Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 28, 2015

Macam-macam perangai Izz Qaiser ni.

Uolls, sebelum tu nak bagitau siap-siap. Jangan beza-bezakan anak orang dengan anak kita tau. Sebab pembesaran kematangan kebolehan kecepatan segalanya lah berbeza setiap orang. Ada anak cepat, ada anak lambat. Lambat atau cepat tak salah. Yang penting ibu bapa kena concern ataupun ambil tahu kekurangan dan kelebihan setiap anak masing-masing. Ok get it get it. Huhu!

Anak aku alhamdulillah tak cepat sangat tak lambat sangat. Cuma giginya takdok lagi, haha!

 Masa ni 7bulan +, suka sangat main dalam bakul.







Pastu suka buat muka nakal.



Dan suka sepahkan barang.



Suka main picit2 air botol.






 Dan manja + mengada ngada ngada ngada.






 Korang tengok gambar je tau. Aku malas nak cerita. haha!








Suka main handbag mother





Baju semakin ketat. mihmih!

Sekarang ni Izz Qaiser dah 9 bulan 13hari. Berat baru 8.7kg. Itupun baru timbang sebab gi klinik cek kulit dia cam ada gatal-gatal.

Setakat ni dah pandai banyak jugak. Kalau suruh tepuk tangan, give me 5, tata, sikat rambut, ball, car, tv, baring, mandi, semua dia dah tau. Kalau kita marah dia takut, pandai merajuk, pandai berpura2 baik depan orang lain. Kekeke! Serupa mak dia yang tu. =P

Pastu suka sangat swimming. Nampak air senyum sampai telinga. Mandi dalam bilik air ketawa kuat-kuat. Siram kepala dia, dia pegi jerit sambil ketawa. Apa yang suka sangat entah. Huhu!

Manja dengan daddy. Kalau daddy balik, mak dah tak laku dah. Asik nak play je. Sikit-sikit nak daddy. Bagus pun. Ahahahaha! Sebab mak nya garang. Terpaksa garang ok. Mak mertua aku dengan Qery lembut sangat dengan Izz, so iolls terpaksa jadi garang, kalau haku pun manjakan, kemain mengada lagi la si kenit tu. Kesian dia, belum tau apa-apa lagi tapi dapat mak garang kehapa. Hahaha!

Itu saja setakat ni. Kbye

May 27, 2015

Shawl/Tudung Bawal terbaru alaf ini.

Eiii kalau ikutkan hati ni, memang malas betul nak menaip. Tapi tak boleh tidur pulak. Datang balik perangai burung hantu jaman2 anak dawe trang tang tang tang, auwww! Hahaha! Biasalah perangai suri-suri rumah ni, keluarga diutamakan, blog ditirikan. Giccu.

Haritu lepas cuci lampin anak, pastu fefeeling berangan nak masuk darjah 1 balik. Cam belek-belek napkin tu sambil berkata dalam hati. Ehhhh, nak pakai cam tudung sekolah lah. Ha kauuuu, walaupun muka tak seiring dengan apa yang diangkankan. Tetapi tatap aku nak feeling juga bagaimanapun.

So tengok Qery tengah baring-baring layan pesbuk, anak dah lelap. Time ni la pun nak berangan. Aku memang dari kecik suka je berangan. Selain makanan, korang boleh campak cermin kat aku dan aku boleh hidup bahagia *ober hangat*.

Dulu dalam bilik sendiri boleh la berangan jadi britney spears, joget sorang-sorang. Takpun berangan jadi artis, model, buat kekwok dalam bilik sendiri. Sekarang ni, paling kuat pun boleh senyum je sebab pernah aku berangan joget2 kat rumah ni, ngucap panjang Qery, hahaha!



Cantikkan shawl i. Belilah, kat Anakku banyak. 10 keping sekali beli. Kbye.