nuffnang

Feb 21, 2019

Apa plan 2019???

Assalamualaikum hallu semua...
Actually sekarang pukul 11.15 malam, tapi gigih la iolls kan blogger *kertu* yang hacah-hacah tegar, jadinya aku kena update walau Yurika nangis kat sebelah, biar je dia. Hahaha!

Benonya anak-anak dah tidur. Qaiser Runako kena tidur awal pukul 9 sebab esok dah sekolah. So Yurika wajib tidur sekali la kan, kalau tak cemana abang dia nak tidur. Suara dia cam petir. 

Aku update ni saja je la, sebab dalam instagram ada yang konfius aku jual produk apa sekarang. Seqybeauty dah tak jual ke.

Eh gilo ke tak jual produk seqy. Barang baik banyak permintaan walaupun tak iklan tapi tetap banyak permintaan tau. Tu sebab aku nak risik masuk produk Seqy ke Wellness. Masih dalam perancangan. Kalau ko ikut aku kat instagram, aku kan tengah kelam kabut pasal baju raya. So tak tau la sempat tak nak buat Seqy masuk wellness ni. Semoga dipermudahkan lah.

Ada yang tanya, merajuk ke Sepet dengan team Seqy. Tu lagi satu gilo. Hahaha! Aku ni bukan anje anje emo emo nak merajuk. Dah kenapa nak merajuk dengan produk sendiri pun. Hahaha! Bukan Zuhana la kalau merajuk ni. Ewah dia punya lagak tu. Hahaha! Aku tak merajuk pun, tapi cuma jalan terus aje. Siapa nak follow boleh follow, siapa taknak tiada daya dan upaya aku nak paksa.. Agen datang dan pergi ni kiranya aku dah hadap sejak 2012 lagi. 

Bukan produk Seqy je, sama semua produk pun gitu. Dia nak jadi agen kemain lagi pandai bagi salam, mintak ilmu pandai tanya. Tapi bila nak keluar, gitu je keluarnya. Sokey itulah manusia, tidak sempurna. Gitu redho dia. hahaha!

Sekarang aku jual macam-macam produk macam dulu. Sebab aku fikir, apa dosa jual produk orang lain pun. Contoh macam Tesco, dia ada produk dia sendiri, tapi dia masih menjual produk orang lain. Tak gaduh pun. Kita cuma memberi pilihan kat customer. Dorang boleh menimbang tara harga, mana yang sesuai, mana yang lebih serasi. 

Tapi still, ada jugak orang tak puas hati kenapa aku jual produk orang. Eh kalau ikut kata orang, sampai reput pun ada je tak kena ye tak.

Sejak aku mula bisnes Seqy lagi. Semua tak boleh. Ni la aku cerita sikit benda yang aku tak pernah cerita..

Masa awal aku bisnes, permulaan aku tak ambil agen. So once aku ambil agen... Agen cakap..

"Sepet takyah la jual retail, nanti semorang beli kat Sepet, takde sapa nak beli kat agen"

Okla. aku bodoh. Ikut je sebab nak bagi dorang customer, so takde la jual retails...

Lepas tu, aku nak bukak booth. Biasalah jual kat booth, mesti la nak letak harga rendah. Kita nak tarik customer beli kat booth. Sebab booth bukan free. Booth kena bayar. Booth bukan seposen ko dah boleh bukak. Sewa tapak, then nak kena ada meja, lapik meja, backdrop, tiang backdrop, bunting, banner, pamplet, hiasan atas meja, staff, baju staff, and etc, yang mana harga dia bukan free. Opkos kalau boleh kita nak jualan haritu dapat tampung atleast modal yang dah keluar. Tapi agen tak paham.

Agen cakap kat aku. Sepet jangan la bukak booth. Nanti customer semua beli kat booth, harga booth dah la murah, nanti kitorang takde sales. Sepet ni selfish la. Tamak. Tak fikir agen.

Gitu. Aku jugak yang tamak. Hahahaha! Aku lantakkan. Sebab aku bukan fikir mulut dorang je. Aku fikir nak naikkan nama Seqy. 

Lepas tu, aku buat website (dah tutup sebab orang yang buat website tu macam tahi haha), but aku ada war2 kan yang aku nak buat website. 

Ini pun dorang tak puas hati. Kenapa aku buat website. Nanti customer lari masuk website. Ini ada jugak di kalangan stokis yang berfikir macam tu. Aduhai, korang ada seorang je ke customer wei? Kalau dia beli kat wesbite HQ, habislah sale korang ye. Pening jap nak jawab. 

Kita buat website bukan nak caras customer orang. Kita buat website untuk tarik new customer yang suka beli kat website. Tapi ada certain agen yang duk sibuk risaukan customer dia lari. Langsung tak percaya rezeki Allah. Aku tak paham betul.

Lepas tu, baru-baru ni aku buat Shopee, aku belajar Shopee sebenarnya nak ajar agen aku buat Shopee, supaya dorang pun boleh sama-sama jual kat website. Tarik new customer dalam friendlist dorang. But end up, aku jugak yang tamak. Nak caras customer dorang. Hahahaha!

Pastu bila aku nak ajar, semua pun diam krik krik krik. Bila kita tak buat kelas, kau sibukkkkkk mintak kelas itu ini, nak belajar itu ini. Bila buat, kemana ko pergi. Alasan bertimpa-timpa. Itulah kalau rasa taknak, jangan la banyak bunyi sangat nak itu nak ini. Eh tetiba aku bebel kan. Hahahaha! 

Aku jenis malas nak bebel sebab aku rasa takde gunanya aku bebel kalau orang tu tetap tak boleh disekolahkan. Yang tetap rasa aku tamak, nak untung banyak. Geli weh telinga aku dengar kengkadang tu. Tapi sebab nak malas nak melayan benda-benda macam ni.

Ada sorang tu, sampai cakap... Sepet kena tau, kalau bukan sebab stokis, dia tak boleh sampai ke tahap ini. Padahal dia baru jadi stokis semalam. Pastu dia cakap tanpa dia aku tak kemana.. Ui lagaknya dia tu kan, hahaha. Macamkan restock 1000 botol. Restock 30 pun merayu lagi nak kurang. Haih. Hahahaha!

Aku ni kalau tamak, takde aku nak bagi reward, baik aku simpan makan 8 keturunan. Hahaha! Apa jenis reward yang aku tak pernah bagi. Semua pernah. Setakat emas, percutian, barang dapur, eh semua ada lah. Ko restock sikit pun aku bagi gak reward kasih sayang. Cuma tula manusia ni, mudah lupa. 

Eh aku kalau dah bebel, terlebih pulak kang. Tapi bukan semua agen macam tu la. Yang jenis bahenol ni semua dah berambus. Hahaha! 

Untuk agen yang aku sayang, dorang tau la dorang sapa. yang sentiasa setia, di kala HQ struggle untuk marketing, dorang support. Yang mana aku buat live, dorang tengok. Yang mana aku bagi task, dorang buat. Mana yang dah tinggalkan Seqy tu, ada la yang tinggalkan Seqy dengan beradab. Itu aku ok je la. Mana yang dia berbunyi paling banyak, tapi restock nanhado, pastu aku kick dari group, lega wei. Kose aku melayan negetip person ni. Tak de hasil.

Sebab tu aku buat banyak produk.. Macam Bawal by Seqy, Baju Raya (ontheway), and jual produk orang. Sebab itu jiwa aku. Aku suka menjual. Aku suka je layan customer. Tapi bila aku nak buat itu tak boleh, ini tak boleh, jual retails tak boleh, bukak shopee tak boleh, jangan ada website, tamak, nak untung besar, HQ patut kena dengar idea agen (yang menguntungkan agen je pun) pastu merugikan aku. So aku jadi tak syok la. Tak seronok nak bisnes macam ni.

Jadinya, aku bersyukur ramai agen yang spesis selfish ni dah keluar. Aku suka. Ko jual je la produk orang lain yang ko rasa HQ dia best. Ko pergi la keluh kesah sana, aku nak tengok founder dia layan kerenah ko sampai tahun bila. hahahaha!

Eh kasar pulak Ponder Sepet ni ye, hahaha! 5 tahun sekali je aku kasar. Selama ni iolls baik je. Kah!

Ada lagi lupa nak cerita, hahaha! Aku kalau balut kan memang nak yang terbaik la parcel. Sebab aku nak customer ni rasa syoknya order online. Macam dapat hadiah. Itu pun issue ko tau. 

"Sepet jangan la balut cantik sangat, nanti customer lari beli kat Sepet"

Ni tahap pemikiran bumi berbentuk flat wei. Hahaha! Ko balut la cantik-cantik kalau dah macam tu. Takkan sebab tu aku nak balut asal hado. Eii i cannot brain pipol like this.

Belum lagi bila aku nak buat diskaun untuk customer. Katanya takyah la diskaun, Sepet ni tak fikir agen la. Nanti agen untung sikit. Siyes laaaaaaaa weiii.. Hahahahaha! Kesian la kat customer yang beli dengan seller yang selfish ni. Asik fikir keuntungan dia saja. Asik fikir periuk nasi dia je. Kita memang disarankan buat promosi 3 bulan sekali supaya stok kita tak terperap, expiry date kita cun. Plus kita nak customer happy. Bukan kau je tau nak happy. Ko tak pernah jadi customer ke? Memang takkan beli produk diskaun ye.. Tolong la luaskan minda tu. Asik fikir diri sendiri je, pastu tuduh aku selfish. Eh eh eh ehhhhh....

Padahal entry ni nak kisahkan benda lain. Tetiba aku bebel pasal ni kenapa. Hahahaha!

Kesimpulannya, aku jual produk

1. Seqy Beauty.

2. Bawal by Seqy

3. Ratu by Seqy (baju)

4. Sexycurve (bengkung dan girdle)

5. Dianz (vitamin c dan mask)

6. Sisfel (jamu dan lotion)

7. Dyxy

Mana nak beli????

Klik sini untuk SHOPEE
Klik sini untuk WHATSAPP

Adiossss

3 comments:

InaYusoff said...

:p

ye sepet..
akak penah beli dengan agent ke dropship ke seqy..

dia mmg ada cakap, sales down bila sepet dah jual sendirik.. :x

pepandai la cari ruang dan peluang sendiri kan..

good luck sepet..

ietams said...

go go sepet go!

Adha dan Farizal said...

adoyaiii.. sedihnya agent Sepet buat mcm ni. bukan senang nk jd founder, Sepet kena kuat smgt! pedulikan kata2 agent. dorg tu siapa??? produk ni produk awak kot. awak founder ok! awak berhak tentukan marketing/strategy etc.

anyway akak doakan awak bangkit balik & terus maju dan maju! jual produk orang pon blh dpt berjuta, tiada apa yg salah di sini asal kita rajin berusaha mencari rezeki.