Entah la korang. Jiwa tu memang suka menulis. Tapi sekarang ni kalau silap tulis, kena kecam. Kita kan dah tua-tua ni rapuh. 😜
Tapi nak update pun, paham la ek. Benda dah lama tinggal, sepuluh tahun ada kot. Nak biasakan menulis tu, semoga je lah rajin and teringat nak update. Biasanya terkubur je kisah-kisah sebelum ni kan. Dah la raya apa semua, nak tengok balik pun jenuh nak scroll.
Kalau blog senang cari. taip je keyword dia, keluar semua kan. Takpun tengok kat bahagian blog archieve tu. Kitanya haritu duk tengok-tengok balik entry lama, rasa macam "mujur aku cerita kat sini, rindu-rindu boleh tengok balik". Sekarang ni pelupa banyak guys, makan apa semalam pun jenuh kita fikir. Kadang otak loading sampai ke sudah. hahaha!
Korang jom la blog balik, tak syok juga eh sorang-sorang blogging. Mana geng zaman-zaman aku dulu, yang dah beranak pinak ni. Kita follow-follow balik kat sini. Korang komen kat entry ni, so nanti aku link kan blog korang. Tapi kome update la dulu blog, kitanya nak baca entry latest. Kat ig tu vibes gosip dia tak sampai uolls, haha!
Aku pin entry ni (ceaaa macam pandai lagi je nak pin pin, jap lg baru tengok balik, janji manis dulu. haha). Korang yang nak bersama-sama aktif tu moh ler komen. Senang nak blogwalking.
12 comments:
Welcome back Sepet, akak x tau sepet kenal akak ke tak tapi akak one of the follower dari zaman Sepet aktif blogging dulu..
Welcome back
Hai sepet, lamanya x blogwalking haha kesian dah sawang dah dia
Wah tahniah kerana kembali semula ke dunia blog. Saya pun sama menyepi sejak 14 November 2023 last posting. Bulan ni baru start semula. bertahun cuma bayar domain dan hosting sahaja.
Owh ya, saya ada buat posting tentang blog masih relevan atau tidak di tahun 2025 ni. kita bersaing dengan dunia digital mengakibatkan ramai rakan blogger yang dah "berpencen awal". Apa pun yang masih tinggal semoga kuat dengan cabaran.
Sepet kita dah berjaya update entry baru ..hahahha finally!
wah...otai2 dah comeback...nak cari gak otai2 yang zaman2 linda aktif blogging..nampak nya belum jumpa...hihihi...mungkin dulu2 circle dia lain..so, kengkawan blog pun lain...sekarang, dah blog baru pun...jadi mula semula...
linda folo sini
jap lagi malam kita singgah bacaaaaaa
tq kak, tapi saya kagum betul akak still aktif blog. paduuu la
tq tq <3
hahaha tula. Lama sungguh nasib blh log in lg
Tq tq. Nanti saya singgah baca.
Hai Sepet! Jumpa dekat Blogger pula. Selamat kembali menulis. Semoga terus istiqomah lah kita ye. Hehehe...
Post a Comment