. Eiii aku dah malas nak layan sebab poyo sangat Qery punya posing tu. Hahaha! 

Gaya Tok Ram biarlah aku tatap sendiri, haha! Sebab tak boleh bla sangat. =P
Model Seqy Beauty, Marfatin.
Photoshoot memang berjalan dengan selancar-lancarnya. Marfatin tu memang tak ada apa masalah langsung. Sekejap je dia posing, bagitau je nak ceria, nak exclusive, dia terus dapat feel gitu, haha! Aku ni lah masalahnya pun. Satu gaya je aku boleh buat iaitu senyum meleret. Itupun dah syukur Alhamdulillah. huhu!

Setel semua, gi singgah makan. Aku belum makan lagi dari pagi. Sobssss.

So, aku boleh rekemen kat En Hasirol ni kat korang yang tak tau nak buat photoshoot kat mana. Yang nak hasilnya cantik dan puas di hati. Tapi kalau korang wasap dia, ofkos dia tak boleh nak layan korang bagaikan raja, macam direct layan sampai kau paham. Sebabnya kadang-kadang dia balas wasap masa tengah shoot. So kalau dia lambat sikit tu maafkan je lah. Biasalah tu. Kita ni manusia, bukannya sistem komputer yang boleh automatik balas 24jam.

Faeza ni actually dia tak pernah make up untuk photoshoot. Dia cuma buat untuk orang kawin, tunang. Sebab dia pun ada buat pasang pelamin semua. Kiranya ini pertama kali dia buat untuk photoshoot lah. Aku tak sure kalau dia terima untuk photoshoot ke apa, korang boleh tanya dia balik, huhu! Tapi kalau untuk make up pengantin memang dia available, cumanya bagitau awal lah. Aku tengak jadual dia pun penuh memanjang. En hasirol pun puji cakap make up cantik. Peramah pun memang peramah jugak. Kalau korang nak belajar make up persendirian pun boleh. 

So again.... korang boleh cari mereka ni kat instagram, ada contact number semua. Boleh tengok hasil kerja dorang jugak.

Photographer : @serinditphoto 

Di sini aku kepilkan beberapa gambar syok sendiri dan hasil tangan En Hasirol untuk tatapan korang, hihi!

Tetiba mata menjadi bulat



Punyalah dasyat aku ber feeling sengsorang, hahaha! Kalau nak ikutkan banyak gila aku duk selfie. Tapi cukuplah ini je untuk korang. kalau aku belum kawin mungkin aku akan tunjuk semua untuk naikkan saham. Kah!

Ni adalah beberapa hasil kerja En hasirol.

Kejap nanti aku nak buat background kat facebook, haha!

Krik Krik Krikkkkkk

Ha bunga ni lah yang aku kengkonon beli tu, jangan komplen cam kampungan ke apa eh, sila tengok dan redho je, huhu!

Gambar model tak boleh letak bebanyak. Nanti korang tengok sendiri kat Fb and Instagram Seqy Beauty

 Dengan ini, aku isytiharkan, aku puas hati. Tu je. Kbye =)

Dec 28, 2015

BETUL KE BERKESAN SKINCARE SEQY NI?

Soalan killer ni, hahaha! Aku percaya susah untuk orang yang dah bertahun stay dengan jenama/brand lain nak bertukar and rasa was-was nak bertukar produk. Yelah kan, kalau dah ok dengan sesuatu produk, kadang tu kita tak rasa pun nak tukar tukar, risau lah nanti tak sesuai ke apa. 

Lagi-lagi kalau yang guna jenama luar negara tu. Konfiden la sikit orang obersi yang buat produk tu. Kurang yakin dengan produk tempatan yang banyak nau duplicate produk orang lain, then nak cepat cantik letak pulak bahan-bahan terlarang.

Jujur lah kan, memang ramai yang rasa macam ni termasuklah aku, hahaha! Tapi aku dulu kategori TAK TAU. Guna produk tu bila orang kata cantik, best, berkesan. Tak tau produk tu sesuai ke tak dengan jenis kulit, tak tau apa bahan-bahan utama dia, tak tau kesan jangka masa panjang dia. ha gitulah. Main hentam kromo pakai, sebab kulit aku dulu pun bukan jenis yang teruk pun. Setakat jerawat seketul dua ketul, paling banyak 10 ketul la kot, haha! Rilek je aku kan, padahal orang lain naik seketul jerawat dah kelam kabut. =P

Masa kat kolej dulu memang tak pernah lekang dengan jerawat. Tempat paling feveret mesti sekitar mulut and area kening. Selalunya memang aku buat tak tau je. Lantak kau lah kat sana. Pedulik apa aku. Biasalah remaja yang menghadapi peperiksaan, selalu buat-buat stress maka keluar lah jerawat tu. Takyah nak risau melampau sampai nak gi buat rawatan ke apa. Huhu! Itulah aku.

Tapi bila dah membesar, start kerja. Aku dah tau and paham sikit-sikit dah. Apa yang bagus, apa yang tak bagus. Bahan apa yang tak boleh, bahan apa yang dalam kawalan, bahan apa yang boleh je tak ada apa masalah, bahan apa yang bagus, ada yang ber-gred. Gitu. Tapi pun masa kerja aku tak ada masa sangat nak teliti satu persatu sebabnya aku tak fokus ke arah tu. Aku kerja nak bagi orang sihat, tu je.

Bila dah masuk bidang ni, barulah aku pahamkan satu-satu. Walaupun mungkin lah ilmu aku baru 0.0000001% kalau nak compare dengan specialist yang sedia ada, hahaha! Tapi Insyaallah aku akan gunakan ilmu yang aku belajar ni semanfaatnya. 

Set Skincare ni aku rujuk pakar kulit jugak. Sebab aku bukan pakar, jadi kena rujuk pakar. Walaupun Set Skincare aku ni dah dapat lulusan KKM, tapi still ramai yang macam was-was nak pakai. Mungkin sebab terlalu banyak skincare yang mula-mula dapat lulusan, then tetiba KKM tarik balik sebab kantoi ada bahan terlarang pulak. Aduhai, produk-produk macam tu lah yang buatkan kita jadi curious and curiga melampau-lampau kan, huhu!

Tapi korang jangan risau. Skincare Seqy Beauty memang aku pastikan bahan-bahannya selamat digunakan. Testimoni pun memang ada banyak. Meh tengok sekali imbas.








Rata-rata pengguna memang bagitau nak dapatkan kulit floles bukan semudah 123. Pakai sekali terus bertukar jadi KimK ke apa kan. Huhu! Mestilah kena pakai paling sekejap 3 bulan. Haaaaa rasa macam lama gila lah produk kau ni. Ekceli sebab kita tak ada bahan-bahan terlarang, sebab tu kita tak secepat dan sepantas produk lain. Kecuali kalau jenis minum air banyak, memang akan dapat result lebih cepat. Gitu..

Apalah sangat nak berkira 3 bulan. Kita simpan kulit tak sihat kita tu bertahun-tahun. Tapi nak elok dalam masa 3 hari. Dengar pun tak dah tak logik kan. Huhu! Jadi, korang yang memang ada problem jerawat, kulit berminyak, kulit kering, memang kita suggest pakailah set skincare Seqy dengan istiqomah. 

Lagi-lagi sekarang ni kita ada promosi beli 2 Set JIMAT RM20!! Lagi beberapa hari je nak habis promo ni. So uolls, apa lagi, jom bertukar dengan produk Seqy, dijamin selamat digunakan tanpa bahan terlarang.

Contact 011-2107 6726
Atau kalau korang nak berurusan dengan Stokis/Agen berdekatan. KLIK SINI

Excited nak Photoshoot!

P/S : Promo Set Skincre tinggan beberapa hari je lagi tau. Time ni lah korang nak simpan stok, tak pun pakat-pakat beli dengan kawan-kawan. Boleh la dapat harga ISTIMEWA tu. =)

********************************************************

Actually untuk plan produk Seqy Beauty kitorang dah siap-siap rangka untuk tahun 2016. So salah satunya harini nak buat photoshoot lah. Mencari model pun boleh pening kepala rasanya, huhu! Ramai sangat gadis-gadis cecantik sekarang ni. 10 tahun yang lepas rasanya aku je yang paling cantik. Kahkah!

Pilih model pun berapa punya lama. Aku taste lain, Qery pulak taste lain. Dia tengok semua pompuan pun cantik, amboi sangat. Hihi! Tapi memang serius lah, ramai betul yang jelita ngalahkan artis tau. So kali ni model kita ni cantik dan tenanglah kat mata aku dan Qery. 

Pastu apening kejap lagi aku nak posing macam mana. Haih, dah l aku ni kategori sejenis kayu jugak. Orang suruh bengkok sikit tak boleh, terus patah, hahaha! Eiii tak reti betul. Harap-harap photographer tu nanti takde la sakit hati tengok kekayuan aku tu. Pastu Qery pun ada masalah dengan 'nak senyum' dia tu. Semuanya buat aku risau je. Camne lah nanti gambarnya. Huhu! Memang mengharapkan model je lah yang nak gojes-gojes pun. 

Pastu nak mencari baju pulak dah satu hal. Mencari ke Ampang Park, memang lah banyak baju cantik-cantik kat situ. Tapi bila aku pakai je terus jadi cam 'buang tebiat'. Perut dah kedepan, pandangan dari sisi pun boleh tahan agak ngeri jugak. Runsing jugak aku tengok tapi makan tetap diteruskan seperti biasa. Hihi!

Last-last pilih jubah je. Kesian model i pun kena pakai jubah disebabkan kegemukkan aku, hahaha! Lantak sana, yang penting aku nampak ok sikit. Model tu cantik, pakai apa pun cantik lah kan. Aku ni ha yang perlu diselamatkan. Kalau nampak macam sebiji almari macam mana pulak tu kan. 

Pastu nak pilih shawl pun bercinta jugak. Aduiduiduidui! Semua boleh buat kepala aku pening. Aku ada la beli yang bunga atas kepala tu. Beli lama dah, beli dua je pun. Itu sesaja lah konon nak feeling sendiri je. Tapi takpe lah bawak je sekali masa photoshoot nanti. Kalau korang tengok hasilnya nanti, mohon jangan lah gelak, sebab aku memang beli dah lama benda tu. Mungkin dah ketinggalan zaman ke apa. Tapi aku tetap nak bawak and pakai jugak, haha! 

Nanti aku buat live update kat instagram tau. Korang boleh gelakkan aku tapi jangan lah over sangat. Gelak sikit-sikit je k. Budak kampung nak feeling bandar, bagi la can. Hihi!

Follow @sepetnoh

Dec 24, 2015

BERCUTI KE GRAND LEXIS

 Korang nak tau tak peminat no 1 blog sendu aku ni siapa? Ha siapa lagi kalau bukan Encik Qery tu, bila aku lama tak update kemain kecewa sebab takde hiburan katanya. Dia fikir aku ni pelawak cyber ke hape. Tu aku tak kisah lagi. Yang paling aku menyampah sekali, lepas dia dah habis baca blog, dia akan datang kat aku tunjuk ayat mana salah eja.

Eh? Biarlahhhhhhh nak salah eja. Huhu! Asalkan korang paham dah la. Eiii tsk tau sibuk je betulkan ejaan iolls, haha! Tu lah cikgu selalu tanda kertas BM, pastu paksa-paksa aku gi betulkan. Tak kuasa aku, malas nak layan. So kalau korang terbaca mana-mana ayat yang salah eja tu, mohon abaikan ye. Huhu!

Berbalik kepada cerita bercuti ke Grand Lexis ni, kiranya kitorang ada lah beberapa kali jugak ke sini. Tapi kali ni ambik bilik yang Sky Pool Villa. Dia bukan duk atas pantai, tapi kat dalam bangunan. So pemandangan dia opkos la langit kebiruan gitu. Saja lah mencuba yang ni sebab senang sikit takyah asik nak call buggy je. Senang naik turun lif kalau nak gi sarapan.

Masa ni aku pregnant baru masuk 5 bulan gitu lah. Motif ke sini sebab nak bawak Izz Qaiser mandi pool tanpa kena matahari. Huhu! Lagi satu dah lama pun tak bawak dia gi mandi kolam. So alang-alang tu ke PD lah.

Ya Allah, dia ni kalau bagi lepas memang takkan duduk diam. Berlari sana sini. Korang mesti susah nak percaya kan. Selalunya kalau anak yang mak mak jaga sendiri ni dia yang nak melekat je kan. Tapi Izz Qaiser ni Masyaallah dia punya aktif. Siap kacau orang, kalau nampak budak sebaya dia terus jadi kawan. Aku ni bukan risau apa sangat, risau dia gi pukul anak orang je, hahaha!

Sementara Qery uruskan bilik, aku lah yang kena layan dia ni. Dah lah tak nak pegang, pastu menjerit-jerit. Adui memang menduga sangat, haha! Aku dah jeling-jeling jegilkan mata suruh perangai tu baik sikit. Tapi dia buat dek je. 


 Ko tengok.


 Berapa kali tawaf dah. 

Last-last aku dukung jugak sambil membebel menasihati beliau supaya behave sikit, kita bukan kat rumah. Besar harapan aku, dia pahamlah, huhuhu!


 Dah dapat bilik terus naik hantar beg, lif pulak takde orang. Apa lagi......

 Smileeeeeee.....!

 Besar bilik dia. 2 katil besar. 

 Ada ruang dapur kecik. Boleh la kalau korang nak masak maggy ke, atau korang beli yang pizza frozen tu, dalam ni ada oven.

 Tak sesabo nak mandi.

 'Bukak shoes! Bukak shoes!' Kata makcik itu.


 Anak bapak. Baju sama, seluar sama, perangai pun sama. Hoih!

 Perangai memang totally lebih kurang tau, hahaha! Izz Qaiser kan aku cerita dulu banyaaaaak main dengan Qery. Qery yang banyak ajar itu ini semua. Kebetulan Izz Qaiser ni dia memang cepat belajar. Dia perhati je orang buat apa, nanti dia tiru. 

Haritu aku gaduh anje anje dengan Qery, cubit la pipi dia. Sekali Qaiser dari jauh berlari datang, pun cubit pipi Qery, hahaha! Lepas ni memang kena behave je depan anak. Sebab sel sel otak dia aktif berhubung, huhu!



 Ruang mandi.

 Abang besar melawat kawasan.

 Dulu kalau tak silap Grand Lexis sediakan barang-barang toiletries ni dalam kotak merah kan. Kali ni pegi dah letak dalam plastik je. Mungkin cut kos kot. Hahaha!



 Bahagia je muka dapat pakai kasut dalam rumah.

Eh Abang Qery pandai selfie lah! Terkejut tauuuuu belek-belek gambar ada gambar ni. Terkejut sampai ter upload sekali. Kihkihkih!
 

 Walaupun pelampung and bola banyak kat rumah, tetap kitorang malas nak bawak. Sebab kat rumah pelampung semua dah buang anginnya. Kitorang pulak tak ada pengepam dia. Jadinya, beli je lah tepi pantai PD tu, banyak kedai jual.

 OMG, masuk-masuk bilik aku terus cek makanan apa yang ada. Hahaha! So scary! Terus je lapar mak encik ni. Teringat-ingat nasi goreng dia. Sedap!

 Ha, beg wajib bawak kalau gi bercuti. Senang uolls. Bag ni lah yang menjadi kegilaan customer Seqy Beauty. Wah hebat tau cakap camtu, hahaha! Serius, ramai jugak yang beli bag toiletries kita ni. Senang boleh sumbat segala krim krim sabun losyen sikat bla bla bla.


 Ha siapa yang tak beli lagi produk Seqy Beauty, silakan beli ye. Hihi!

 Tukar baju mandi. 

 Sebelum tu ootd sikit.


 Tugas mandi mandi ni serahkan je pada Qery. Sebab mak dia ni tak suka mandi. Haha! Eii sejuk kot. Sampai ke tulang sejuknya. Cannot go.



 Lepas mandi pool, mandi air pancut pulak.





 Ha uolls, sampai sini je cerita Grand Lexis kita. Sebab lepas habis aktiviti mandi ni. Semua hanyut tido. Hahaha! Bangun pun sebab nak makan je. Pastu tido balik. Camera pun entah mana-mana peginya.

Esoknya pun tak ambik gambar. Ekceli ada lah gambar dalam fon, malas aku nak transfer, haha! Ini gambar kat camera. Aku malas nak transfer gambar fon, sebab jap lagi nak kena arrange balik susunan gambar. Bercintaaaaaaa pulak nak buat yang tu. Huhu!

Tapi satu pesanan aku, kalau nak ke sini, dan korang ambil bilik yang atas pantai. PASTIKAN korang mandi tak SEKSI sangat. Bagi yang bertudung tu lah. Sebab, baru ku tau yang sebenarnya bilik yang kitorang duduk ni, boleh nampak korang mandi kat bawah sana. Hahaha!

Ha nampak tak yang biru biru tu pool korang lah. Sapa mandi tak pakai baju tu i tutup mata sikit-sikit je. Kahkahkah! 

Oklah. Nanti aku bebel lagi. Dah sakit pinggang pulak duduk lama-lama camni. Byeeee!