Air adalah penting untuk badan. Wajib minum 8 gelas sehari. Jadinya. Kita ada 24 jam sehari - 8 jam (tidur) = 16jam bahagi pulak dengan 8 gelas air = 2 jam. Kesimpulannya. Start korang bangun. Sila minum segelas air setiap 2 jam.
Pukul 7 pagi
Pukul 9 pagi
Pukul 11 pagi
Pukul 1 tengah hari
Pukul 3 petang
Pukul 5 petang
Pukul 7 petang
Pukul 9 malam
Cukup!! Minum lebih tak salah. Kalau rajin silakan..hihi! Aku sejak sekolah memang jarang gila minum air. Pemalas minum air. Bukan aku je, semua keluarga aku macam tu. Semua jarang minum air. Lagi-lagi air kosong. Kalau air warna warni memang laju gila minum. Tapi apakah masa kecik dulu bukannya rumah aku ada air kordial ni. Paling pun air tea o mak aku buat. Orange ke, sirap ke, anggur ke, memang tak dapat la. Kerana malas nak minum air masak, sanggup la tak minum pun takpe. Boleh??
Lepas tu, bila masuk kerja.Tengok kawan-kawan beli air mineral. Aku pun terikut-ikut la beli sekali. Tapi kompom tak habis. Separuh pun tak lepas. Suku kot. Pepaham la air kosong ni takde rasa apa. Slow sikit la nak masuk tekak aku ni. Tapi aku selalu la beli tea oh ais kat cafe, atau beli air kotak untuk minum, jadi aku jarang gila la aku minum air masak. Memang amat jarang sekali. Aku rasa dulu seminggu sekali ada kot minum air masak. Eh kejap air masak, kejap air kosong kan...lantak la.
Dulu ni aku ada cilok botol air Qery warna purple. Kalau tak ingat boleh KLIK SINI
Start aku curi botol tu dari Qery, aku isi air kosong dalam tu. Dan dan dannn...apa yang aku terperanjat. Aku boleh minum air masak dengan banyak. Sebotol tu tak cukup sehari. Kena topup sampai 2 kali. Elok je aku togok. Laju je masuk dalam tekak aku ni. Aku pun fikir, aku dah boleh terima air masak dengan jayanya. Tapi tapi tapi...semalam. Qery beli air mineral. Aku pun ambik la air tu nak minum. Baru telan 2 kali, terus macam...ish rasa apaa ni...??? gittew.
Kesimpulannya di sini. aku rasa aku adalah manusia yang paling psycho dalam dunia ni. Sebab, aku hanya boleh minum air masak dengan banyak, kalau botol tu legap, botol ada warna. Aku akan anggap dia sedap. Tapi bila aku minum, aku nampak air tu warna putih. Aku akan rasa seperti. Apa ni wei?? Kenapa takde rasa?? Tak boleh bla.
Aku pun cakap dengan Qery dengan excited + tanjat + tatut
S : Kamu!! Kite tak boleh terima la minum air mineral ni!!
Q : Lah, kamu kan selalu je minum air kosong kat rumah
S : Itu kite minum dengan botol air kamu tu!!
Q : Habis? Kan sama je
S : Kita tak boleh minum la kalau kite nampak air ni warna putih!!
Q : Tutup la mata masa minum
S : Tak boleh! Kita nak botol dia warna warni..
Q : Mengada.
Balik tu, aku rasa was-was, aku rasa macam aku dah tak boleh minum air masak dengan banyak dah. Aku try la minum kat botol air Qery warna purple tu. Amboiii...tak cukup pulak rasanya. Padahal rasa dia sama...perasaan apakah ini???
Bila kejadian ini berlaku. Aku rasa, aku memang kena minum air masak, pakai botol air tu je. Tak boleh nak buat apa dah. pfttttt
Korang, kalau boleh minum air secukupnya. Jangan jadi seperti diriku. bytheway, iolls nak gi topup air dalam botol ni jap.
Aku dah buat entry Felinna Inchloss yang proper sikit. Ada page kat bawah header tu. Korang klik situ okey, kalau tak jumpa boleh KLIK SINI. Best tau losyen ni, boleh buat korang kurus dengan sapuan je. tapi kena konsisten la. hari-hari sapu. Bakar lemak bukan senang. aku sarankan kalau korang bersenam sikit lagi bagus, lagi cepat proses pembakaran lemak tu.
Vit C belum siap lagi entry yang proper, ontheway buat. Sapa nak kulit cantik berseri-seri boleh beli Vit C ni k. refer link INI. Kalau nak kulit cantik, kena usaha sikit. Okey semua. Salam Jumaat =)
Belian Vit C + Felinna Inchloss , free postage + free gift
Belian 2 kotak vit c dan ke atas , free postage + free gift
Belian 2 botol inchloss dan ke atas, free postage + free gift
Senang kata, setiap pembelian adalah free postage. jadi jangan tanya aku berapa bayaran postage hokey. Hikhik. Kecuali haritu ada promosi, owner suruh ambik duit postage, iolls yang menurut perintah. =)
Perempuan memang berhak untuk cantik. ewahhh..iklan sangat..hahaha!
Comments
sepet, blog aku dh adew button follow .. so bleh la follow aku blik yer .. huhuhuhu
luv ur blog sbb u suka membebel.hihi
samala kita, ssh gak minum air masak.
kadang 2,3 hari sekali tak minum pun
sebab tak sedap LOL
tapi bila meningkat dewasa dan hormon nak gedik cantik punye pasal, terpaksa la gigih minum air kosong. konon nak jaga kulit. yes susah kot. nak telan air kosong tu macam tersekat kat tekak je. tak sedap langsung rasanya. lagi2 kalau minum guna botol mineral/cawan. rasa nak muntah balik je air tu.
tetiba zaman dah pegang duit ada la beli botol air. ofkos yg comel cute siap kartun la ape =) eh boleh pulak minum berbotol2 sehari. biasa 2-3 tumbler saiz 1.5L tu pun boleh je habis. kalo ikut gelas mau dah lebih 8 gelas sehari. kat opis pun minum guna botol cantik jugak supaya rajin nak minum air kosong. rupanya botol air sgt mempengaruhi utk minum. ok la nak buat koleksi botol air comel2 cute2. boleh rotate hari2 guna botol lain. semoga daku rajin minum air kosong. kate nak cantik kan =)